Jumaat, 19 Oktober 2012

36 - Jangka Masa Panjang & Pendek

Sejak isu semalam, serta kejayaan kecil Sajakiri - Vokal, minda saya ligat berfikir bagaimana harus saya belajar, mengambil peluang, serta 'syncronize' semua ini.

Saya bahagikan kepada 2 bahagian:

  1. Jangkamasa pendek
    Aktiviti di sini lebih tertumpu kepada menghasilkan 'lembu tunai'. Contoh aktiviti, adalah membantu produser/artis membuat penerbitan muzik mereka, tanpa mengira lagu ciptaan sesiapa.

  2. Jangkamasa panjang
    Saya harus mencari artis berbakat, tandatangani, dan laburkan mereka, dengan lagu ciptaan saya. Hasilnya lebih lambat, tapi semestinya lebih daripada produksi muzik tadi, insyallah.


Jadi, apakah 'alat-alat' yang perlu saya guna untuk tujuan ini?

  1. Jangkamasa pendek : Penerbitan Muzik
    Saya menggunakan FB Ads, untuk menarik perhatian ke Page ini. Saya akan membantu mereka, mengikut bajet mereka sendiri.

  2. Jangkamasa panjang : Sajakiri - Vokal
    Dari sini, saya akan rekrut bakat yang ada. Dan tandatangani mereka, jika ada yang sesuai. Di sini, saya akan bekerjasama dengan A&R.


Seperti entri saya sebelum ini, saya harus mula dari mana saya berada, tanpa meminta simpati pada orang lain. Saya akan ciptakan komuniti saya sendiri, menghasilkan produk sejujur mungkin, membina perhubungan ikhlas dengan pihak lain, tanpa mengharapkan mereka akan menolong mereka.

Bermula dari bawah, tapi tetap bercita-cita tinggi. Ingin menjadi komposer bertaraf dunia. Amin ya rabbal alamin.



Khamis, 18 Oktober 2012

35 - Saya kena bermula dari bawah

Saya dan Sajakiri Music hanyalah syarikat kecil, yang mempunyai beberapa video lagu, dan laman web. Saya bercita-cita besar, tapi saya harus bermula dari mana saya berada sekarang.

Tiada orang lain yang boleh saya harapkan, selagi saya tidak bergerak dari diri saya sendiri. 

Saya harus bergerak dari teras saya, iaitu penciptaan lagu. Kita dapat 'attract' SIAPA, bila kita sudah ada platform sendiri. Bukan sebaliknya. Saya tidak boleh mengharapkan SIAPA itu datang, selagi saya tidak membuktikan apa-apa lagi.

Saya harus bermula dengan apa yang saya ada sekarang : Lynnzay. Dia satu-satunya orang luar yang menghubungi, meminta saya membantu menyiapkan produksi muziknya. Tapi saya berdolak-dalik tentang harga.

Saya lupa, dengan membantunya, saya akan membantu Sajakiri Music memperolehi kebih ramai klien lagi di masa depan, insyallah.

Perhubungan (networking)

Saya sepatutnya lebih fokus kepada peluang, biar sekecil mana pun ia. Biar ia menjadi makan-minum saya, bergantung padanya.

Apa prioriti saya?

Soalan ini masih sukar untuk dijawap. Jangka masa pendek, saya ingin mendapat apa saja projek, tak kisah, asal jalan je. Jangka masa panjang, saya ingin membangunkan artis saya sendiri. Masih kurang jelas. Apa yang saya mahukan. Mungkin kedua-duanya sekali.

Horizon menjadi komposer bertaraf dunia masih menaikkan semangat saya.

Tentang Lynnzay, adakah saya perlu membuat kontrak satu single bersamanya? Apa kesannya? Saya masih memikirkan kesannya. Ia tidak mudah.



Rabu, 17 Oktober 2012

34 - Fokus Pada Produksi

Susulan daripada kelas rekoding digital tempohari, saya akhirnya berasa lega kerana telah berjumpa dengan arenjer yang sesuai, saudara Oja. 

Jadi, fokus saya sekarang adalah membantu klien untuk membuat produksi muzik, tidak kiralah lagu ciptaan saya, ataupun tidak. 

Semestinya, saya mesti mengira balik kadar kos berpatutan.

Tim saya;
  • Oja : arenjer
  • JD : adunan
2 orang ini penting dalam penghasilan muzik Sajakiri.

Tapi apapun, ia lari sebentar dari matlamat utama kami menjadi label rakaman. Pencarian artis baru akan dijadikan projek eksklusif dan tersembunyi. Projek produksi muzik ini akan menjadi 'lembu tunai' untuk Sajakiri Music.

Bagaimana kami mahu melakukannya?


Update Terbaru : Saya dan Oja tidak dapat mencapai kata sepakat kerana beliau hanya menerima 2 pakej; samada mixing, atau rakaman penuh. Ini tidak kena dengan cara saya, kerana saya bekerja 'bercerai-berai', saya ada arenj separuh, dan pemuzik lain akan 'memenuhkannya'. Dan akhir mixing dengan JD.

Jadi, produksi muzik tidak jadi. Habis macamana?


Entahlah, saya 'put in hold' lah dulu. Kerana, tidak saya sangka, Pertandingan Sajakiri - Vokal anjuran saya mendapat sambutan hangat. 11 video penyertaan; 7 lagu Kau Tak Pernah Tahu, 4 lagu Pelangi. Secara tidak langsung, Sajakiri Music menjadi 'label rakaman', iaitu mencari bakat baru.

Saya sebenarnya buat pertandingan ini dengan perasaan berbelah bagi, dan tidak pasti. Agaknya, mungkin inilah destinasi Sajakiri Music - menjadi label rakaman?

Isnin, 15 Oktober 2012

33 - Semakin lama, semakin jelas

Saya teringatkan Packard's Law oleh Jims Collins;

"No company can consistently grow revenues faster than its ability to get enough of the right people to implement that growth and still can become a great company. And if a company consistently grows revenues faster than its ability to get enough of the right people to implement that it will not simply stagnant, it will fall."


Ia membawa maksud mudah; 'Siapa' dalam pasukan adalah lebih penting daripada kemajuan perniagaan itu sendiri.


Kelas rekoding digital




Hari ini, 14 Okober 2012, saya menghadiri kelas rekoding rumah, anjuran pemuzik berbakat, Oja Axis. Dari pukul 3 - 7 petang, saya begitu kagum dengan kemahirannya menyusun lagu, pelbagai genre, dan juga permainan alat muziknya yang mahir.

Selesai kelas, terus saya mendapat 'sudden clarity' ; saya telah berjumpa dengan 'arenjer' yang saya cari selama ini.

Apa yang membuatkan saya terpikat dengan Oja adalah ;

  • beliau berpengalaman luas sebagai pemuzik (bermain di kelab malam), dan sebagai arenjer muzik (banyak projek besar seperti menyusun muzik minus one untuk karaoke, dan juga runut bunyi untuk tele-muvi).
  • beliau pernah menjadi artis nyanyian ketika mudanya, (sempat merakamkan 3 buah album)
  • harga arenjmen nya sangat berpatutan, dan boleh dirunding
  • yang penting, kualiti audio yang agak bagus
  • beliau mempunyai sentuhan 'sophisticated rock' tapi pada masa yang sama, punyai sentuhan 'sayu' juga
  • beliau sebaya saya, agak gang gitu.
  • beliau saya nampak seorang yang sempoi, merendah diri dan jujur.

Dengarlah demonya yang pertama saya dengar ;

Ahad, 14 Oktober 2012

32 - Bagaimana Sajakiri Music mahu menjana RM20,000 sebulan?

Sebelum itu, saya harus mendefinasikan apakah aktiviti  utama Sajakiri Music. Saya mendefinasikan Sajakiri Music sebagai label rakaman.


Apakah aktiviti label rakaman?


Aktiviti utama label rakaman adalah menandatangani artis, membiayai rakaman mereka, dan memasarkan mereka. Ini bukanlah tugas mudah. Saya sendiri pun tidak terfikir untuk pun mahu melakukan ini, sehinggalah saya bertemu Shahir.

Memilih, dan merakamkan artis baru bukanlah sukar (saya sudah lakukan bersama Muhsin). Cabaran utama adalah memasarkannya. Mencari A&R. adalah satu tugas misteri. Saya tidak tahu bagaimana untuk mencarinya.

Saya benar-benar tidak berminat dan punyai kepakaran dalam bidang pemasaran. Saya cuma berminat untuk merakamkan lagu sahaja. Dalam dunia perniagaan internet, yang saya mahukan adalah 'Affliate'.


Bagaimana untuk saya menjumpainya?


Networking. Walaupun saya seorang yang peramah, menjalin hubungan baru adalah sukar bagi saya. Saya merasakan saya seorang introvert. Mungkin ini yang membataskan perkembangan perniagaan saya. Mungkin. Atau mungkin saya perlu bersabar saja.

Kekalkan displin


Pada masa yang sama, saya harus mengekalkan displin dalam menghasilkan projek terbaru. Saya harus terus berkarya dengan menghasilkan demo-demo, walaupun saya tidak tahu hala tujuannya. Ini kerana, ia mengingatkan saya tentang prioriti saya, terus menghasilkan karya muzik. Itu tugas utama saya. 

Sekurang-kurangnya satu perkara yang sudah jelas ; Sajakiri Music adalah label rakaman.