Sesuatu untuk aku mau tulis. Aku tak tau apa lagi hendak diperkatakan. Aku pun tak tahu mengapa. Jika aku mahu menulis, aku akan bermula sebegini. Sama aje intronya. Aku harap aku akan berubah.
Last week aku gi wedding sebelah Ken di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Lebih kepada mini konsert famili. Semua anak beranak nyanyi (termasuk ayah Ken!). Menghiburkan dan makanannya agak sedap, Syabas Ken. Semoga behagia ke anak cucu. Amin.
Music
Pada Sabtu Feb 7 ini, kami akan merakamkan Syorgaku versi Pop Jazz, yg akan didendangkan oleh isteri Ken, Intan Sarafina. Versi ini lebih light dan menghiburkan, walaupun aku lebih prefer versi TuLanG, dimana ia lebih sayu dan dark. Aku juga berkira2 untuk bertemu dgn Aizat AF5, untuk present lagu klasik ku berjudul “Surina” aka “Hairiza”. Aizat punyai vocal yg firm, konteks dan merdu. Sangat sesuai dgn lagu itu, bagiku.

Sehalus sutera cina
Bisa membelai hati ini
Sesuci salju putih
Bisa menjernih hati ini
Virtual School
Aku dan cikgu Zul mula memasang impian untuk mewujudkan Virtual School. Dia muda setahun denganku. Masih muda dan bersemangat untuk memiliki bisnes dalam education ini. Dia sudah punyai pusat tuisyen sendiri, Pulau Ilmu, di Subang Perdana.
Dia memilih aku untuk menjadi partner dalam bisnes ini. Dia seorang pakar Matematik PMR dan Matematik Moden SPM. Sedangkan aku pula pakar Matematik Tambahan SPM dan Matematik Pre-U. Combination yang serasi.
Masih di peringkat brainstorming.
Creative Visualisation
• Private School
• Science/Math based.
• Form4, 5 and Pre-U/Form 6
• Lab for Research and Development for Science Invention.
• Might expand into College, or perhaps University.
Amin
Falsafah
• Aku selalu berfikir ; apakah itu cinta. Walaupun isu ini agak cliché. Bukan cinta antara berlainan jantina sahaja maksudku. Tapi yang lebih besar, menyeluruh dan universal maksudku.
• Bagi aku makna sebenar cinta adalah tanggungjawab. Cinta itu bukan datang selepas, tetapi ketika menunaikan tanggungjawab itu.
• Itulah nikmat sebenar.
• Nikmat yang ku maksudkan di sini bukanlah ‘nikmat-nikmat biasa’. Contohnya orang yang memancing ikan. Yang dicintai nya adalah ‘memancing’ bukannya ‘ikan’.
• Kalu dia cintakan ‘ikan’, baik beli di pasar saje. Atau kedai akurium.
• ‘Memancing ikan’ adalah kerja (verb) dan ‘nikmat sebenar' bagi kaki pancing. Ia umpama 'tanggungjawab yang seronok dibuat' bagi mereka. Hanya ‘kaki pancing’ sahaja yang mengerti hal ini.
"Memancing" adalah aktiviti/action/perbuatan. "Ikan" hanyalah sekadar benda/objektif.
Bagiku:-
• Cinta bukannya kata nama (noun). Tapi kata kerja (verb).
• Cinta bukanlah destinasi. Cinta adalah perjalanan.
• Cinta bukannya kata nama (noun). Tapi kata kerja (verb).
• Cinta bukanlah destinasi. Cinta adalah perjalanan.
Terpulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan