Nama saya Zainal Zulia bin Zainuddin, pengasas dan produser untuk Sajakiri Music. Dimana saya terlibat hampir keseluruhan produksi muzik Sajakiri. Anda boleh nilai kerja di sini (Portfolio), Dan jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat saya, sila rujuk di sini (Servis). Hubungi saya di sini (Hubungi).
Bagaimana Sajakiri Music ditubuhkan?
Secara rasminya, ia ditubuhkan pada 15 November 2009, pabila saya poskan lagu Mantra Buana ke Facebook. Pada mulanya, ia sekadar suka-suka, tempat luahan kreatif saya dalam muzik. Oleh kerana ia mendapat sambutan menggalakan (saya pos lagu-lagu baru setiap bulan), barulah tergerak hari untuk melibatkan diri dengan lebih serius.
Setakat ini sudah beratus lagu saya cipta, tak sampai 20 ia diterbitkan secara rasmi (pada Feb 2012).
Sebenarnya, sejak remaja (berbelas tahun lalu) lagi saya sudah berjinak-jinak dengan penerbitan muzik. Saya mula merakam lagu baru dengan menggunakan hi-fi abah saya, yang punyai fungsi 'dubbing' kaset ke kaset, dan saya 'cucuk' line-in untuk merakam trek baru.
Bagaimana Sajakiri Music boleh membantu?
Untuk penggiat muzik, samada penyanyi atau produser yang mencari karya baru untuk dirakam. Segala macam karya kami simpan di sini : Sajakiri Music Library.
Jika anda berminat dengan karya kami (di Set B dan C sahaja), kami boleh membantu anda merakam lagu tersebut, mengikut stail yang sesuai dengan anda.
Apakah matlamat utama Sajakiri Music?
Secara peribadi, saya berharap nama Sajakiri Music bukan saja gah di Malaysia, tapi juga ke peringkat Asia. Kami sangat berminat untuk berkolaborasi dengan dengan artis tempatan, dan juga antarabangsa.
Bukan itu saja, blog kami, Majalah Muzik Sajakiri juga bertujuan untuk berkongsi dan membimbing artis baru terutamanya, dimana kami akan sajikan artikel baru berkala mingguan.
Untuk masa panjang, kami mempunyai matlamat untuk menganjurkan seminar, atau kursus produksi muzik. Dimana ia boleh dikembangkan kepada Kolej Muzik Sajakiri. Insyallah.
Semoga bermanfaat.