Salam readers. Aku menulis ini dgn menyahut seruan Romizi untuk meng'update'kan blog ini. Aku pon tak tau siapa lagi baca blog ini kecuali dia. Maybe adik beradik aku seorang dua. Mak aku cakap blog aku membosankan. Entahlah, menulis bukanlah passion utamaku. Namun aku gagahkan diri juga untuk menulis. Lagi satu, aku sebenarnya tak suka sangat expose pasal diri sendiri. Nak cakap pasal ape ek.
Aku menulis ini di kertas dgn tangan kiri ku, sebelum aku type balik ke keybord.
Adikku Aff akan kahwin tak lama lagi. Alhamdullilah, dapat jugak mak aku menantu. Aku pulak baru pindah rumah, dok sendiri. Sebelum ni dok dgn abah. Yelah sempena Awal Muharam ni pon aku mengambil kesempatan untuk berpindah. Akhirnya aku berjaya juga berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun aku lambat bagi kebanyakkan orang, (aku dah masuk 30 tahun ini), ini satu achievement yg penting bagi aku untuk memulakan kerajaan aku sendiri. Bak kata pepatah cina "a million miles journey begin with a single step". chewah.
Yela, dalam usia sebegini aku tak punya ape lagi. Rumah sendiri, kereta (baru), bini dan anak2. Walaupun begitu aku punyai ultimate happiness iaitu punyai kerjaya yg benar2 aku cintai ; mengajar matematik tambahan & mencipta lagu. Alhamdulillah, rezeki aku tak putus2, malahan bertambah pula. Umpama org bayar kite buat benda yg kite suke. cool kan.
Dear Romizi, dan sape2 yg sudi membaca blog yg tidak seberapa ini, aku akan cuba update seminggu sekali tentang perjalanan hidup sebutir pasir di lautan ini. Wassallam.