Khamis, 18 Oktober 2012

35 - Saya kena bermula dari bawah

Saya dan Sajakiri Music hanyalah syarikat kecil, yang mempunyai beberapa video lagu, dan laman web. Saya bercita-cita besar, tapi saya harus bermula dari mana saya berada sekarang.

Tiada orang lain yang boleh saya harapkan, selagi saya tidak bergerak dari diri saya sendiri. 

Saya harus bergerak dari teras saya, iaitu penciptaan lagu. Kita dapat 'attract' SIAPA, bila kita sudah ada platform sendiri. Bukan sebaliknya. Saya tidak boleh mengharapkan SIAPA itu datang, selagi saya tidak membuktikan apa-apa lagi.

Saya harus bermula dengan apa yang saya ada sekarang : Lynnzay. Dia satu-satunya orang luar yang menghubungi, meminta saya membantu menyiapkan produksi muziknya. Tapi saya berdolak-dalik tentang harga.

Saya lupa, dengan membantunya, saya akan membantu Sajakiri Music memperolehi kebih ramai klien lagi di masa depan, insyallah.

Perhubungan (networking)

Saya sepatutnya lebih fokus kepada peluang, biar sekecil mana pun ia. Biar ia menjadi makan-minum saya, bergantung padanya.

Apa prioriti saya?

Soalan ini masih sukar untuk dijawap. Jangka masa pendek, saya ingin mendapat apa saja projek, tak kisah, asal jalan je. Jangka masa panjang, saya ingin membangunkan artis saya sendiri. Masih kurang jelas. Apa yang saya mahukan. Mungkin kedua-duanya sekali.

Horizon menjadi komposer bertaraf dunia masih menaikkan semangat saya.

Tentang Lynnzay, adakah saya perlu membuat kontrak satu single bersamanya? Apa kesannya? Saya masih memikirkan kesannya. Ia tidak mudah.



Tiada ulasan: