Sabtu, 2 Julai 2011

Apa lagi?

Baru buat Fan Page - Zainal Zulia : Random. Bakata Deepak Chopra, "Randomness is part of creativity". Ini boleh dijadikan outlet aku untuk 'berkarya' tanpa prejudis dan kontrol. Tanpa audiens, jadi aku tak perlu memikirkan sangat apa kehendak orang lain. Cukuplah aku sendiri yang senyap-senyap menulisnya. Kalau ada orang jadi Fan pun, itu pilihan dai sendiri, takde kaitan dengan aku. Kalau dia orang yang aku takenal lagi bagus, sebab dia akan melihat artikel ini tanpa prejudis.

Baru balik breakfast dengan famili. Pastu pergi pasar. Hari ni 3 kelas aku ada; SD Twin, Sufian & Qallif. Malam ada Transformers lagi. Pastu besok Breakfast dengan Abah, kumpa Fahdil di McD Ampang Park, Ija nak belikan perfume kegemaranku POLO sebagai hadiahantaran, dan kita mahu survey beg untuk Hantaran balas ku kepada Ija pulak. Kalau berkesempatan, aku ingin ke Istana Budaya, untuk melihat Battle of the Band yang sedang berlangsung di sana, setelah diberitahu oleh Alif, pemain dram Brownees.

Perlu ke lagi 5 Things? Setelah aku menulis di sini. Ada rasa malas. Rasa macam ini lagi syok. Entahlah. Tapi 5 Things agak berbeza. Ia membuat hidup dipenuhi love. Cukuplah.

Adakah penulisanku di sini sementara. Entahlah. Aku ni memang terlalu kreatif. Dah banyak dah web. Tapi semua tak jalan. Tapi ini kalau OK, aku ingin beli domain zainalzulia.com . Wah banyaknya duit aku!

Dapat idea lain pulak. Rasanya nak try eksperimen tak tulis 5 things dah. Cuma tulis kat sini. Takisah berapa perenggan pun. Asalkan tulis pada post yang sama, selagi hari ini. Ha, macam ni lah.

Aku ada berat hati nak tengok wayang, sebab aku rasa nak raikan birthday Abah aku lagi best, mengenangkan semua adik-beradik aku ada di sini. Takpelah, janji mesti dikotakan. Besok pagi aku akan breakfast dengan Abah, disamping mengajar anak dia, Mirza dan Nurina matematik. Harap-harap berkat.

Wow. Abe Navigator dah jadi fan Zainal Zulia : Random!

Tapi still orang tak perasan sangat haha. Tunggu aku jadi famous dulu baru orang perasaan hehe.

Tapi video Megahanz Hani tu takdak langsung orang Like! Nape ya? Haha. Camane aku nak buat video competition kalau takdak langsung orang Like? Macamane tuh?

Biarkanlah sebegini

Apa maksud aku, biar sebegini?

Aku ingin membeli rumah. Aku ingin membeli Piano. Aku ingin memiliki Ipad. Rupanya menulis tidak semudah menciptalagu, yang selalunya punya cerita tersendiri. Ha! aku dapat idea. Biarlah di sini tempatku menulis secara random. Macam ni lah. Tiada apa-apa maksud. Dari jauh macam ada cerita, padahal tiada apa maksud pun. Kalau ada maksud pun, hanyalah kebetulan sahaja.

Besok pagi ada kelas Qallif. Dia ni minat main dram. Ada band metal. Straight Forward. Last week dia main dekat Station One Cafe. Dia ni tidak berapa cekap dalam Matematik, antara studentku yang paling lemah. Tapi aku OK dengan dia. Dialah yang mencadangkan aku untuk menjual T-shirt Sajakiri. Sekarang ni pun tengah tunggu Zaidi tolong designkan.

Pehalpun, aku sukakan gambar profile aku sekarang, nampak unik, kreatif dan cool. Terimakasih kepada imaginasi Romizi. Sekali lagi telah berjaya membuat design yang aku suka. Tapi aku rasa ni dah lewat malam sangat ni, dah masuk pukul 2.

Goodnite.

p/s : tapi best juga ya jika ada pembaca. Apakata kalau aku buat Zainal Zulia Fan Page. Wah agak melampau tuh. Tapi OK jugak kan. Entahlah, apa keperluan pun aku tak tau. Cer try.

Cerita

Ingin sekali aku bercerita. Ceritapa ya? Sang kancil? Hang Tuah? Semuanya membosankan kerana sudah kerap diulang. Ceritapa yang original ya?

Menulis lagu? Terus-terang, sudah kering idea ku ni. Aku yakin aku masih boleh mencipta lagu lagi, cuma 'urge' itu sudah agakurang. Apa yang harus aku lakukan ya?

Apalagi yang harus ditulis ya? Adakah aku seorang yang terlalu kreatif?

Aku harus memfokuskan kepada 'apa yang hendak diberi' daripada apa yang hendak diterima. OK, apa yang hendaku beri?

Aku pun tak berapasti.

Kekadang terasa ingin 'share' cerita ini dengan masyarakat. Kekadang ingin sembunyi sebegini sahaja. Apa yang aku mahu sebenarnya?

Mungkin aku harus bercerita tentang sesuatu. Tapi aku bukanlah pencerita. Bagaimana?


5 Things

  1. Alhamdullilah. Today is another perfect day. Look forward for tomorrow nite outings with friend, watching Tranformers 3 in 3D. It must be superb! I miss birthday celebration dinner with Abah, so as a replacement, I will breakfast with him on Sunday morning.
  2. My weight is now 72kg! Woohoo! Way to go man!
  3. I manage to mark AddMath Paper for Tropika in few hours only! Wow I;m so efficient now.
  4. Love to see the signature "AddMathTutor.com" on my own modul haha!
  5. I love when Ija also write her 5 things!

Menulis

Aku menulis bukan untuk dibaca kembali. Aku cuma seronok melihat perenggan demi perenggan disusun kemas. Aku juga suka bila Bahasa Melayu ku ditulis sebegini skema dan baku. Walaupun aku memang tiada apa-apa idea.

Band

Tentang Band, lagu seterusnya untuk dirakam adalah lagu Pelangi. Mungkin akan diarrange oleh Patrick Tan. Disamping harga yang begitu menarik, terasa begitu lega apabila lagu diarenj oleh orang lain. Terimakasih.

Lagi 2 minggu, Didie akan mengajak rakan-rakannya untuk jam lagu-lagu Sajakiri. Ini lagi satu perkembangan menarik. Diharap kami akan bergerak sebagai live band yang berjaya selepas ini, Insyallah.

Terasa ingin buat video unplugged, nyanyi live dari V-cam.

Cuba Lagi

Alhamdulillah. Aku sukakan lay out yang panjang sebegini. Terasa begitu lega. Kekadang aku dapat merasakan adanya urge untuk menulis (taip) sebenarnya. Teringat zaman muda-muda dulu, selalu rasa 'urge' untuk bermain gitar, seolah-olah gitar memanggil aku. Lalu diciptakan lagu baru di di situ. Rasa macam ada sama, walaupun menulis bukanlah 'passion' sebenarnya, berbanding dengan penciptaan lagu.

Tiada cerita baru di sini. Walaupun terasa ingin menulis sesuatu.