Selasa, 17 April 2012

Parenting

Jumaat lepas, 13 April 2012, sahabatku Jaja (Azhar Imran) mendapat anak pertamanya, dengan isterinya Bashirah. Diberi nama Arzaq Emran. Nanti boleh panggil R-Z. Tahniah dan syukur.

Seorang lagi sahabatku, Romizi juga akan bergelar bapa, dengan isterinya Liza. Moga selamat semua hendaknya.

Bagi kami bertiga, tahun ini adalah tahun pertama kami menjadi ayah (aku bakal). Berbanding sahabatku Ijol, dia sudah punyai 3 anak lelaki : Farish, Imran dan Matin, Alhamdulillah.

Bagi aku dan Ija pula, 'nesting' sudah pun dibina serba sedikit. Ija lebih serius dan beria, manakala aku masih lagi lagi selamba dek. Buat rilek aje.

2 minggu lepas, Ija ada shopping baju bayi secara sendirian (kerana dia tau aku malas untuk shopping), tapi kantoi, dan terpaksa menunjukkan baju baby girl yang telah dibeli. Ija mula khuatir kerana menyangkakan aku akan marah (kerana shopping tanpa pengetahuanku).

Tapi rupa-rupanya, tanpa aku sangka juga, aku merasa sebak. melihat baju2 tersebut. Sungguh kecil dan comel. Dan aku ada menitiskan air mata.

Tiba2, walau masih bergelar bapa (2 bulan lagi Insyallah), aku mula memahami secebis rasa ibubapa terhadap anak2. Sepintas lalu, aku mula mengerti maksud pengorbanan ibubapa, dan unconditional love, kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.

Aku terkenangkan jasa2 ibubapa ku yang tak mungkin dapat kubalas.

Memang, kita takkan mampu membalas, kita hanya boleh 'membayar'nya ke depan. Iaitu pada anak2 kita pula.

Terimakasih Mak dan Abah ku.