Ahad, 30 Disember 2007

Keindahan dari Syurga

Kepada sesiapa yang merasai
yang melihat
yang mendengar

yang menghidu

Dari Ruhnya sendiri...


Sesungguhnya Syurga itu ada
dalam diri setiap yang berjiwa...

Rabu, 5 September 2007

Dina

Ya Allah Ya Tuhanku..

Kau Yang Maha Pengasih..

Kau Yang Maha Penyayang..

Kau Yang Maha Pengampun..

Kau Yang Maha Adil..

Kau Yang Maha Bijaksana..

Kau Yang Maha Kaya..

Kau Yang Maha Besar..

Kau Yang Maha Mendengar..

Selamatkanlah Dina..
Kasihanilah dia..
Sayangilah dia..
Izinkan dia mengejar cita-citanya..
Untuk menjadi seorang doktor..
Dan berbakti kepada masyarakat..
Kerna-Mu Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani..

Amin.

Selasa, 4 September 2007

Bidadari Itu

Bidadari itu..

Sehalus sutera cina..
Sesuci salju putih..
Seindah taman syurga..

Mungkin ini perasan yang paling hampir
Secebis rasa firdausNya..


Bidadari itu..

Pernah hadir dalam hidupku..
Hidupku indah kerana harapan..

Kekadang aku merasa
Aku hanya ingin hidup dalam harapan itu saja
Sudah memadai bagiku...


Aku..

Umpama kaktus di padang pasir..
Walau panas ku nanti..
Walau lama pun ku berdiri..
Walaupun ku tak pasti.. tibanya..

Bidadari itu..

Dan aku akan tetap di sini...

Isnin, 3 September 2007

Aku Tak Tahu

Banyak perkara yang aku tak mengerti
Terlalu banyak soalan

Kenapa begitu,
kenapa begini..

Takkan habis dibuatnya..

Tuhan ciptakan misteri

Untuk apa?

Untuk membingungkan manusia?

Aku masih tak mengerti
Dan tak akan mengerti...

Ehm...
Mungkin kita terlalu kecil
Untuk memahami segala-galanya...

Khamis, 3 Mei 2007

Falsafah Hidup

Apa itu falsafah hidup?
Atau sebenarnya falsampah hidup?
Seperti sampah
Hanya menyemakkan hidup

Akupun tak pasti

Atau sebenarnya ia pegangan hidup
Panduan hidup
Satu formula hidup

Mungkin juga

Pentingkah ia?

Aku sendiri pun tak pasti

Tapi satu perkara yang pasti
Falsafah hidup adalah kata-kata yang datang roh
Bukan dari kebijaksanaan otak yang mekanikal
Bukan hasil dari kiraan matematik
Ia adalah kata-kata hikmah
Yang datang dari hati nuranimu sendiri
Dari jiwamu sendiri
Yang tidak mengenal erti hipokrasi
Yang hadirnya sungguh jarang

Sebagai isyarat
Ataupun hanyalah habuk-habuk sampah
Bagi sesetengah orang..

Segalanya Mungkin

Aku tak tau
Tak mungkin aku kan tau
Bagaimana agaknya
Masa depan
Mungkin begitu
Mungkin begini
Segalanya mungkin

Hidup adalah Anugerah

Adakah aku punya pilihan
Atau adakah ianya sudah tersurat
Ingin rasanya aku menulis
Tentang masa depan
Biar ia menjadi nyata

Kerna Hidup adalah Anugerah
Terlalu mahal untuk disia-siakan
Terlalu berharga jika ia hanya sekadar
Angin yang berlalu
Aku tak ingin biarkannya begitu

Kerna, hidup ini adalah Anugerah..

Yang Terbaik

?
Apa itu yang terbaik?
Kenapa harusnya menjadi yang terbaik?

Bukankah sudah terbaik
Hidup dalam alam ini
Bukankah sudah terbaik
Menghirup udara segar
Merasai nikmat cinta

Bukankah sudah terbaik?
Jadi apa lagi?

Yang Kedua

Yang Kedua

Juga bukanlah segala-galanya
Bukan juga yang abadi

Tapi siapa tahu

Mungkin ini yang kita perlu..

Yang Pertama

Yang Pertama
Bukanlah segala-galanya
Bukanlah yang abadi

Mungkin masa yang akan menentukannya