tag:blogger.com,1999:blog-59741466531763338702024-03-05T20:06:44.526+08:00Kopi PagiInspirasi Aku...Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.comBlogger362125tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-3468641378992716252017-03-27T13:28:00.000+08:002017-03-27T13:30:57.455+08:00Setelah 2 Tahun

Lama tak menulis di sini, dengan tangan kidal ini.
Tetiba rasa macam nak buat blog kopi pagi dot
com ini. Tapi apa tujuannya? Aku pun tak pasti.

Wah, aplikasi ini mengenal tulisan kidalku. Jadi cantiklah
ini. Stylus adonit ini juga, walaupun pendek saja, masih
selesa ditulis.
Tapi yang menjadi persoalannya, aku sememangnya suka
memulakan projek baru, tanpa tahu ke mana halatujunya.

Tapi ok jaga jika kita menulis pendek dalam Page ini.
Ada tekanan sikit.
Tapi sekali lagi persoalannya,
dikhuatiri penulisan disini hanya permukaan' sahaja,
tidak sempat 'masuk dalam' sangat. Betul tak.
Kita boleh kemaskini seminggu sekali. Yang penting habis
satu 1 Page ini.

Mesti ada sedikit sebanyak wisdom yang
akan terhasil.

Perlukah aku beli domain dot com sendiri? Macam tak
perlu saja. Tulis di Tumblr pun boleh. Blogspot pun
Ok. Yang penting terus menulis.

Tapi, perlukah penulisan secara topik konsisten, bersiri
ataupun bersendirian? Aku fikir, semua boleh. Yang penting,
seminggu sekali sudah memadai kerana inginkan ia konsisten
dan bersiri.Bagaimana dengan itu?

Fikir balik, tak cukuplah tulis 1 page, tulis 2 Page
lebih baik kot. Rasa macam tak cukup puas. Dan
sebenarnya sedikit sangat. Betul tak. Benar juga.
Jadi nak tulis apa?

Rasanya seminggu sekali 2 page
agak Ok lah. Domain dan hosting Rm 75 adalah. Ok juga
ini, tapi domainnya adalah kopi-pagi.com.
Tapi nanti tulis perkara personal saya, tanpa tambah
nilai kepada pembaca. Ok ka sebegini?

Ia tidak jauh
beza jika aku menaip meluah perasaan pun.
Jadi aku berpendapat ia haruslah punyai unsur tambah nilai
kepada pembaca. Bagaimana dengan ini?

Contoh, macam blog James Clear yang sangat berguna. Ini
benar, tapi aku tak fikir itu tujuan aku mahu.
Aku
cuma mahu menulis secara konsisten itu niat asalnya,
sepertimana aku mencipta lagu juga.

Bermakna luahan
hati adalah prioritinya.
Jika ada yang terkesan, baguslah. Jika tiada pm, tidak apa.
Camni baru best. Tak sabar nak wujudkan blog ini.

Aku
boleh jadikan audiens sv sebagai pembacaku. Baiklah ini.

Biarpun penulisan ini akan menjadi lebih kontroversi, tapi
itulah niatnya; aku ingin menjadi jujur dengan diri sendiri.

Tanpa gambar, hanya penulisan saja.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-5384060481241648562015-03-14T04:39:00.000+08:002015-03-14T04:42:27.929+08:00Kepelbagaian Minat

Jam menunjukkan pukul 3:52 pagi. Walaupun ada rasa mengatuk, tapi mataku tidak mahu terlelap. Aku sebenarnya sudah tertidur awal tadi, dari pukul 10:30 malam sehingga 2 pagi.

Sekarang ini, aku tidak lagi merasakan tidur adalah satu keseronokkan. Aku tidak lagi tidur di siang hari sepertimana bujang dahulu. Mindaku aktif, malah sekarang pun, sangat aktif, sehinggakan seperti pen dan kertas memanggilku untuk menulis artikel ini.

Kesimpulannya, sukar untuk tidur apabila sudah terjaga.

Apa yang berada di minda ku.

Aku mulai minat menulis secara serius. Sepanjang minggu lepas, setelah menonton webinar 'Best Seller Made Easy' oleh penulis prolifik Azizi Ali dan KC Lau, aku mulai berangan untuk menerbitkan buku sendiri.

Aku menulis 2 tajuk serentak, iaitu mengenai kewangan untuk orang muda, dan panduan menjadi tutor. Sepertimana aku bermain gitar kidal, penulisanku juga kidal.

Sungguh menyeronokkan. Aktiviti menulis sama seperti bermain muzik, mindaku betul 'in flow', fokus dan 'engaging'. Ditambah pula lahiriah ku sebagai guru, aku berasa aku menyumbang sesuatu yang berguna untuk masyarakat.

Tapi ada sesuatu yang membelengguku.

Aku berasa 'overwhelmed'. Bukan saja menulis, malah aku masih lagi berkarya muzik, dan cita-citaku untuk menjadi komposer masih menebal.

Di katil tadi, aku terfikir, aku sudah ada 4 nama domain / jenama :

sajakiri.com (muzik)

merdekakewangan.com (kewangan)

tutorbaik.com (tutor)

zainalzulia.com (personal)

Seolah-olah aku punyai 4 orang anak yang berbeza personaliti dan karakternya, dan semuanya tinggal di berlainan rumah. Kesemuanya aku sayang, dan aku tidak bersedia untuk meninggalkan walau seorang darinya. Jadi apa harus aku lakukan?

Cadangan 1 - Letak kesemua dalam satu domain yang sama. Katakan zainalzulia.com sebagai hosnya. Cadangan ini melegakan. Orang ramai boleh melihat aku dari persepektif yang berbeza dalam masa yang sama. Masalahnya? Orang akan melihat aku seperti tidak fokus.

Cadangan 2 - Kemaskini pada masa-masa berlainan.

Inilah yang meletihkan. Bukan saja harus menulis, tapi untuk mempromosikannya adalah yang paling memenatkan. Dan kesemua ini dilakukan oleh saya seorang.

Cadangan 3 : Kemaskini dalam kedua-dua domain (bersama hosnya)

Hmm. Ini juga memenatkan.

Yang mana satu? Atau adakah altenatif lain yang lebih baik? Ataupun, mahu tidak mahu, aku harus juga menggugurkan yang lain?

.....(setelah 10 minit terdiam)....

Sajakiri (hos)

Sajakiri Music

Sajakiri Kewangan

Sajakiri Tutor

Sajakiri Personal

Ini tampak menarik!

Mengapa Sajakiri masih menjadi temanya?

Kerana aku penulis kidal.

Bagaimana pendapat pembaca sekalian?

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-36259575484072044682015-01-10T02:25:00.000+08:002015-01-10T02:31:59.494+08:00Cukuplah Epifani BS

Terimakasih kepada isteriku yang menyedarkan aku agar berhenti bercakap BS lagi.

Apa itu BS?

BS adalah daripada perkataan 'Bull Shit', yang memberi makna perkara yang sia-sia seperti hampas (atau tahi) yang tidak berguna.

Contoh dalam kes aku, bercakap tentang 'impian dan harapan yang tidak berpijak kepada bumi yang nyata'.

Aku terikut perangai ini daripada abahku, yang sering bertemu 'epifani', iaitu berasa 'bersemangat kerana telah bertemu jawapan hidup' dan berasa 'inilah ini, jawapan yang ku cari-cari selama ini' apabila bertemu seseorang atau idea baru.

'Hidup pasti gemilang selepas ini', fikirnya.

Yang masalahnya, hampir setiap penemuan baru, pasti difikirkan begini.

Hasilnya, habuk pun tarak.

Mengapa Epifani BS ini bahaya?

Sepintas lalu, ia tidak nampak bahaya, malah nampak seperti 'encouraging'. Bahayanya tersembunyi.

apabila kita bercakap 'bagaimana sesuatu ini akan merubah hidup kita' kita sebenarnya tidak berpijak pada bumi yang nyata, dan berasa semangat kerana kita sebenarnya sedang di awangan.

ini menghidari kita untuk berfikir dengan lebih rasional, praktikal dan kritis untuk menyelesaikan masalah sebenar.

kita berasa epifani BS tadi telahpun menyelesaikan masalah kita. Padahal takde apapun yang bergerak.

Simptomnya

kita bercakap besar, megah dan penuh keyakinan.

Ada unsur arogan dan angkuh juga.

kita hanya fokus pada 'kehebatan diri', bagaimana hebatnya kita mampu meyelesaikan masalah ini.

Peristiwa sebenar.

Isteriku sebenarnya kecewa denganku kerana aku kerap berasa bersemangat apabila menemui seseorang / idea baru yang kononnya bisa mengubah hidup.
Ini kerana aku bercakap dengan nada 'inilah dia jawapan yang kucari, aku dah tau solusinya, tak perlu risau lagi'.

Aku berasa 'bangga' kerana sudah 'tau jawapannya'. Padahal masih tiada penyeleaian praktikal lagi. Hanya sedikit teori.

Patutpun selama ini ibuku 'jelak' apabila aku bercakap 'aku sudah tahu jawapannya'.

Rujukan :

Sila rujuk artikel ini untuk lebih detail : http://www.petershallard.com/why-epiphanies-will-destroy-your-business/

Dan juga video ini :

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-45252422336766398002014-11-13T11:25:00.002+08:002014-11-13T11:31:44.349+08:00Pergaulan Dengan Persekitaran 1

Tingkatan 1C : Kelas Pandai

Tingkatan 2J : Kelas Corot

Tingkatan 3 Bersih : Kelas Corot

Tingkatan 4 Cekap : Kelas Corot

Tingkatn 5 Jaya ; Kelas Pandai

Anda boleh lihat di atas, kelas-kelas ketika saya di sekolah menengah.

Ketika di Tingkatan 1C, saya berasa 'sedikit tertekan' kerana sekelas dengan ramai pelajar pandai. Jadi selepas itu, dengan 'sengajanya' (ibubapa tidak bersetuju sebenarnya), saya memilih kelas corot kerana lebih seronok 'hidup tanpa tekanan'.

Mengapa saya tidak selesa sekelas dengan pelajar yang lebih pandai?

Selepas saya menyelidik dari mana datangnya set minda ini, kini saya mengerti ianya datang dari cara saya dibesarkan.

Saya anak nombor 2, dan kakak sulong saya, yang hanya setahun tua dari saya, dilahirkan normal, tapi 'agak lambat pentiumnya' (tapi penyabar).

Jadi saya berasa agak 'superior' berbandingnya, dan kerap membulinya. Dan ketika itu juga tahap kesihatan saya agak lemah kerana asma, jadi ibubapa saya selalu 'tidak sampai hati' memarahi saya dengan kerap.

Ini menjadikan saya lebih kerap membulinya, tanpa ada perasaan takut. Dan kelahiran 2 lagi adik perempuan 4 tahun kemudian, menjadikan saya lebih berasa 'superior' dan membuli mereka semua.

Ini membuatkan set minda saya lebih suka bergaul dengan orang yang lebih 'inferior' dan sehingga kini, jika diberi pilihan, saya akan memilih untuk berada dalam grup ini.

Ini menjelaskan mengapa saya lebih gemar berada dalam kelas corot.

Kelas Corot

Saya akui, ketika di kelas corot, saya berasa lebih seronok, bebas tekanan (tidak perlu buat kerja rumah, kerana cikgu tidak mengharapkan), dan berasa superior kerana sering memperolehi tempat pertama dalam kelas corot ini. Walaupun kedudukan dalam keseluruhan tingkatan adalah ke-200 daripada 400 pelajar.

Ketika di tingkatan 5, saya juga sengaja untuk memasuki kelas pertama (cikgu juga bersetuju kerana berpendapat saya hanya suka main-main dalam kelas corot) demi kerana peperiksaan SPM tahun itu. Seperti jangkaan saya, saya berasa tertekan, tidak selesa, kurang seronok (bayangkan dapat 70 markah juga adalah terendah dalam kelas).

Tapi pencapaian akademik saya meningkat dengan drastik sekali ; saya menjadi pelajar terbaik dalam AddMath, memperolehi A1 untuk semua subjek elektif Sains, mendapat tempat ke-20 dalam kelas, tapi ke-25 daripada 400 pelajar!

Bayangkan daripada nombor 200 ke 25 , dengan hanya menukar kelas sahaja!

Kolej

Ketika saya di kolej KYPM Cheras, saya bergaul dengan ramai pelajar hebat (daripada Sekolah Berasrama Penuh), yang terdiri daripada 'top-scorer' SPM, yang memperolehi 6-Agreget (Straight-A). Sekali lagi saya berasa 'tidak selesa', inferior dan tercabar. Tapi alhamdulillah, saya memperolehi ACCA dalam masa 4 tahun saja, dimana hanya 10% saja yang berjaya.

Kini

Setelah saya berhenti kerja 10 tahun yang lepas dan menjadi tutor sepenuh masa, saya kembali ke zon selesa saya, tidak lagi bergaul dengan mereka yang hebat pandai ini. Umpama saya kembali ke kelas corot, saya mungkin 'tutor yang berjaya', tapi dari segi pendapatan dan perkembangan karier, kemajuan saya statik saja.

Berbanding dengan bekas rakan sekolej saya, ada diantara mereka yang berpendapatan 6-7 angka, tinggal di banglo, mewarisi empayar perniagaan, menjadi CEO/CFO dan sebagainya. Dimana saya hanya boleh menaikkan kadar tuisyen saya dari RM40 ke RM60 saja sepanjang 8 tahun lepas.

Kesimpulan

Diberi pilihan, kita akan memilih untuk tidak berasa inferior dengan persekitaran. Tapi demi kemajuan, saya teringatkan pepatah Amerika ini :

"jika anda ingin maju, pastikan anda adalah orang yang paling TIDAK PANDAI dalam bilik".

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-24976148437880268552014-10-29T00:54:00.004+08:002014-10-29T00:56:23.599+08:00Penjualan Pulau Ilmu : Penghabisan Yang Sadis

Saya membeli separuh saham bahagian menengah Pusat Tuisyen Pulau Ilmu daripada cikgu Azizul, atau kira-kira 1/4 daripada keseluruhan saham pada awal tahun 2012.

Kami berjaya menjual keseluruhan saham Pulau Ilmu pada 28 Oktober baru-baru ini.

Agak lega kami rasakan. Saya sempat 'merasa'nya hampir 3 tahun.

Untuk pengetahuan anda, cikgu Azizul menubuhkan pusat tuisyen ini pada tahun 2006 lagi.

Saya akui, saya berasa amat sedih, bukan dengan penjualannya, tapi beberapa faktor yang akan saya ceritakan di bawah ini.

i - pemergian bekas kerani kami, Cik Wan (bukan nama sebenarnya) ke rahmatullah.

Al-fatihah.

Arwah Cik Wan telah bekerja dengan Pulau Ilmu dari tahun 2007 lagi, sehinggalah diberhentikan pada bulan April tahun ini (2014), dan meninggal dunia pada bulan September tahun yang sama.

7 tahun arwah bersama kami, dan ia bukanlah masa yang sekejap. Sikapnya yang menyenangkan, peramah, ceria serta baik hati berjaya menarik ramai pelajar dan ibu bapa untuk terus bersama kami. Arwah adalah nadi kemajuan Pulau Ilmu dari segi pengurusan PR, dan dia telah beraksi cemerlang.

Tapi sejak saya mengambil alih pengurusan akaun sejak 3 tahun lepas, saya telah melakukan kesilapan kerana tidak memeriksa tunai dengan buku resit, sepertimana cikgu Azizul lakukan sebelum ini.

Ini memberi ruang kepada arwah mengambil 'sedikit demi sedikit' pendapatan pusat tuisyen ini.

Apabila kami berjaya mengumpul bukti resit tidak 'tally' dengan tunai, kami bertiga, saya, cikgu Zul dan Kak Rohana ke rumah untuk mempersoalkan ini kepadanya.

Kami 'memecat'nya serta merta juga malam ini.

Dan kami sungguh terkejut mendapat tahu kematiannya 4 bulan selepas itu. Kerana sesak nafas (serangan jantung mungkin), dan yang lebih sadis, kerana menghadapi 'kemurungan', kemungkinan disebab dibuang kerja tempohari.

*maaf jika saya membuka aib arwah, saya tidak dapat menahan diri daripada menceritakan perkara sebenar, kerana ia ada sesuatu yang boleh kita pelajari di sini.

Tapi di jauh di sudut hati saya, saya berasa kasihan kepadanya, yang hanya menerima gaji RM1,000 sebulan dan menanggung anak sendiri yang telah meningkat remaja, dan beberapa anak angkat yang masih kecil. Manalah cukupkan. Mungkin itu yang mendorongnya, wallahukahlam.

Dan saya secara peribadi 'menghalalkan' dan 'memaafkan'nya, walaupun memberi kesan kepada pusat tuisyen ini untuk jangka masa panjang.

Ini pengakhiran yang sedih. Tapi saya tidak mahu ingat yang itu. Saya mahu mengingatinya sebagai seorang yang ceria dan baik hati, dan banyak membantu perkembangan Pulau Ilmu.

ii) Bilangan pelajar menengah yang merundum

Secara tidak langsung, setelah ketiadaan arwah sejak April lepas, nasib sesi menengah terus merundum. Antara sebab utama yang lain adalah kerana ketiadaan PMR, diganti dengan PT3/PBS.

Ini menyebabkan pelajar tidak 'segentar' menghadapi PMR.

Satu-satu kelas diberhentikan. Mula-mula cikgu Haizam, cikgu Firaus, cikgu Hafizul, dan cikgu Azizul sendiri.

Ini sangat mengejutkan kerana buat pertama kali cikgu Azizul selaku pengasas tiada kelas sendiri di sini.

Yang tinggal? Hanya kelas Add Math Tingkatan 5 saya.

7 orang kesemuanya. Hampir kesemuanya pelajar cemerlang. Ini 'batch' saya yang paling cemerlang setakat ini. Hampir kesemua mendapat A untuk Add Math Percubaan SPM baru-baru ini.

Juga saya berasa sangat terharu dengan kesetiaanya mereka ini, dan sangat sedih kerana akan berpisah kelak.

Semalam merupakan kelas terakhir. Tapi saya 'berbohong sunat' dengan mengatakan ada kelas lagi bulan November, beberapa hari sebelum kertas AddMath SPM mereka. Ini kerana bulan November Pulau Ilmu bukan lagi milik kami.

Kerana saya tidak suka mengucapkan selamat tinggal.

Kelas Terakahir (Menengah) Pulau Ilmu 2014 (satu-satunya kelas menengah). Belakang dari kiri : Nana, Tulai, Haley, Mimi, Lili, Depan : Faiz dan Brandon (maaf nama saya cipta sendiri sebab nak ingat/mesra konon. maaf juga gambar tidak sempurna kerana tangan menggeletar ketika mengambil gambar cara Panorama)

Mengapa saya sentimental?

Entahlah, kerana kisah sedih, manis bergabung menjadi satu.

Selamat tinggal Pulau Ilmu.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-45647172083455392192014-09-17T19:18:00.001+08:002014-09-17T19:18:31.144+08:00Blog UjianIni entri ujian dari saya. Usah mudah terpedaya. Tiada apa cerita di sini. Saya baru memuat-turun applikasi Blogger ke Ipad Mini saya ini. Hendak tengok adakah saya punyai fil untuk menulis cara begini.

Tiada apa cerita baru dari saya. Sekadar menantikan kelahiran anak kedua saya pada minggu depan. Insyallah, doakan yang baik-baik saja untuk kami.

Entri kali ini juga lain. Selalunya saya tulis di kertas dengan tangan kiri saya, sebelum menaipkan kembali. Ini saya menaip terus. Selalunya cara begini ideanya tidak berpanjangan.

Saya juga sedang berkira-kira untuk menulis dalam Tumblr. Mana yang lebih fil?
Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-17912132155569012082014-06-17T13:50:00.000+08:002014-06-17T15:29:20.836+08:00Takut Dan Berani Pada Masa Yang Sama

Setelah mendapat kunci dari encik Ghazali, pemilik rumah terdahulu, aku akui ada rasa gerun dan takut menerpa. Biarpun usiaku bukan muda lagi, tapi ini kali pertama aku bersama famili kecilku memiliki rumah sendiri.

Kenapa Aku Berasa Takut?

Kerana aku tidak boleh lagi 'mengundurkan' diri. Aku diumpamakan tidak pandai berenang, tapi dicampak di tengah lautan, tanpa ada kapal induk yang menanti.

Sejarah 'Pengunduran' ku.

Setelah habis SPM, aku ingin berdikari. Tahun Pertama di KYPM Cheras, aku selalu balik rumah pada hari minggu.

Tahun Kedua, aku bersama rakan sekolej menyewa apartment. Tapi lebih kerap ku balik ke rumah ; setiap 2 hari sekali, kerana telah memiliki kereta sendiri pemberian abahku.

Di Dublin, aku hanya sempat tinggal selama setahun setengah saja. Ku bercadang untuk tinggal dan bekerja di situ sekurang-kurangnya 5 tahun, tapi apabila familiku datang menyaksikan graduasiku, aku sekali lagi berasa 'terpanggil' untuk pulang bersama mereka.

Bekerja di KPMG, aku hanya bertahan selama setahun setengah saja, sebelum memilih untuk tinggal secara mewah di rumah sewa abahku (tika ini ibubapaku tinggal berasingan).

Pada usia 30, akhirnya aku tinggal bujang (rakan serumahku Ahmad Fedtri Yahya, pengacara MHI). Tapi hanya bertahan selama 6 bulan saja, sebelum berpindah kembali ke rumah ibuku di USJ.

Setelah berkahwin, aku hanya 'cuci kaki' dan mengambil-alih rumah sewa abahku yang masih lengkap dengan perabot dari rumah terdahulu.

Anda boleh lihat betapa mudahnya aku 'berpatah balik' ke kapal induk.

Tapi sekarang ini aku memiliki famili dan rumah sendiri, mana kapal induk itu?

Aku sendiri yang menjadi kapal induk itu.

Aku sedar, ramai orang yang jauh lebih muda dariku yang telah menjadi 'kapal induk' bukan saja untuk famili mereka sendiri, malah mungkin untuk ibubapa mereka sendiri. Aku di usia begini memang agak terlambat, tapi bagi aku ia tetap menggetarkan jiwaku.

Berani

Tapi di sebalik ini, aku sebenarnya berasa tenang dan yakin. Walaupun kapal indukku ini kecil, tapi ia sebenarnya cukup sebagai tempat perlindungan dan asas kepada familiku.

Asas ini memberikanku kekuatan untuk mengharungi hidup dengan lebih berkeyakinan.

Aku fikir 'aku tidak perlu terlalu takut kepada kegagalan, sekurang-kurangnya aku sudah punyai rumah untuk berlindung'. Jadi aku lebih boleh fokus kepada kemajuan.

Dulu kapal indukku lebih mewah, tapi ia bukan milikku. Kini kapal ku lebih kecil. Tapi ia kepunyaan sendiri.

Beza besar tu.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-79645122369854997142014-05-27T15:26:00.003+08:002014-06-05T23:28:08.226+08:00Bersara Daripada Kerjaya Sebagai Tutor

Saya mula menjadi tutor kira-kira 9 tahun lalu, selepas dicadangkan oleh rakan baik saya, Jaja. Sekitar pertengahan tahun 2005, tugas pertama saya adalah di sekolah Sains Cheras. Sebelum itu saya telah menganggur selama hampir setahun sebagai auditor di KPMG.

Walaupun kerjaya tutor adalah kerjaya saya yang paling lama bertahan, tapi saya sebenarnya sering melihatnya sebagai 'kerjaya sementara'. Sangat ironi.

Malah saya berhajat mahu 'berhenti' secara berperingkat dalam masa 3-5 tahun ini. Mengapa ya?

Saya berkebolehan mengajar, tapi ia bukan bidang terbaik saya

Saya akui ini sukar ditelan pada mulanya. Tapi banyak pengalaman dan bukti selama saya mengajar. Saya sukakan mata pelajaran Add Math, tetapi saya sedar saya tidak dapat menandingi rakan tutor saya seperti cikgu Azizul dan Hafizul (hai bro!). Kelas tuisyen mereka selalu penuh. Kelas saya hanya separuh penuh berbanding kelas mereka.

Jika kelas one-to-one, saya OK. Tapi jika kelas besar atau seminar, sukar untuk saya menarik perhatian majoriti pelajar untuk jangka-masa panjang.

Hanya mereka yang minat dan bijak dalam Add Math saja yang akan bertahan, dimana mereka adalah minoriti dalam kelas saya.

Pendapatan adalah terhad.

Oleh kerana sebab di atas juga, saya tidak mempunyai keinginan besar untuk menganjurkan seminar, atau kelas besar. Ini membataskan peluang pendapatan saya.

Cukup bagi saya sekadar sesuap nasi saja, bukan untuk menjadi kaya-raya.

Saya ingin menceburi bidang 'Kewangan Peribadi'

Saya secara seriusnya ingin menceburi bidang 'kewangan perbadi'. Saya baru saja enrol untuk kursus Registered Financial Planner (RFP) anjuran Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Ini membolehkan saya mempunyai lesen sah untuk terikat dengan syarikat VKA, untuk menjadi 'Independent Financial Planner'.

Subjek kursus RFP

Mengapa menyertai bidang ini :

i) mempunyai minat yang mendalam,

ii) mempunyai kaitan dengan kelayakkan saya (ACCA),

iii) berpeluang bertemu dengan mereka yang lebih berjaya,

iv) ada impian untuk membuka sekolah kewangan,

v) pontesi pendapatannya tiada siling, jika benar-benar rajin.

Saya ingin membina syarikat produksi muzik sendiri (Sajakiri Music).

Ini semestinya memerlukan sedikit-sebanyak modal, dimana sukar saya perolehi jika bekerja sebagai tutor sepenuh masa saja.

Doakan saya. Amin.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-84955330225562043372014-04-27T14:02:00.002+08:002014-04-27T14:23:30.019+08:00Apa Motivasi Saya?

Carta diatas menunjukkan di mana motivasi saya paling efektif. Hasil ujian profil diri saya ini didapati dari laman www.Talentoday.com. Saya syorkan agar anda mencuba sendiri untuk mengenali diri anda dari pespektif lain. Kerana saya sendiri agak 'terkejut' dengan keputusan ini.

Selama ini saya menyangkakan motivasi saya sama seperti kebanyakkan orang lain ; duit, harta, pengiktirafan sosial dan sebagainya. Tapi rupanya saya tersilap besar. Motivasi sebenar saya adalah :

Philanthropy ; bermaksud melakukan kerja amal seperti bantuan kemanusian, menderma, iaitu kerja membantu orang lain yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan.

Saya awalnya tidak merasakan ia keputusan tepat : saya tidak pernah terlibat dalam bantuan kemanusian seperti membantu mangsa banjir / gempa bumi, jarang sekali menderma kepada yang memerlukan, tidak mempedulikan peminta sedekah, tidak pernah terlibat dalam gotong-royong kawasan kejiranan sekalipun.

Mungkin ujian ini silap.

Tapi tiba-tiba saya terfikir : SAYA SUDAH MENJADI GURU TUISYEN SELAMA 8 TAHUN!

8 tahun adalah lama jika anda fikirkan dari sudut 'kerja separuh masa'. Saya sudah jadikan iainya satu profesion ; di sinilah mata pencarian utama saya. Saya juga mempunyai pusat tuisyen sendiri, dimana keuntungan bukanlah fokus utama kami, yang penting kami memberikan servis terbaik untuk pelajar.

Anda mungkin terfikir ; takkan jadi guru tuisyen sudah boleh digelar Philanthropist?

Mungkin. Tapi jika fikirkan dari mana saya berasal : dari dunia korporat. Saya mempunyai kelayakkan profesional akauntan ACCA (dianggap prestij dalam dunia korporat), belajar di luar negara (Dublin Business College), bekerja di firma audit terbesar di dunia (KPMG) serta ayah saya yang mempunyai banyak rangkaian dalam dunia korporat.

Tapi apa yang saya pilih : jadi guru tuisyen je?

Saya bukan mahu bermegah (anda boleh lihat di carta ; Social Recognition saya sangat rendah , iaitu saya tidak berminat untuk mendapat pengiktirafan sosial), tapi sekadar mahu berkongsi pada anda ( yang saya sangat terkejut dengan) apa yang memotivasikan saya. Saya berharap anda menemuinya juga.

Ini juga menerangkan mengapa sukar saya melakukan bisnes yang hanya fokus kepada keuntungan semata. Juga saya mengerti mengapa sukar untuk saya mengikuti ramai kawan sekolej saya yang kini sudahpun menjadi CEO dan CFO, mempunyai gaji paling kurang gaji menteri (lebih RM20,000 sebulan).

Saya pernah juga memasang impian untuk menjadi sebegitu ; menjadi kaya raya, kereta mewah, syarikat hebat serta studio muzik bawah tanah.

Tapi saya hairan mengapa ia tidak berjaya memotivasikan saya untuk jangka masa panjang.

Tapi usah khuatir, saya masih mempunyai impian besar ; membuka sekolah kewangan, untuk membimbing dan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya pengurusan kewangan peribadi (celik kewangan).

Amin. Moga dipermudahkan.

http://talentoday.com/

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-53452279654544079312014-04-01T01:20:00.000+08:002014-04-01T01:20:24.888+08:00Alhamdulillah : April 2014

Jam menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Walaupun aku agak mengantuk daripada kebiasaan, namun aku tetap bersemangat untuk menulis ini.

Ada beberapa berita baik yang ingin aku kongsikan kepada pembaca :

Pusat Tuisyen Pulau Ilmu TIDAK jadi dijual

Ini kerana kami berjaya menyelesaikan kes pecah amanah yang telah berlaku sekian lama di sini. Tidak perlulah aku huraikan dengan lebih lanjut. Kerana apa yang penting sekarang penyelesaian kes ini menyemarakkan semangat kami untuk terus berjuang membawa nama Pulau Ilmu ke tempat yang lebih baik lagi.

Terimakasih kepada semua cikgu-cikgu yang masih bersama kami di masa sukar ini.

Sebelum ini kami beria untuk menjualnya kerana menyangkakan pendapatannya tidak memberansangkan, tapi rupanya ada udang disebalik batu. Kini aku secara peribadi berasa gembira kerana boleh meneruskannya, kerana ia berdekatan dengan rumah yang baru kami beli.

Pinjaman perumahan kami diluluskan.

Insyallah kami akan sibuk berpindah sebulan dua ini. Bulan Jun adalah bulan terakhir kami di rumah Subang Murni ini. Moga dipermudahkan.

Kami berjaya membeli rumah tersebut dengan harga rendah dari pasaran, tapi berjaya mendapat pinjaman perumahan mengikut harga pasaran. Ada sedikit kusyen tunai di situ, dimana kami bercadang untuk membaik-pulih rumah itu (yang telah berusia 20 tahun) dan menyimpan bakinya dalam tabung penampan.

Sofea akan dapat adik.

Insyallah pada bulan Oktober ini. Bukan itu saja, Sofea juga bakal mendapat sepupu baru pada bulan Ogos ini juga. Moga dipermudahkan. Amin.

Perancangan Kewangan Bebas.

Yahoo! Cita-citaku untuk menjadi 'Independent Financial Advisor' bakal tercapai apabila menyertai VKA. Aku pergi bertemu bosnya dengan tidak mandi (sama seperti berjumpa isteriku buat pertama kali dulu) dengan tiada membawa apa-apa harapan. Tapi rupanya ini adalah tempat kerja yang aku cari, setelah idolaku Yap Ming Hui mahukan aku berkerja sepenuh masa, tapi aku tidak boleh.

Dengan VKA ni, boleh bermula separuh masa dulu.

Aku juga nampak diriku menganjurkan seminar "Kaya Sejati" di Pulau Ilmu. Amin.

Sajakiri Music #RM50sebulan

Kini aku tiada lagi 'tekanan untuk berjaya' dalam bidang muzik setelah menyertai VKA. Tapi pada masa yang sama aku terus displin memperutukkan sejam setiap hari bekerja untuk membuat muzik. Demi kepuasan.

Ini memberikanku idea untuk menambah pendapatan, sambil-sambil itu kan. Lihat ini untuk lebih lanjut.

*terimakasih Hafizul kerana sudi baca.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-7966126549182824362014-01-27T23:59:00.003+08:002014-01-28T02:40:17.460+08:003 Sebab Utama Mengapa Saya Kembali Menjadi Agen Saham Amanah

Ya, kali ini bersama Public Mutual. Di bawah sahabat ibu saya, aunty Ann. Sebenarnya ini agensi yang ke-3. 2 agensi sebelum ini adalah CIMB Wealth Advisor (2004 dan 2008).

Bermakna saya telah gagal 2 kali sebelum ini. Tidak pernah saya terfikir yang saya akan menyertainya industri ini lagi. Tapi mengapa? Apa yang saya menyebabkan saya ingin mencuba sekali lagi? Tidak takutkah saya akan gagal lagi?

Saya juga bingung juga memikirkannya saban hari. Tapi sebentar tadi, setelah saya meluahkan kebingungan saya ini, isteri saya sendiri tanya, "kenapa, apa tujuan utama abang ingin mencubanya?"

Ini memaksa saya berfikir untuk memberi jawapan. Dan saya dapati jawapan ini 'empowering', sekurang-kurangnya bagi saya. Lalu saya mengambil keputusan untuk terus menulis blog ini sebagai peringatan kepada saya sendiri.

1 - Kerana sangat meminati bidang ini dan mahu membantu orang lain supaya lebih celik kewangan

Walaupun ini klise, tapi memang betul ini yang saya rasakan. Saya berkelayakkan ACCA (Akauntan Profesional), dan ini sangat berkaitan dengannya. Tapi saya lebih meminati bidang kewangan peribadi berbanding kewangan syarikat.

Tapi kenapa saya gagal dahulu? Saya akui saya sangat gentar apabila menjual, dan berasa tertekan untuk melakukan jualan. Apatah menerima rejeksi. Saya nampak ramai agen-agen lain yang tidaklah berpengetahuan besar dalam bidang kewangan, tapi mereka berkeyakinan tinggi untuk membuat jualan. Padahal saya hanya meminati ilmu bidang ini, tapi tidak berkeyakinan seperti mereka.

Saya harapkan kali ini saya lebih matang dan bersedia. Bukan itu saja, malah saya mewujudkan laman web Kaya Sejati ini, sebelum menyertai agensi ini lagi. Ini untuk berkongsi tentang apa saya pelajari demi mengukuhkan kewangan saya sendiri, dan secara tidak langsung timbul minat untuk membantu orang lain juga.

Bagaimana kesedaran ini timbul? Ini terjadi kerana :

a) saya dan isteri (baru) berjaya membeli rumah sendiri (alhamdulillah). Ini tidak mudah kerana saya bekerja sendiri. Ini menyebabkan saya sedar bahawa kita harus lebih bijak mengawal perbelanjaan.

b) salah seorang dalam famili saya gagal menguruskan harta bendanya dengan baik, dan hidupnya agak tidak selesa sekarang.

2 - Kerana ingin mencari pendapatan lebih untuk famili

Kini saya bekerja sebagai tutor sepenuh masa. Pendapatan saya OK, tapi mempunyai siling (apabila jadual saya penuh). Takkanlah lagi 10 tahun saya masih buat benda yang sama? Walaupun saya mempunyai pusat tuisyen sendiri, tapi selepas 2 tahun mengendalinya, saya akui untungnya tidaklah seberapa untuk saya bergantung (kecuali saya membuka cawangannya dengan banyak). Malah saya ada terfikir untuk menjualnya saja.

Saya juga sedar yang saya tidak akan mewarisi harta yang banyak dari ibubapa. Famili saya pula banyak bergantung pada saya. Ini saya baru ada anak seorang saja, berumur setahun setengah. Kalau dah besar, dan lebih ramai?

Profesi ini (agen unit amanah) lebih menjanjikan progresi untuk meningkatkan kadar pendapatan dengan drastik, asalkan kita bekerja kuat, insyallah.

3 - Demi kejayaan muzik saya

Saya masih bercita-cita besar untuk menjadi komposer ternama tanahair. Tapi saya agak 'stuck' kerana berasa segan untuk menjaja lagu saya ke sana ke mari. Oleh itu saya mengharapkan latihan jualan daripada agensi ini akan melatih saya untuk menjadi lebih tebal muka.

Ini mungkin sebab utama saya. Saya ingin orang ramai menikmati hasil seni muzik saya, disamping dapat meraih pendapatan pasif dalam bentuk royalti.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-86791184644393383162013-10-18T14:18:00.002+08:002013-10-18T23:13:02.815+08:00Perspective of Abundance vs Perspective of Lack

In every decision we make, it could be only 2 motive ; its either from love or fear. But of course, we subconsciously often make decision based on fear, ie from perspective of lack. Because the idea of losing is more terrifying than the idea of winning.

This is of course, will bring more fear, and in long term, the small fear will accumulated, and we would become merely a survivor, rather than a winner.

Myself included.

After I get married, circumstances seems off-balance. I feel terrified with the idea of being a leader (in a family) than a loner (like before). There is other people in my boat now, not like before, I was alone. Although initially I believe this could be a great journey (I still believe), but the challenges I face is seems greater than what I can cope. Thanks to my co-captain (wife), who gives tremendous support. But I know I got to change my mindset, for the sake of long term.

After I did Project Tapping for 3 month consecutively, I realised something so simple yet so profound, most of my decisions made based on perspective of lack, not abundance. This was so revealing. It was like for the whole time, I was looking for a hole in my boat, rather than looking for a bigger ship for help.

The methodology is simple though. Every time I want to make important decision, I will asked myself, :"why I want to make this, am I fear of something, or am I just feel love and happy doing it". If it was the former, I WILL NOT DOING it. If it was the latter, of course I AM DOING IT!

For practical example; I have an idea to charge my music production service at ridiculously low price, and I asked myself "why I am doing it, what is my perspective?" Suddenly I realised that I want to do it from perspective of lack (fear of nobody want my service).

So I change for the perspective of abundance, I will charge accordingly, and I will give the service the best I could, so my future client gives a thumbs up.

Why not?

Try this. Ask yourself every time "what is my perspective of doing this?".

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-1226842404685885162013-06-17T01:09:00.005+08:002013-06-17T01:14:28.006+08:00Industri Kepakaran

Setelah membaca buku "Millionaire Messenger" karya Brendon Burchard, ada satu inspirasi dan keyakinan dalam diri saya untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang penerbitan muzik. Saya sering berasa tidak layak untuk mengajar bidang ini, kerana pada pendapat saya, saya tiada kredibiliti, tidak pernah memenangi anugerah muzik, serta tidak dikenali.

Berbanding dengan pembelajaran matematik, saya boleh mengajar ia kerana ia mempunyai jawapan objektif dan tepat.

Tapi untuk bidang seni seperti muzik, ia lebih subjektif. Sukar untuk mengajar kerana matlamat dan caranya yang kepelbagaian. Cara saya tidak semestinya yang terbaik, dan cara orang lain lebih baik. Begitulah sebaliknya.

Tapi selepas membaca buku tersebut, ada sesuatu yang saya sedari ; saya perlu jujur kongsikan cara saya yang tersendiri ini, kerana ia unik dan berkesan untuk saya. Pasti ada orang yang akan terkesan, jika tidak semua pun.

Atas dasar inilah saya berasa yakin untuk berkongsi 'apa yang saya tahu' dalam bidang penerbitan muzik.

Walaupun saya belum bertaraf maestro, saya berasa lebih bermakna jika dapat berkongsi, walaupun asas.

Mungkin juga kerana saya berdarah cikgu.

Muzik dan Perkongsian Ilmu

Buat pertama kalinya, saya nampak bagaimana untuk menggabungkan 2 pasyen besar menjadi 1.

Perkongsian Ilmu Penciptaan Lagu

Untuk sesiapa yang tidak mengenal saya, saya bekerja sebagai tutor AddMath sepenuh masa, dan komposer separuh masa.

Saya menghadapi dilema untuk mengembangkan kedua-duanya, khuatir masa tidak mencukupi untuk membuat salah-satunya.

Saya berasa terbeban seolah-olah seperti harus menjadi Bruce Wayne dan Batman setiap hari dan selang-seli. Sungguh memenatkan.

Tapi bila menggabungkan kedua-duanya, ia seolah-olah Bruce Wayne memakai suit Batman ke tempat kerja, dan membuat bisnes berkaitan denga keselamatan dalam negeri Gotham City. Kan ngam gitu!

Perancangan Saya

Saya bukanlah bermaksud untuk berhenti mengajar AddMath, sekurang-kurangnya untuk jangka-masa pendek ini. Malah saya bercadang untuk mencapai 100% job setiap masa dan menjadi agen (lihat artikel sebelum ini).

Tapi untuk jangka-masa panjang, saya ingin menjadi antara komposer yang disegani di rantau ini.

Jadi 3 idea besar saya :

siap satu demo (tiada lirik) baru setiap 2 minggu.

kongsi pengalaman dan pengetahuan sendiri dalam blog. Jadi gabungkan dengan demo tadi untuk dijadikan satu entri (contoh).

ujibakat secara percuma (saya akan tulis entri khas untuk ini).

Perancangan masa depan

Saya akan buka blog ini kepada sesiapa yang sudi tips peribadi (inspirasi daripada Music Think Tank). Asalkan ia asli, jujur dan unik. Yang cedok tak mainlah.

Saya akan terus membuat demo baru setiap 2 minggu. Ini prioriti saya.

Pengendalian seminar, 'coaching' personal atau video belajar? Semestinya. Biar saya bermula dengan perkongsian saya dahulu.

Saya bukan hendak menjadi guru semata. Saya ingin menjadi guru yang cemerlang dalam bidangnya.

Biar seiring itu!

Terimakasih kerana membaca.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-53414692515889064402013-06-13T18:53:00.001+08:002013-06-15T08:12:38.202+08:00Tuisyen Rumah

Saya agak terkesan kerana dalam tempoh 6 bulan pertama 2013 ini, pendapatan saya daripada tuisyen adalah yang paling rendah dalamasa 5 tahun. Saya tidak tahu mengapa. Sedangkan tahun-tahun sudah ada saja orang akan telefon minta mengajar. Tapi tahun ini agak malap.

Tahun sudah bulan Februari atau Mac sudah hampir penuh. Tapi tahun ini bulan Jun sebegini baru nak penuh.

Apatah lagi kini saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak (kalau bujang dulu, ok je). Sekarang lebih terkesan. Nasibaiklah isteri saya bekerja sebagai eksekutif IT di Maybank, bolehlah dia membantu saya sedikit sebanyak. Tapi sampai bila?

Nasibaik jugalah job cuti sekolah saya kencang seperti kebiasaan, jadual tepu (agaknya pelajar berasrama penuh lebih menyukai saya).

Bukan itu saja, pelajar yang sediada, dan yang baru, kerap membatalkan kelas saat akhir. Bukanlah semua, hanya segelintir. Tapi cukup menjejaskan pendapatan saya yang job sedikit ini.

Kenapa jadi begini, apa salah saya?

Selepas menghadiri kelas SEO tempohari, saya mula menyiasat.

Kebanyakkan ibubapa atau pencari tuisyen akan taip 'tuition' atau 'home tuition' di laman carian Google untuk mencari tutor. Sejak saya mula mengajar dahulu (7 tahun lepas), nama tuitionplaza.com adalah yang teratas. Jadi saya hanya bergantung pada laman itu sehinggalah hari ini. Bayar saja RM30 untuk pengiklanan, nama kita akan terpampang di dada laman itu, dan sekejap lagi ada saja orang yang akan telefon.

Tapi tidak lagi kebelakangan tahun-tahun ini.

Oleh kerana saya telah lama mengajar, kebanyakkan job yang saya dapat adalah referral (mouth to mouth) daripada bekas pelajar saya, ataupun guru lain (terutamanya cikgu Zul). Ini menjadikan saya 'malas' lagi untuk menjalakan promosi di internet. Jika ada pun, hanya di tuitionplaza.com, yang semakin turun rankingnya dari tahun ke tahun, tanpa saya sedari.

Hari ini

Tapi apabila saya google 'tuition' atau 'home tuition', laman tuitionplaza.com masih dalam muka pertama, tapi sudah terperosok ke ranking hampir terkahir. Ini mengejutkan saya, dan banyak laman wer yang menawarkan khidmat sama menduduki ranking yang lebih atas.

Jadi apa peluang saya di sini?

Agen Tuisyen Berkomisen

Saya sudah belajar sesuatu di sini : Jangan berhenti promosi servis. Lebih baik banyak job daripada terkurang. Yang terlebih itu kita boleh 'monetize' kannya, iaitu beri job itu kepada tutor lain dan meraih komisen.

Antara kelebihan promosi berterusan :

job tuisyen berterusan, tidak akan kering (insyallah).

boleh memilih lokasi yang lebih dekat.

boleh naikkan caj (?).

boleh pilih pelajar yang lebih komited, dan membatalkan pelajar yang tidak komited.

menambah wang saku, dalam bentuk komisen.

Baguskan?

Laman web tuisyen yang saya jumpa

Saya tidak tahu mengapa saya tidak terfikir dari awal. Tapi apapun saya harus mempunyai lebih usaha dengan selalu kemaskini profil, bayar iklan premium dan usya job yang ditawarkan di laman-laman itu.

Biarpun buat masa sekarang jadual sudah hampir penuh, tapi tiada jaminan di masa depan, kan? Macam-macam boleh berlaku. Lebih baik kita bersedia.

Terimakasih

Saya juga harus berterimakasih juga kepada 'kegawatan ekonomi' ini sepanjang 6 bulan lepas. Jadikan peringatan.

Memetik kata dari salah satu buku Jim Collins, "Crisis is a terrible thing to waste. Got to learn and capitalise it for your own good."

Matematik

Oh ya, untuk agen tadi, saya hanya mahu mencari tutor untuk job matematik saja. Kerana harus diingatkan, job yang mahu saya berikan tadi hanya limpahan permintaan untuk saya.

Jangan ingat saya menjadi agen tuisyen untuk subjek lain ya. Hanya matematik.

Terimakasih kerana sudi membaca.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-55583720640478361932013-05-26T23:15:00.004+08:002013-05-26T23:15:59.416+08:00Selepas SEO

Semalam saya menghadiri seminar SEO, anjuran Majalah Niaga. Dikelolakan oleh pakar SEO tempatan, Hashbul Aqill. Baru berusia 22 tahun, tapi berpengalaman luas dalam pengetahun SEO.

Saya tidak mahu menceritakan apa yang telah saya belajar. Saya cuma mahu ceritakan bagaimana ia memberi kesan kepada saya.

Selama ini saya menyangkan SEO ini satu subjek remeh, yang hanya difahami oleh golongan taksub internet. Tapi rupa-rupanya ia merupakan subjek terpenting selepas membangukan laman blog sendiri.

Secara ringkasnya, SEO adalah ilmu mendapatkan 'ranking' dalam direktori Google Search.

Ia semestinya mengambil masa untuk mendapat ranking atas, tapi semestinya berbaloi.

Keyword

Keyword merupakan elemen terpenting dalam SEO. Sebelum ini saya banyak fokus kepada perkataan 'rakam lagu', 'pencipta lagu', 'produksi muzik', tapi carian tidak banyak atau hampir tiada. Tidak hairanlah laman saya hanya dikunjungi 4 - 5 pelawat saja sebulan!

Facebook

Justeru itu, saya hanya bergantung harap kepada pemasaran Facebook. Pemasaran FB ini bagi saya memenatkan, harus 'share' setiap masa, iklan berbayarnya mahal, dan masalah tepu.

Jadi seolah-olah baru saya sedar kepentingan mempunyai dot com sendiri, daripada sekadar mempunyai FB Fan Pages semata.

Majalah Niaga

Dari dulu lagi saya kagumi dengan majalah online ini. Ia dibangunkan oleh anak muda yang berpandangan jauh. Saya sering merasa pelik mengapa mereka selalu memberi artikel dan temuramah berkualiti secara percuma. Freemium katanya.

Secara jangkamasa panjangnya, nama mereka ada dimana-mana dalam carian Google. Mereka menemuramah tokoh perniagaan tempatan seperti Azizan Osman. Dan pencari Azizan Osman akan menemui Majalah Niaga dalam carian Google. Bijak bukan?

Bukan itu saja, mereka memberikan 'hi-value content', yang semestinya akan mempunyai 'Like', Share dan Tweet yang banyak.

Aqil ada memberitahu kami, dia memulakan Majalah Niaga ini hanya bermodalkan RM1,500. Dan baru-baru ini ada usahawan yang ingin membeli dengan harga RM400,000. Wow, inilah hartanah internet!

Apa impak pada saya

Saya mempunyai 3 laman web utama, Sajakiri Music (seni), Pusat Tuisyen Pulau Ilmu (bisnes tuisyen) dan Kopi Pagi (personal). Semestinya, anjakan paradigma akan berlaku, dan idea ini mungkin akan diubah dari masa ke semasa. Tapi semestinya ia adalah untuk jangka masa panjang.

Sajakiri Music

Ini adalah laman web kesayangan saya. Hanya tempat menyimpan portfolio lagu-lagu ciptaan saya. Dulu saya agak rajin menerbitakan artikel dan menemuramah tokoh muzik. Tapi oleh kerana pembaca tidak ramai, semangat saya luntur.

Selepas SEO

Saya terpaksa 'redefine' kembali tujuan Sajakiri Music ini ditubuhkan. Bukan lagi sekadar luahan kreativiti saya semata. Ia lebih dari itu.

Dari segi nalurinya, saya memang berhajat ingin melakukan apa yang Majalah Niaga buat ; menghasilkan artikel berkualiti tinggi, dan menemuramah tokoh tempatan. Saya pula tiada lebihan modal untuk mengupah penulis jemputan.

Saya pernah menghasilkan artikel secara konsisten dan menemuramah tokoh. Tapi aktiviti ini menhadkan apa yang seharusnya saya buat ; berkarya muzik secara konsisten.

Inilah dilema saya.

Saya sedar saya tidak boleh buat berseorangan. Saya perlukan pasukan.

Saya teringatkan kata hikmat Richard Branson : "always surround yourself with people better than you."

Tapi bagaimana untuk saya lakukan? Modal saya tidaklah banyak untuk menarik mereka ke pasukan saya. Tapi idea majalah muzik ini tetap menarik minat saya, walaupun saya harus sedar saya harus lebih fokus kepada muzik.

Siapa sebenarnya pembaca yang ingin saya tarik?

Kalau diikutkan, penggiat muzik, karyawan ataupun peminat muzik. Tapi bagaimana saya boleh promosi lagu ciptaan saya?

Bagaimana boleh saya mencari titik tengah?

Bagaimana jika saya mahu kedua-duanya berjalan seirigan?

Berpandukan keyword, adalah lebih mudah untuk saya menjadi Pakar AddMath berbanding menjadi Komposer.

Jadi bagaimana?

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-59062850880654678302013-05-22T17:47:00.000+08:002013-05-22T17:47:42.785+08:00Projek 10 Tahun

Lepak dengan abang Adi dari Dream Music tengahari tadi. Nak buat Caller Ring Tone (CRT) katanya. Untuk juara Sajakiri-Vokal. Salah seorang dalam timnya adalah Panjang (nama gelaran), PR kepada band indie terkenal, Hujan. Diakhir pertemuan kami tadi, dia ada mengatakan sesuatu yang menginspirasikan ku.

Noh (Hujan) kalau bersara sekarang pun dah boleh. Kerana royalti (MACP) lagunya yang banyak dan lumayan. (Bukan kerana ayah mertuanya yang berstatus bilionair).

Ini kerana Noh adalah komposer utama dalam bandnya, dan dia banyak mencipta lagu hit. Itulah persamaan kami ; komposer!

Inilah cita-citaku, dalam (sekurang-kurangnya) 10 tahun lagi, aku ingin mencapai kebebasan kewangan, dengan memperolehi royalti melebihi perbelanjaanku. Amin!

Hak Cipta

Berbalik kepada pertemuan saya dengan abang Adi tadi, dia menerangkan kepadaku 3 jenis hakcipta;

hakcipta sebagai pencipta lagu dan penulis lirik : royalti MACP

hakcipta sebagai pemilik rakaman : pendapatan dari CRT, jualan dan sebagainya

hakcipta sebagai penyanyi/artis : pendapatan dai persembahan.

Dalam penerbitan Sajakiri, saya memegang hakcipta 1 dan 2. Inilah untungnya jika berkebolehan mencipta lagu dan berminat dalam penerbitan muzik!

CRT

Dengan hanya memengang hakmilik sebagai pemilik rakaman (2), saya layak untuk mendapat pendapatan daripada CRT tadi.

Jadi, kesimpulannya, apa yang saya buat dengan Sajakiri Vokal sudah betul, cuma kena lebih produktif.

Bagaimana untuk jadi lebih produktif?

Idea kasar - jadikan semua finalis berlumba, dan siapa yang paling banyak views dan like dalam YouTube pada penghujung bulan, akan diisytiharkan pemenang. Dan finalis selebihnya tadi boleh meneruskan perlumbaan (asalkan lagu mereka belum menang).

Pada masa yang sama, ujibakat akan dijalankan, dan finalis baru boleh menyertai pada bila-bila masa. Bagus ke idea ini?

Pro

memberi peluang kepada finalis lain untuk menang.

tidak perlu mencari finalis lain dengan agresif.

Kontra

tiada hada untuk UjiBakat, mungkin tiada urgensi.

tiada kesegaran kerana kebanyakkan finalis sama yang bertanding.

Saya perlukan masa untuk memikirkannya.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-60991244327435556162013-05-16T15:42:00.002+08:002013-05-16T15:42:53.269+08:00Jangkamasa Panjang

Tup-tup. Tetiba terasa ingin menulis di blog bersawang ini. Macam ada 'sudden clarity'. di sini.

Aku akui, pendapatan hasil daripada karier tutor adalah sangat mewah ketika bujang dulu. Tapi hanyalah cukup-cukup makan ketika sudah berkahwin dan punyai anak. Ini baru seorang. Kalau bertambah?

Aku sebagai ketua keluarga harus memikirkan bagaimana untuk bersedia.

Alhamdulillah. Aku sudah punyai pusat tuisyen sendiri, Pulau Ilmu (menengah). Walaupun keuntungannya tidak banyak mana, tapi jika kita pandai menguruskan kewangannya, insyallah ia boleh berkembang. Nasibaiklah juga aku mengambil jurusan pengakaunan. Bolehlah sedikit sebanyak menguruskannya.

Tentang Sajakiri Music, masih terumbang-ambing. Walaupun usahaku menganjurkan Sajakiri Vokal ada nampak hasilnya, tapi pengaliran tunai masih tiada. Aku mempunyai dilema, samada mahu meneruskannya, atau menggantikannya dengan projek terbaru, Sajakiri Vokal Bida (dimana mereka yang berminat merakamkan lagu ciptaanku boleh 'membida' sebarang harga).

Adakah langkah ini baik?

Saya teringatkan kata kawan baik ku, JD, mereka yang benar-benar buat duit untuk jangka-masa panjang adalah komposer. Ini kerana selagi lagu mereka diputarkan di radio, selagi itulah mereka akan meraih royalti. Pendapatan pasif namanya. Menarik bukan?

Jika begitu, mengapa saya tidak fokus kepada ini sejak dulu lagi?

kerana tiada pendapatan jangka masa pendek (saya inginkan tunai segera!)

kerana harus terlibat dalam promosi (saya malas turun padang), atau bekerjasama dengan PR.

saya tidak yakin dengan karya saya.

Oleh kerana itulah saya berasa 'buang masa' dan 'rugi' mengajurkan Sajakiri Vokal. Walaupun saya berjaya mencungkil bakat besar anak muda seperti Mamat dan SIR.

Atau mungkinkah saya tidak fikir jauh?

Saya harus sedar saya adalah komposer. Jadi pendapatan utama saya seharusnya datang dalam bentuk royalti, bukan penerbitan semata.

Kalau begitu, Sajakiri Vokal adalah baik. Saya perlukan 'follow-up' selepas mereka memenanginya.

Analogi rumah : jangan terlalu fokus pada pendapatan sewa semata, fikirkan juga tentang 'kenaikkan' harga rumah juga.

<object height="360" width="640"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/sxtopm_q2ls?version=3&hl=en_US"></param>
<param name="allowFullScreen" value="true"></param>
<param name="allowscriptaccess" value="always"></param>
<embed src="http://www.youtube.com/v/sxtopm_q2ls?version=3&hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" width="640" height="360" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Hampir 30,000 views.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-57119661768561190532013-05-06T19:59:00.002+08:002013-05-06T20:00:40.858+08:00Lama Sungguh Tidak Kemaskini Blog Ini.

Kali terakhir saya kemas kini blog ini adalah pada 3 bulan lepas.

Saya mula malas menulis blog selepas saya semakin rajin menghasilkan karya muzik yang terbaru. Macam semua idea kreatif saya mengalir ke muzik, bukan untuk menulis lagi.

Juga saya semakin sibuk dengan famili. Jikalau ada masa terluang pun, saya akan fokus pada muzik.

Apatah lagi cara saya menulis sangat rumit ; tulis tangan di buku sebelum taip kembali di sini. Sangat leceh.

Saya masih tiada idea untuk menulis. Saja nak eksperimen dengan penulisan terus menggunakan 'titik peluru' sebegini.

Saya berniat untuk kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali, atau paling kerap, 2 minggu sekali.

Anak saya, masuk bulan depan (Jun) 19 haribulan, akan berusia 1 tahun. Sungguh cepat masa berlalu.

Semalam baru habis Pilihanraya Umum ke 13, saya sebagai penyokong PR agak berpuas hati dengan peningkatan undi secara keseluruhan.

Dari segi muzik, saya masih dalam proses adunan (mix) lagu Mawarni, nyanyian juara Sajakiri Vokal Musim Kedua, Safwan Idham Ramlan.

Juga masih saya memikirkan apa yang harus saya kemaskini dalam blog sajakiri.com.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-86307305707673175042013-01-29T00:33:00.003+08:002013-01-29T08:04:01.406+08:00Naik Pangkat

Bukan dari segi kerjaya. Tapi dari segi generasi. Aku kehilangan 2 datuk dalamasa selang 8 bulan. Semestinya selain sedih, rasa janggal dan kekok atas kehilangan mereka. Kerana aku selalu berasa mereka 'hidup selamanya'.

Dan pada masa yang sama, aku mendapat anak perempuan 7 bulan, juga selang dalam tempoh 8 bulan tesebut.

Lalu aku naik pangkat dari generasi cucu ke generasi ibubapa. Ibubapaku pula naik ke generasi datuk nenek.

Begitulah kehidupan. Kematian dan kelahiran silih berganti.

Aku juga, sikit lagi akan memasuki pertengahan 30-an, walaupun aku selalu berasa awal 20-an setiap masa. Ibubapaku pula, lagi 10 tahun akan berusia 70 tahun.

Apa yang aku belajar setakat ini.

1 - Orang lebih ingat apa yang kita beri, daripada apa yang kita dapat.

Contoh, orang lebih mengingati karya P Ramlee, berbanding apa yang beliau terima sepanjang hidupnya.

Lebih peribadi, aku selalu ingat datuk ku (sebelah bapa) membelikan etak, kegemaranku, walaupun sudah penat menunggu seharian (dia pemandu teksi), kira-kira 2 bulan sebelum pemergiannya.

Juga doa dan harapan datuk (sebelah ibu) agar aku berkahwin sebelum pemergiannya. Kerap tanya dan follow up denganku "dah ada ke belum", sampai ke satu tahap aku terpaksa berbohong kepadanya untuk menyedapkan hatinya.

Mungkin doa nya juga yang aku berjumpa jodohku. Wallahukhalam.

2 - Apa orang lain fikir adalah tidak relevan

Mengikut rutin dan dogma yang telah disetkan oleh masyarakat secara membuta tuli adalah kebodohan. Sebenarnya, di alam dewasa ini, baru aku mengerti : takde orang kisah sebenarnya!

Kerana akhirnya, kita sendiri yang tahu sendiri adakah kita sendiri yang dengar kata hati sendiri. Tiada siapa yang tahu. Dan tiada siapa yang peduli kecuali diri sendiri.

Tak perlu fikirkan sangat pandangan orang lain, atau berbuat sesuatu kerana ingin 'menyedapkan' hati orang lain, jika ia bertentangan dengan kemahuan kita.

3. Hidup ini akan lebih bernilai dan bermakna jika kita bersyukur secara konsisten. Bersyukur, seperti solat, harus dilakukan secara istiqamah dan displin. Insyallah hidup kita akan serta merta menjadi indah, dan selalu bernasibaik.

Tapi aktiviti bersyukur ini 'under rated', tidak ramai yang melakukannya. Bagiku, cukup dengan hanya menulis 5 syukur setiap hari di buku.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi cukuplah setakat ini dulu. Masih dalam mood berkabung. Silalah sedekahkan Al-fatihah pada datuk dan nenek saya. Terimakasih.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-12273104459396605912013-01-21T12:32:00.001+08:002013-01-21T12:32:29.638+08:00Tiga Kali Liang Lahad

Pertama : 2 Jan 2005 9 pagi. Pengebumian nenek sebelah ibuku di Tangkak, Johor. Aku bersama Apet (Fadhli:sepupu), dan seorang lagi (yang berpengalaman) turun ke liang lahad untuk menyambut jenazah.

Sebenarnya, aku begitu takut sebenarnya untuk turun. Tapi disuruh-paksa oleh Pak Long ku (dari Singapura). Katanya berkat jika cucu sendiri yang turun.

Kedua : 25 Mei 2012 8.30 malam. Pengebumian datuk sebelah ayah ku pula, di Pasir Mas Kelantan. Pengebumian berlangsung malam selepas maghrib, bersama hujan renyai, dan gelap, agak mencabar bagiku. Tapi aku gagahkan juga untuk turun. Kali ini bersama Uda, (Syamsul:ayah saudaraku).

Ketiga : Yang terbaru, 18 Januari 2013 3.30 petang. Pengebumian datuk sebelah ibuku pula, di Tangkak. Kali ini turun bersama Ais (Mukhriz:sepupuku).

Apa Yang Aku Belajar

Liang lahad adalah tinggi satu kaki lebih dari ketinggiannku.

Apabila menyambut jenazah, tangan kanan di bawah, tangan kiri di atas.

Jenazah diletakkan mengiring, wajah menghadap kiblat.

Perasaan takut langsung tidak ada. Yang ada perasaan kasih, insaf dan syukur. Hasilnya sungguh menenangkan.

Mencangkul tanah nampak mudah. Tapi sungguh memenatkan.

Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan peluang ini. Sewaktu berada di dalamnya, saya terfikir 'masa aku pun tak lah lama sangat lagi'. Tapi ia sungguh pasti. Adakah kita sudah bersedia?

Minta pembaca sedekahkan Alfatihah kepada datuk (Daing Ibrahim dan Che Soh), dan nenekku (Raja Zabedah). Alfatihah.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-82272845786564767892013-01-17T15:42:00.003+08:002013-01-17T15:42:28.450+08:00102 - Crowd Funding

Saya masih lagi memerah idea, bagaimana untuk membantu penyanyi merakamkan lagu ciptaan saya. Tiba-tiba, sebelum tidur saya mendapat satu idea liar : crowdfunding.

Ini mensasarkan projek dibiayai oleh pihak ketiga, seperti peminat tegar, keluarga ataupun sahabat handai. Saya terjumpa laman web ini : Pledge Music yang mesra pengguna, memahami kehendak dan fokus kepada muzik. Cantik sekali.

Sajakiri sebagai label

Dari sini, saya boleh bertindak sebagai label yang membantu penyanyi melahirkan single rasmi. Bukan saja fokus kepada penerbitan muzik semata, tapi juga kepada pakejing dan promosi. Oleh kerana ini, saya harus berurusan dengan A&R.

Medan Penguji

Disamping itu juga, saya akan berikan penyanyi ini tempoh sehingga 3 bulan untuk mencari penaja projek. Jika mereka berjaya, ini tandanya mereka ada kesungguhan, sekaligus potensi untuk berjaya lebih cerah. Jika tidak berjaya, pun takpe, segala tajaan tidak akan dicaj.

Apa tanggungjawab saya

Sebagai ketua projek, saya harus mengawasi segalanya. Bukan itu saja, saya juga harus cipta lagu komersial yang sedap untuk dijadikan single.

Peluang untuk artis

Tunai merupakan nadi. Sekarang baru saya nampak jalannya. Tapi keraguan tetap ada. Bagaimana jika saya tidak berjaya? Perlukah saya buka ciptaan untuk orang lain? Atau perlukah saya fokus kepada ciptaan saya semata? Berapa banyak artis yang saya perlu setiap bulan? Berapa kos saya?

Perjalanan masih jauh. Saya masih memikirkannya dari segenap segi. Ia tidak mudah, tapi semestinya berbaloi. Saya harus punyai flow yang sistematik.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-6859665400724107782013-01-16T22:21:00.000+08:002013-01-16T22:24:41.187+08:00101 - Daripada Komposer Untuk Penyanyi

Terimakasih kepada Derek, penulis blog tentang artikel ini. Saya tidak sangka persoalanan saya selama ini terjawap pagi ini.

Saya sering berasa keliru tentang siapa sasaran blog sajakiri.com, samada komposer lain, jurutera muzik, peminat, atau penyanyi. Jawapannya sebenarnya mudah. Siapakah bakal klien saya?

Penyanyi

Jadi selepas ini blog saya harus mengenai penyanyi; tips, inspirasi, berita dan temuramah. Barulah saya boleh memikat mereka dengan karya saya. Tidak kira dengan harga servis pun!

Masyallah, buta betul saya selama ini. Harus hati2 kerana ia sangat dekat dengan peminat hiburan semata. Ini untuk penyanyi serius sahaja.

Ok, apa yang harus saya lakukan?

kumpul email mereka

Finalkan servis saya

kemaskini blog 2 minggu sekali

demo baru setiap 2 minggu

wujudkan fan page baru (mungkin)

Apa harapan saya?

supaya saya boleh mengajak mereka ini merakam lagu ciptaan saya.

menjadi affliate untuk mereka yang menjual produk berkaitan dengn penyanyi

temuramah penyanyi ternama, sambil mempromosikan ciptaan saya kepada mereka

menjemput penulis jemputan untuk menulis di sini

kursus nyanyian?

Bagaimana evolusi Sajakiri Music

Kami akan mempunyai pengkalan data penyanyi. Dan mudah untuk memasarkan ciptaan sya kepada mereka.

Adakah hanya ciptaan saya? Apa kesannya? Bagaimana jika mereka ada ciptaan sendiri? Ini yang harus saya telitikan. Bagaimana jika ya?

Tapi, jika ia beri saya pendapatan, apa salahnya? Ok, tapi ini bukanlah fokus saya. Yang penting saya mempunyai hak eksklusif untuk menjadi penerbit lagu saya sendiri.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-60907184744467335652013-01-15T10:53:00.002+08:002013-01-15T10:53:57.146+08:00100 - Ringkas Adalah Cantik

Ini entri ke-100, diharap mencapai konklusi di sini.

Selesai mandi tadi, saya teringat kata-kata Steve Jobs, ketika join kembali dalam Apple. Perkara pertama yang dilakukan beliau adalah memberhentikan aktiviti yang tidak membuat Apple hebat, dan fokus kepada beberapa produk yang hebat saja.

Dari sini saya mendapat konklusi mudah. Cukup dengan hanya 2 aktiviti : Demo Tersusun dan Temuramah. Masing2 sekali sebulan. Itu saja.

Tapi, bagaimana dengan Sajakiri Vokal? Sebenarnya tujuan saya membuat SV adalah keinginan saya untuk bekerja dalam studio. Kalau begitu, fokus saya sepatutnya mencari klien sebenar untuk rakaman di dalam studio.

Produk dan Pemasaran

Produk

Menghasilkan demo ringkas, tapi tersusun dan kemas. Cukup sebukan sekali. Tapi, bukankah saya perlu memperbanyakkannya? Seminggu satu ke? Oklah, demo ringkas tapi tersusun. Tidak perlu idelalistik sangat. Itu kerja arenjer. Jadi sebulan bolehlah letakkan 2 buah demo sahaja.

Pemasaran

Bertemu mentor, atau tokoh muzik tempatan. Editkan temuramaha menjadi 20 minit. BEri mereka CD yang sarat dengan ciptaan saya. Itu saja.

Blogpost

Cukup yang utama 2 minggu sekali. Satu mengenai demo, dan satu mengenai temuramaha. Upkan dalam status Sajakiri. Cukup dengan RM20 seminggu. Mudah bukan?

Wah, clearnya sekarang. 'Simplicity is Beautiful'. Servis boleh diteruskan yang produser itu.

Saya perlu inkubasi dalam sehari dua, adakah idea ini terbaik. Sama2lah kita nantikan. Dnan memang rasa ringan kepala hotak!

Alhamdulillah.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-49910783480512721962013-01-10T16:41:00.001+08:002013-01-10T16:41:13.656+08:0099 - Katakan Saya Seorang Mentor Yang Berjaya

Katakan, seorang komposer muda berjumpa dengan saya untuk meminta nasihat. Namanya Abu. Abu seorang yang berbakat, menyimpan beratus ciptaannya dalam soundcloud.com. Abu meminta nasihat saya 'bagaimana untuk breakthrough' dan berjaya dalam bidang muzik. Apa yang akan saya katakan?

Teruskan berkarya. Kena ada displin untuk berkarya. Fokus kepada penciptaan semata. Jangan buat benda lain.

Berjumpa dengan mentor, dan belajar dari mereka.

Pergi ke perjumpaan sesama komposer, pemuzik, penyanyi untuk meluaskan pergaulan dan pendedahan.

Sekali-sekala, buat pertandingan nyanyian ciptaan secara online.

Usah fokus pada upah penerbitan, tapi lebih kepada kutipan CRT, dan royalti.

Wah, adakah saya fokus pada tempat yang salah?

Revert ke Ringkas

Bagaimana jika saya ingin ringkaskan aktiviti saya hanya kepada 2 : Demo Kasar setiap minggu, 1 termuramah setiap bulan. Bagaimanakah itu?

Beri saja CD kesemua lagu demo saya kepada mereka. Itu saja.

Perlukah SV dijalankan?

Rasanya apa salahnya jika ia dijalankan kembali. Kekerapan 3 bulan sekali. Ini lebih kepada konsep suka-suka, dan bukannya core.

Ringkasan Demo Kasar : 2 minggu sekali.

Temuramah : Sebulan sekali

Sajakiri Vokal : kejap, adakah ini bermaksud saya harus membuat demo yang cantik? Bagaimana jika demo hanya sebulan sekali? Kalau SV ditiadakan? Elok juga. Adakah saya akan merinduinya? Adakah ianya penting? Lebih kepada keinginan untuk penjenamaan. Bagaimana?

Jauh di sudut hati, terasa nak. OK. Bagaimana jika buat Demo Tersusun? Ok juga sebenarnya, jijka sebulan sekali. Tapi sayanglah Songfactory?

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5974146653176333870.post-15900864067485261272013-01-10T13:55:00.002+08:002013-01-10T13:55:22.175+08:0098 - Muhsin

Saya terpanggil untuk menulis tentang Muhsin kerana mendengarkan lagu nyanyiannya. Saya sukakan suaranya yang matang dan macho walaupun usianya muda. Tiba-tiba rasa rindu untuk membuat projek bersamanya.

Demo

Saya ada terfikir untuk mengupah Muhsin menyanyikan demo saya, supaya ia kedengaran lebih sedap dan profesional. Tapi, perlukah? Saya pun tidak pasti. Mungkin dari segi kepuasan kerana dapat berkarya dengan sebaiknya.

Bayangkan

Ok, cubayangkan demo saya dibawah nyanyiannya. Apa bezanya? Adakah saya masih mahu menjual lagu? Adakah dengan vokalnya, ia lebih boleh menarik ramai orang? Saya tidak pasti. Perlukah demo yang terlalu sedap? Bagaimanakah perasaan saya? Adakah ia membuatkan saya boleh caj dengan lebih mahal? Apakah strategi saya? Apakah tujuan saya yang sebenar? Bagaimana jika tiada beeza?

Secara jujurnya, rasanya tidak perlu. Ini hanya untuk kepuasan diri sendiri.

Bagaimana jika tiada apa yang berubah? Mengapa sukar sangat saya meraih pendapatan melalui muzik, walaupun dengan harga RM250?

Bagaimana jika revert ke asal, fokus kepada pembuatan demo berkualiti, dana temuramahah sebulan sekali. Dah, cukup. Usah fikirkan sangat tentang pendapatan.

Tapi, bagaimanakah jika rumah ini dijual, dan saya tidak bersedia? Hati saya berkenan dengan cara ini, tapi tidak otak saya. Tapi jika saya 'mengelabahkan' caj pun, dapatkah kumpul RM40,000? Selama ini pun hidup saya 'fall into places', dengan hanya bersyukur sahaja. Perlukah saya relaks saja seperti biasa? Inilah konfliknya.

Zainal Zuliahttp://www.blogger.com/profile/10161973511930401324noreply@blogger.com0