Ini adalah beberapa kualiti yang diajar oleh ibubapaku, yang akan ku praktikkan dalam keluarga masa depan ku, Insyallah.
- Makan malam bersama-sama.
Ketika ku kanak-kanak dan remaja, makan malam bersama-sama adalah wajib. Ini penting kerana dapat merapatkan ukhwah bersama adik beradik yang lain. Pada hujung minggu juga, mesti keluar 'jalan' dan makan bersama lagi. Di sinilah ibubapa memberi nasihat, berdiskusi tentang masalah, bergurau senda dan lain-lain. Ia sihat kerana anak-anak dapat mengekpreskan pendapat masing-masing, sekaligus membina keyakinan
- Ke kedai buku
Sementara menunggu ibu ku membeli barang keperluan (selalunya hari Ahad), abah membawa kami ke kedai buku berhampiran (contoh MPH) . Kami akan ' dipaksa lepak' di situ selama 2-3 jam. Pada mulanya memang tak selesa dan kekok, tapi lama-kelamaan kami menemuinya juga 'lubuk buku' kesukaan kami. Setiap kami mempunyai minat buku yang yang berbeza, yang penting kami 'membaca'. Alhamdulillah, sampai sekarang pun, kami suka lepak kedai buku berjam-jam. Best woo.
- Pergi ke sekolah agama sejak sekolah rendah lagi
Ini sangat penting kerana menyediakan kami asas fardhu ain, mengaji Quran, serta sembahyang di peringkat awal lagi. Ini kerana ketika kanak-kanak hatinya lebih terang untuk menerima didikan sebegini penting.
- WAJIB balik ke rumah sebelum maghrib
Walau apa pun aktiviti seharian, kami mesti berada di rumah sebelum maghrib (jadi boleh makan malam bersama-sama). Ini sangat penting kerana ia mengelakkan kami 'lalai' serta melakukan aktiviti 'kurang sihat' di luar rumah ketika malam. Sampai sekarang pun, kalau dating, aku akan pastikan kami akan balik sebelum Maghrib kerana sudah terbiasa, dan tak manis bawa keluar anak dara orang malam-malam kan.
- TIDAK terlalu menekankan kecermelangan akademik di usia muda.
Ibubapa kami tidak pernah peduli sangat tentang akademik kami di peringkat rendah dan menengah. Memang kami tunggang-langgang Hantar tuisyen pun jika kami yang mintak. Ini membolehkan kami 'mencari' minat masing-masing tanpa paksaan. Kami mula 'berusaha keras' ketika peringkat Universiti. Alhamdullilah kebanyakkan dari kami 'masuk' ke peringkat pengajian tinggi dan ada adik beradikku bekerja sebagai peguam, doktor, dentist, guru, jurujual dan aku , ex-akauntan dan sekarang tutor matematik serta komposer muzik.
Terimakasih Mak dan Abah. Sayang kamu.
Masa ni aku 13 tahun dan kuat menyakat.
1 ulasan:
biasekan si ayah menjadi iman bersolat jemaah.
be a father when u should b,
a leader, not only home, food provider need to b homemaker aswell, show good examples to your kids, expecially the boys to enjoyed helping their mums..
....have lots of love 4 the family, compassions, patiences n ikutlah ajaran nabi Muhammad,s.a.w. insyaAllah
Catat Ulasan