Jumaat, 4 Januari 2013

95 - Konflik Autoriti

Saya mahu menjana 5-digit, tapi sasaran saya cuma pada penyanyi amatur dalam grup Tip Nyanyian. Macamana nak berkesan?

Jadi bagaimana saya mencari prospek saya? Label rakaman?

Atau, perlukah saya menurunkan harga saya serendah mungkin? Ataupun sistem bidaan itu bagus? Atau mungkin saya tidak percaya pada kemampuan mereka?

Di sini konsep bidaan 'make sense' kerana saya bermula dari bawah. Apakata saya buat bidaan sepenuhnya?

Tapi bermula dengan harga RM600, secara relatifnya tinggi daripada RM200 (ideasal). Tidak perlu temuramah. Bidaan selang sebulan. Atau tak payah bidaan pun takpe. Mula saja dengan harga RM600, pengambilan satu klien sahaja. Suruh mereka apply.

Jadi selang sebulan itu, saya akan menyiapkan demo baru. Ok ke?

Jadikan ini projek 5 tahun. Saya rasa elok jika jadikan bidaan, supaya tidak menyekat 'abundance' di situ.



Idea saya :
Bermula dengan bidaan 1 : nilai RM0, bayaran RM100 oleh Mamat. Jadi bidaan 2, adalah RM100. Saya mempunyai hak eksklusif untuk memilih yang terbaik, dan biarkan mereak membida. Pemenang adalah pembida yang paling besar. Mudah. Itu saja.


Dan saya tidak akan 'berundur' harga bidaan, kerana saya sudah bermula serendah RM0.

Lagu : saya tiada pilihan lain kecuali susun sepenuhnya. Mungkin juga saya boleh membuat 10 pilihan. Dan ganti 6 lagu baru. Ia boleh direcycle.

Dalamasa 2 bulan, saya boleh menyiapkan 2-3 lagu baru, arenjemn penuh, insyallah.


Kenapa saya bersetuju?
Kerana segala-galanya bermula dari bawah. Saya harus faham tentang itu. Insyallah.

Khamis, 3 Januari 2013

94 - Sajakiri Lelong?

Saya mendapat idea ini diatas 2 sebab:

i - teringin masuk studio sebulan sekali
ii - tidak mahu hadkan pendapatan


Untuk bulan Januari ini, saya mulakan bidaan dengan harga terendah RM200. Namun saya punyai 2 pilihan :
i - seperti sebelum ini, naik RM100 setiap bulan, 3 bulan turun jika tiada klien.
ii - naik RM50 sahaja setiap bulan, untuk memberi lebih banyak peluang kepada lebih ramai orang, tapi tiada penurunan langsung.


Mana yang lebih baik?



Takpe, itu boleh kita tentukan kemudian. Mari fikirkan pro dan kontranya.
Pro : 
Lebih besar kemungkinan mendapat projek setiap bulan.
Lebih banyak lagu saya yang tersebar.

Kon
Saya terlalu sibuk untuk menyiapkan arejmen.
Kemungkinan klien membida dengan harga rendah.




Wah, nampaknya pronya melebihi kontranya. Kerana:
i - saya tetap boleh membuat demo pendek.
ii - pendapatan boleh lebih tinggi daripada dijangka.


Jadi, implemen? Semudah itu? Ada apa2 isu lagi? Format 2 minggu lelong. 2 minggu rehat? Tapi bagaimana jika penyanyi tidak bagus sangat? Perlukah saya terima? - boleh buat syarat, kita mempunyai hak unutk membatalkan jika penyanyi tidak dapat menyanyi dengan baik.


Bagaimana jika tiada lelong? Konsep 'siapa cepat dia dapat'? Bagaimana? Tiada had masa. Tapi susun jadual juga. Tapi yang tak bestnya, tiada konsep abundance di situ. Sekali lagi, lelong masih sukar digugat.


Adakah saya akan menggunakan cara ini? Kita lihat bagaimana saya rasa dalam masa 24 jam. 

Entahlah, konsep 25% producer fee juga bagus.

Rabu, 2 Januari 2013

93 - 25% Producer Fee

Saya tertarik dengan idea ini. Kerana ia sangat ringkas dan fokus. Atau boleh juga 50% fee jika menjadi produser sepenuhnya. Ini jika saya mengurus 100% penerbitannya. Tapi, adakah idea ini valid jika dibawa ke luar sana?

Eksklusif : untuk lagu ciptaan saya sahaja ya.

Bagaimana jika ia tidak berjaya? 

Katakan sehingga 6 bulan tiada klien. Bagaimana?

Sekurang-kurangnya saya sudah ada 26+18= 44 buah demo dalam simpanan. Siapa nak bagi kan. Bukan itu saja, saya boleh membuat demo mudah dengna hanya menggunakan Songfactory dan instrumental, gitar sebagai melodi. Wah, indahnya dunia ini!

Jadi, prospek fokus saya adalah penggiat muzik secara amnya : arenjer, penyanyi, produser dan sebagainya.


Bagaimana jika saya berjaya?

Jika saya produser penuh, saya sendiri yang tentukan arenjer, studio, pemuzik dan konsep lagu. Jika sebagai ko-produser: saya menasihati dari segi konsep dan instrumentasi. Ini nampak mudah.


Reputasi

Ini yang penting. Adakah cukup dengan temuramah? Buatlah ini sebagai permulaan.


Flow untuk Servis

  1. Borang Simple Survey---> Link Rahsia --->
  2. Follow up seminggu kemudian -----> automated email atau sms -----> Klien / Non Klien

Blogpost : 2 minggu sekali

  1. Berita
  2. Tips
  3. Demo
  4. Temuramah (sekali dalam masa 2 bulan)


Harapan saya

Ini lebih sukar dijangka. Lebih volatil berbanding +100, lebih abundance dan luas. Lebih logikal dan 'make sense' untuk jangka masa panjang.

Boleh juga sesiapa yang tiada respon dalam masa 2 minggu, akan dinyahkan link itu. Kan? Tapi simpan email mereka. Link rahsia itu hanya untuk prospek yang serius sahaja.




92 - 2013 : Mendefinasikan Diri Sendiri

Setelah pelbagai idea saya fikirkan, ada sesuatu yang pasti:

i - saya sudah malas arenj lagu
ii - saya hanya berminat menerbitkan lagu ciptaan sendiri




Berpandukan itu, ini kriteria servis saya yang terkini:
i - hanya lagu ciptaan saya
ii - hanya 2 pilihan menu ; programming atau pemuzik profesional. Itu saja.



Aktivit saya : siapkan demo 2 minggu (atau seminggu sekali, guna instrument untuk vokal?), dan temuramah tokoh muzik. Semuanya revert ke asal.

Tapi, adakah ini saja? Bagaimana dengan sistem affliate? Mungkin ada tapi tidak banyak sangat. Mungkin dalam 2,3 ratus sahaja.

Idea baru : Setelah aku mencuba dengan pelbagai menu haarga, aku mencapai konklusi : aku tak pandai untuk meletakkan harga. Bagaimana jika aku tidak meletakkannya? Atau aku suruh saja klien letakkan harga sendiri.

Atau bagaimana jika saya wujudkan kembali 100+, tanpa Sajakiri Vokal? Bagaimana dengan itu? Jadi, adakah saya perlu menyusun lagu itu?

Apapun, servis untuk lagu ciptaan sendiri melegakan saya, sekurang-kurangnya.

Bagaimana jika buat borang untuk arenjer dan produser sahaja? Menarik juga tu. Dan kenakan syarat jika mereka mengambil lagu saya, saya akan caj 25% fee co-produser. Wah menarik itu!

Jadi,saya perlu fokus 100% kepada membuat demo. Satu seminggu. Dan pasarkan melalui temuramah.Nice?

Selasa, 1 Januari 2013

91 : Kilang Lagu : Konsep

Tadi saya cuba untuk arenj lagu ciptaan saya, Hijau. Dan satu rasa pelik muncul ; saya berasa sangat malas untuk menghabiskannya. Kenyataan yang harus saya terima, saya seorang komposer, tapi bukan arenjer. 


Lantas konsep Affliate menerpa lagi. Tapi kali ini bukan harga premium. Ada 2 konsep di sini:

  1. Tawaran hanya untuk arenjer 60:40. Mereka boleh ambil idea lagu saya. Dan saya menjadi co-producer.
  2. Saya menjadi Kilang Lagu. Jadi saya tidak langsung terbabit dengan hubungan langsung bersama klien. Ala-ala B2B gitu.

Bagaimana?

Jika berbuat begini, saya berasa sungguh lega kerana fokus saya hanyalah menyiapkan demo kasar dan memperkasakan jenama Sajakiri. OK, ia belum jelas sepenuhnya, tapi SV2.0 akan ditangguhkan lagi. Maaf.

Diantara 2 konsep itu, saya sukakan konsep 1 kerana ia lebih ringkas dan jelas, Mana2 arenjer yang berminat boleh menandatangani MOU, dan saya akan promosikan mereka dalam laman web saya. Mungkin saya akan buat menu 3 pilihan, dan setiap menu ada studio dan arenjer nya sendiri, atau bagaimana?

Tapi apa2pun, saya tidak terbabit dalam permainan instrument dan susunan lagu lagi. Saya hanya menjadi co-producer. Dan bahagian saya hanyalah 40:60.

Konsep 2 juga mudah, dimana saya menjadi Perpustakaan Lagu Baru. Dan saya tidak perlu berfikir bagaimana untuk mencari klien. Biar mereka sendiri yang menentukan, dan saya hanya ambil 40% sahaja, daripada kos produksi. Ok ke?

Apapun, ini lebih empirikal. Saya hanyalah seorang komposer.

90 - Setabah Mana Saya

Baru hari pertama diFB Ads kan, soalan ini sudah menerjah di fikiran saya. Setabah manakah saya? Bilakah, takat manakah 'boiling point' saya? Bagaimana jika tiada sambutan? Adakah saya akan mengubah lagi strategi ke harga premium?

Terus terang, saya sendiri tidak pasti. Perjalanan masih jauh, sedangkan ia baru bermula.

Adakah sistem SV2.0 ini terlalu komplikated?

Sementara itu, lebih baik saya fokus pada penciptaan dan pembangunan lagu baru.

Godaan Utama : Harga Premium dan Affliate
Saya sukakan idea ini kerana sistem kerja berpasukan dan saya hanya fokus pada demo asas sahaja. Tapi ia tidak seunik sistem SV2.0 ini, serta ia 'jauh sedikit' dari hati saya, berbanding SV2.0, walaupun ia jauh lebih lumayan. Saya sukakan sistem SV2.0 ini kerana ia lebih dapat membantu orang, saya bermula lebih perlahan, kenaikkan tidak mendadak, tapi masih ada 'abundance'nya tersendiri.

Bagaimana jika kebanyakkan penyanyi amatur ini suka-suka sahaja, tidak mahu melabur sedikit pun, seperti salah seorang finalis SVM1?

Embrace it?

Tapi jauh di sudut hati saya, saya sebenarnya ingin membantu orang. Niat ini saja sebenarnya sudah cukup untuk membuat saya bertahan. Inilah yang saya harapkan.

Iklankan di mudah,my? Ini juga satu idea yang baik. 

Sepertimana yang saya tulis tadi, fokus utama saya adalah pada penghasilan demo. Buka Cubase SX 3 setiap hari. Inilah prioriti. Ini lebih penting. Tidak perlu fikirkan sangat tentang sambutan, teruskan menerbitkan demo.

Isnin, 31 Disember 2012

89 - Konflik Lagu Sama. SV 2,0

Saya masih belum settle dengan kes jika finalis A memenangi dengan lagu yang sama dengan finalis B. Mengikut sistem, finalis B masih boleh berjuang pada bulan berikutnya. Tapi, takkan dengan lagu yang sudah menang?

Opsyen 1 : Finalis B boleh memilih lagu lain, dan YTL dan baki depositnya masih sama.

Opsyen 2 : Finalis B boleh memilih lagu lain, baki depositnya sama, tapi YTL nya direset.

Opsyen 3 : Boleh sambung lagu yang sama.

Opsyen 4 : Refund sepenuhnya.


Antara 4 opsyen ini, manakah yang terbaik untuk semua orang?


Opsyen 1 
Pro : Ini bagus untuk mengurangkan kemungkinan direfund.
Kon : Mungkin menidakkan peluang peserta baru yang lebih bagus.


Opsyen 2

Pro : Mencerahkan peluang peserta baru, jika mereka lebih baik.
Kon : Kemungkinan direfund daripada peserta lama adalah lebih tinggi.



Opsyen 3
Pro : Menimbulkan ketidaksenangan pada pihak yang memenangi lagu tersebut.
Kon : Memudahkan kerja saya.


Opsyen 4
Pro : Sangat, atau terlalu telus dan jujur.
Kon : Kurang bijak, disamping banyak kerja.


Jadi, yang mana satu?
Opsyen 3 dan 4 dibuang. Tinggal 1 dan 2. Bagaimana ya?

Saya berasa elok juga jika Opsyen 1. Bukan saja bagus bagi pengaliran tunai, tapi ia mengajar makna ketabahan (perseverance), bukan hanya bergantung kepada bakat dan karisma semata.

Tapi, adakah ianya adil?
Kerana semestinya saya ingin mencari penyanyi yang terbaik. Rasanya Opsyen 2 lebih baik, walaupun ada sedikit kebodohan, iaitu risiko refund lebih besar.

Bagaimana jika separuh?
Komplikated pula. Atau, biarlah diorang nak refund?

88 - Sajakiri Vokal Tajaan : Apa Impak pada saya?

Sukar untuk saya bayangkan. Semudah ini saya berubah. Tapi hidup harus diteruskan.


Ok. Apa impak pada Sajakiri Vokal Versi 2.0 ini?


  1. Saya wajib menghasilkan demo baru dalam masa 3 minggu.
  2. Alokasi RM50 pada setiap minggu.
  3. Blog di sajakiri.com boleh difokuskan pada pertandingan ini.
  4. Akaun yang teratur.
Erm, itu sajalah yang saya terfikir setakat ini.



Apa kesannya kepada komuniti di luar?

  1. Lambakkan lagu ciptaan saya di sana-sini.
  2. Pertandingan ini akan tersebar dan menjadi buah mulut orang ramai diatas keunikkannya.


Mula dari bawah, dan hadkan 'growth'.


Saya memang sengaja untuk menghadkan 'growth' agar tidak menjadi terlalu cepat; dengan hanya membuatnya sebulan sekali, dan tidak membenarkan finalis membayar lebih daippada Harga Tawaran.

Bukan itu saja, untuk menjaga nama baik Sajakiri Music, saya akan refund 100% deposit mereka, tanpa soal, dan video mereka akan di delete serta-merta. Ini untuk mengelakkan ketidak puasan hati, dan kontroversi berpanjangan.



Perasaan saya


Walaupun saya mengimpikan pendapatan lumayan, tapi saya lebih teruja untuk pergi ke studio setiap bulan dan membuat rakaman. Itu saja yang benar-benar saya enjoy.



Tapi mengapa tidak mula dengan jumlah lebih besar, seperti RM500?


Ini diantara dilema saya. Saya tidak pasti mengapa harus saya mula dari serendah RM100. Mungkin saja bikin gempak. 

Tapi apa yang pasti, kalau pertandingan ini mendapat sambutan, saya akan mendapat kusyen tunai yang empuk juga.






Ahad, 30 Disember 2012

87 - Sajakiri Vokal - Revisited

Ketika saya sudah mula pasti untuk memulakan harga premium yang dibincangkan sebelum ini, tiba-tiba menerjah idea baru di minda saya : Sajakiri Vokal - Tajaan.

Konsepnya sedikit berbeza dari asal. Tiada undian YTL dan Undi Pro, yang ada hanya Tajaan.


Wow, macamana tu? Tanya anda.

Flownya sebegini :

  1. iklan FB seperti biasa.
  2. yang berminat muat-turun minus one, dan upload YouTube seperti biasa.
  3. saya akan menilai dan memilih yang mana saya berkenan
  4. yang terpilih dikehendaki membayar RM100 untuk layak.
  5. masukkan dalam pool yang terpilih.
  6. sesiapa yang sampai ke harga tawaran akan dapat merakamkan single.

Nota Penting
  1. tiada tarikh tutup.
  2. peserta boleh refund duit pada bila-bila masa.
  3. peserta hanya boleh menukar lagu apabila lagu dipilih (oleh orang lain) dirakam.
  4. peserta hanya boleh menaja hanya RM50 minima.
  5. lagu single menjadi hak milik peserta hanya setahun, sebelum dipakai balik.

Mengapa idea ini timbul;
  1. konsep Sajakiri Vokal adalah konsep yang baik kerana mendapat sambutan. Sayang jika tidak digunapakai.
  2. niat utama saya adalah untuk membantu penyanyi amatur memiliki lagu sendiri.
  3. saya boleh membentuk grup elit Sajakiri Vokal yang dicadangkan sebelum ini.
  4. saya berasa bebas, kerana boleh berkarya sepenuhnya.
  5. menarik untuk melihat sejauh mana kita boleh pergi setelah bermula dari bawah, Mamat RM100.