Khamis, 18 Ogos 2011

Ahmad Muzamil (1979-2004)

Arwah bersama adik kesayangannya, Aimi

Tiap kali Ramadhan, aku akan teringatkan sahabatku, arwah Muzamil, yang pergi menghadap illahi, kira-kira 7 tahun yang lalu ( 2 Nov 2004 dan 19 Ramadhan kalu tak silap). Arwah merupakan sepupu kepada Jaja, rakan-kongsi Ijol, kawan sekerja Zaidi, dan favourite rakan jammingku.

Aku tak naklah mengulas lebih lanjut tentang pemergiannya, aku hanya mahu 'recall' kenangan manis bersamanya. Masih segar di ingatan ketika ku dimasukkan ke hospital Tawakal (Jalan Pahang) selama 2 minggu (Sept 2003), arwah kelihatan gembira kerana baru membeli kereta baru Satria yang berwarna maroon. Dia mengajakku 'pusing' di sekitar hospital (aku curi-curi keluarlah) dan di pemain CDnya dia memainkan lagu kegemarannya ketika itu, Dekat Padamu oleh Yusry KRU Sebagai buah tangan, arwah ada membelikan majalah muzik kegemaranku, ROTTW untuk bacaanku. Juga aku teringat, arwah sebenarnya sanggup meminta cuti dari majikannya ketika itu (Perodua kalau tak silap) semata-mata untuk melawatku. Aku sungguh terharu.

Teringat aku juga, selepas pulang dari Dublin, kami bersama-sama lepak di Studio Soundscream (kepunyaan Ijol) di SS14 PJ. Kami akan jam dari lewat malam hingga ke Subuh, dan kami gemar memainkan lagu-lagu Dewa. Lagu "Ku Cinta Kau dan Dia" adalah kegemarannya. Secara peribadi, aku enjoy jamming bersamanya kerana beliau sungguh berbakat, dan boleh menyanyi dan bermain gitar dengan 'konteks' dan jujur sekali. Pernah juga kami satu gang pergi ke konsert Dewa di Stadium Malawati Shah Alam pada 2003.

Aku sebenarnya mengenali arwah ketika berusia 16 tahun lagi, setelah diperkenalkan oleh Jaja (sepupunya), yang membawa arwah jamming bersama-sama band Foreo. Walaupun ketika itu beliau baru sahaja belajar main muzik, bakatnya terserlah, dan kami jam lagu favouritenya 'Creep' dan 'Pontianak'. Pernah juga adiknya Aimi memberitahu arwah selalu memainkan lagu ciptaanku bersama Foreo, "Memories of Seperation' ketika pagi-pagi sebelum pergi sekolah. Agak ironi.

Sebagai sepupu Jaja, tentulah lebih banyak kenangan manis mereka bersama, yang tak dapat ku ceritakan di sini.

Di peringkat kolej, arwah bertemu Ijol di UITM Shah Alam. Mereka sempat membuat bisnes ayam golek untuk Bazar Ramadhan di SS18 Subang Jaya. Rasanya sungguh sedap sampai aku beli 2 ekor ayam sebagai tanda sokongan. Famili ku juga sukakan ayam golek tersebut.

Kemudian arwah juga pernah bekerja kilang bersama-sama Zaidi, juga di Subang Jaya. Begitulah beliau, sempat menjadi sahabat kepada semua orang , walaupun umurnya tidak panjang

Al-fatihah.

Lagu ciptaanku bersama band Tulang, hasil inspirasi 'pemergiaannya'


Selasa, 16 Ogos 2011

Apa yang ibubapaku ajar

Ini adalah beberapa kualiti yang diajar oleh ibubapaku, yang akan ku praktikkan dalam keluarga masa depan ku, Insyallah.


  • Makan malam bersama-sama.
Ketika ku kanak-kanak dan remaja, makan malam bersama-sama adalah wajib. Ini penting kerana dapat merapatkan ukhwah bersama adik beradik yang lain. Pada hujung minggu juga, mesti keluar 'jalan' dan makan bersama lagi. Di sinilah ibubapa memberi nasihat, berdiskusi tentang masalah, bergurau senda dan lain-lain. Ia sihat kerana anak-anak dapat mengekpreskan pendapat masing-masing, sekaligus membina keyakinan

  • Ke kedai buku
Sementara menunggu ibu ku membeli barang keperluan (selalunya hari Ahad), abah membawa kami ke kedai buku berhampiran (contoh MPH) . Kami akan ' dipaksa lepak' di situ selama 2-3 jam. Pada mulanya memang tak selesa dan kekok, tapi lama-kelamaan kami menemuinya juga 'lubuk buku' kesukaan kami. Setiap kami mempunyai minat buku yang yang berbeza, yang penting kami 'membaca'. Alhamdulillah, sampai sekarang pun, kami suka lepak kedai buku berjam-jam. Best woo.

  • Pergi ke sekolah agama sejak sekolah rendah lagi
Ini sangat penting kerana menyediakan kami asas fardhu ain, mengaji Quran, serta sembahyang di peringkat awal lagi. Ini kerana ketika kanak-kanak hatinya lebih terang untuk menerima didikan sebegini penting.

  • WAJIB balik ke rumah sebelum maghrib
Walau apa pun aktiviti seharian, kami mesti berada di rumah sebelum maghrib (jadi boleh makan malam bersama-sama). Ini sangat penting kerana ia mengelakkan kami 'lalai' serta melakukan aktiviti 'kurang sihat' di luar rumah ketika malam. Sampai sekarang pun, kalau dating, aku akan pastikan kami akan balik sebelum Maghrib kerana sudah terbiasa, dan tak manis bawa keluar anak dara orang malam-malam kan.

  • TIDAK terlalu menekankan kecermelangan akademik di usia muda.
Ibubapa kami tidak pernah peduli sangat tentang akademik kami di peringkat rendah dan menengah. Memang kami tunggang-langgang Hantar tuisyen pun jika kami yang mintak. Ini membolehkan kami 'mencari' minat masing-masing tanpa paksaan. Kami mula 'berusaha keras' ketika peringkat Universiti. Alhamdullilah kebanyakkan dari kami 'masuk' ke peringkat pengajian tinggi dan ada adik beradikku bekerja sebagai peguam, doktor, dentist, guru, jurujual dan aku , ex-akauntan dan sekarang tutor matematik serta komposer muzik.

Terimakasih Mak dan Abah. Sayang kamu.



Masa ni aku 13 tahun dan kuat menyakat.

Isnin, 15 Ogos 2011

Terima Kasih

Pada 'musim panas' 1999, aku pernah bekerja di Reject Shop One Utama (masa tu New Wing takde lagi). Aku pernah ditugaskan di kaunter serahan barang (untuk mengelakkan pelanggan membawa masuk beg/plastik ke dalam premis untuk mengelak kecurian). Secara kesuluruhan, hanya 5%-10% yang mengucap perkataan keramat 'terima kasih' ketika serahan/penyerahan barang.

Mengapa ini berlaku? Susah sangat ke menyebut perkataan seringkas itu? Aku akui, selaku 'kuli batak' ketika itu, perkataan keramat itu 'make my day', dan menyedarkan aku yang aku berurusan dengan manusia, bukan sekadar 'zombie (mayat hidup).

Ini pengajaran berguna untukku kerana seboleh-bolehnya aku cuba praktikkannya, walaupun kadang-kadang terlupa jugak (terutama ketika tengah 'rush'). Kerana perkatan itu bukan sahaja 'make his day', tapi aku jua.

Sebagai tutor (sekarang), aku tidaklah mengharap sangat perkataan itu, tapi pabilla muridku mengucapkannya, aku rasa dihargai. Sekali lagi ia 'menyedarkan'ku yang aku sedang berurusan dengan manusia yang punyai hati dan perasaan. 

Kebanyakkan muridku cakap, tapi ada juga yang diam seribu bahasa ketika kelas habis. Pada pengamatannku, mereka yang 'senyap' ini 'lack of personality'. Sebagai contoh, perbualan dengan mereka hanya 'satu arah' (one way), iaitu aku aja yang bertanya dan mereka menjawab, tanpa mereka bertanyakan balik.

Jadi kesimpulan mudah di sini, 'mengucapkan terima kasih' membentuk sahsiah dan jati diri, serta memupuk keyakinan anda untuk berurusan, terutama dengan orang yang anda tidak kenal (strangers). Kerap mengucapkannya juga umpama doa yang meminta kebaikkan berterusan.

Terima kasih juga membawa maksud yang lebih tersirat ; Saya 'menerima' (accept) kasih (love) anda.

Maniskan.