Rabu, 13 Mei 2009

My First Guitar

Sekitar pertengahan 1991 ketika aku berumur 11 tahun lebih, baru bersunat dan akil baligh, aku memperolehi minat baru, iaitu bermain alat muzik ; gitar.

Pada suatu malam, aku bermimpi bermain gitar dengan agak lancar. Lalu aku ceritakan mimpi ini kepada ibu. Dia terus secara senyap2 memberitahu ayah yang aku mahukan gitar, padahal aku tak mintak pon. Terus sahaja weekend itu, hari Ahad, kami sekeluarga ke Ampang Park (masa tuh KLCC takde lagi), 2nd floor untuk membeli gitar kapok, brand Fairlady, yang berharga RM120.

Sejurus selepas itu aku balik ke kampung di Pasir Mas, Kelantan dan belajar gitar dengan abang saudara favorite, Uda Sham. Lesson pertama ku adalah goreng intro lagu Sejati Wings (malam itu aku tak boleh tido, sampai termimpi2, dan bangun pagi kerana tak sabar2 nak praktis). Lesson kedua belajar plucking lagu Wings juga, Misteri Mimpi Syakila.

Ketika itu idola ku adalah Joe Wings, kerana aku bermain kidal sepertinya.

Kemudian Uda Sham memberi aku homework untuk praktis di rumah. Lagu C-AM-F-G dan Lambada, C-F-G. Ini untuk memudahkan kelancaran tangan katanya.

Tidak sampai sebulan aku sudah mahir bermain chord2 asas.

Dan mula mencari bandmate.

Selasa, 12 Mei 2009

20th : 'democracy is not dead'

Small Success

1. Buku Sajakiri : Prequel 2007/2008 telah siap dibinding.


2. Ade pertambahan studentku dalam kelas Fatehah/Jasmine ; Syazmin namanya.


3. Pada Selasa lepas, aku, Zul & Hafizul melawat kawasan Pelangi Damansara untuk dijadikan Pusat Tuisyen. Kami sebulat suara setuju kerana ;-

a) locationnya di tepi jalan besar/utama (Jalan Surian)
b) lokasi yg strategik ; penghubung antara TTDI, BU, Mutiara Dsara dan Kota Dsara.
c) Sewanya yang berpatutan.
d) Ruangnya yg bole menempatkan 100 orang pada satu2 masa.
e) Ade apartment di depan, dan flat di belakang, sebaris dgn 7-eleven, kedai muzik Yamaha dan restoran mamak

Alhamdulillah, mereka semua setuju.


4. Aku memperolehi student baru kedua minggu ini; Raihan. Dalam Geng SD (Estee, Sara & Fatin). Setiap minggu ada saja student baru.


5. Estee memperkenalkan lagi calon penyanyi Indie, vokalis Frantic Friday . TQ Estee


6. Minggu ini filem : Coming Soon




Filem buatan Siam ini lebih menakutkan dari Jangan Pandang Belakang. Ini hasil dari rekomen Edy yg 'menangis; kerana terlalu takut. Cerita hantu sebegini part 'suspend dan kejutan' adalah lebih seram dari hantu itu sendiri.
p/s : suka la heroin dia. cun sebab bermata besar.


7. Alex Wong Tat Fong, sahabat dari sekolah menengah memperolehi projek government Brunei. Ingin sub-con bidang seni-muzik untukku,
RM-RM-RM!
Kita tunggu dan lihat. Amin.


8. Nan sudah 90% menyiapkan lirik lagu Counter Terrorist.

9. Keno mengulangi statement yang dia benar2 enjoy jamming bersama pada Sabtu lepas kerana 'Hard Rock'. Aku juga gembira kerana jamming rock adalah satu2nya aktivi yang benar2 aku enjoy dari segi batin. Keno mencadangkan agar jam setiap Sabtu.

10. Firuz meluahkan hasratnya untuk menubuhkan yayasan, untuk membantu anak yatim/orang miskin. How sweet & noble.
Aku mencadangkan kepadanya untuk mencari team 'yang mempunyai passion yang sama' dan mulakan dengan aktiviti yang simple dulu, seperti beri baju kepada rumah anak yatim.
U have my support bro, Insya-Allah.


11. Aku membeli CD Aishah : Keunggulan

26 lagu keseluruhan. Satu pembelian yang amat berbaloi. Lagu-lagunya menggamit nostalgia ketika ku di alam kanak2 ke remaja. Mak aku dulu peninat Aishah sekitar awal 90-an.


12. Terjumpa Shira, bekas studentku. Dia menyatakan akan ke matrikulasi Gopeng, Perak. Alhamdullilah. Dia juga mengatakan 2-3 orang rakannya mengenali band TuLanG, dan aku sebagai gitarisnya.



13. Bekas student ku, di SMAKL:-

  • Thaqifa : Matrik NIlai
  • Nasuha & Rabiatu : Matrik Pahang
  • Atikah : Matrik Gopeng
  • Sophea : Matrik Melaka
  • Azhani : Matrik Tangkak
  • Tema : intervie Mara

Proud of U all, Girls.


14. Rafik mengajar aku :-

  • Menggunakan 'Sony Sound Forge'. Ini untuk tujuan Mastering selepas lagu dirakam di Cubase. Semankin semangatku untuk menghasilkan karya solo. haha
  • Dia juga menyatakan suka dengan lagu ciptaanku 'Kepulangan' (lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya) kerana ia sedap dan unpredictable. Tam juga pernah menyatakan sedemikian kira2 8 tahun lalu.
  • Rafik juga memberi aku nasihat yang berguna untuk menjayakan projek bersama Alex itu. Rujuk No 7.


15. Music Play untuk TuLanG di myspace mencapai purata 40-50 sehari. Ini satu pencapai untuk TuLanG.


16. Sejak tuisyen bersamaku, Iman, kata ibunya sudah improve dalam Math. Satu salah dari 10 soalan cukup mengejutkan guru sekolahnya. Alhamdulillah