Rabu, 11 Januari 2012

Istiqamah dan Displin




Setelah membaca buku terbaru Jim Collins ‘Great By Choice’, aku mendapati orang2, atau syarikat2 yang cemerlang (excellence) sangat mementingkan istiqamah dan displin. Istiqamah di sini bermaksud buat sikit2 tapi konsisten dan berdisplin. Sebagai contoh dalam buku tersebut, ’20 Mile Rule’ meyatakan 2 senario berbeza ;
  • ·         Pelari A

Berlatih berlari 20 batu setiap hari, walau panas, walau hujan. Kekadang hari cerah dan baik, serasa ingin berlari lebih sikit, tapi ditahan perasaan itu. Kekadang hari hujan, terasa malas berlari, tapi tetap berlari. Yang penting, 20 baru sehari.

  • ·         Pelari B

Ikut keadaan, hari baik dan cerah, akan berlari 30 atau 40 sekaligus. Hari hujan atau mendung, tidak berlari langsung. Dengan alas an, akan diganti balik besok dengan 40 batu terus.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Jim Collins selama 6 tahun, dalam jangkamasa panjang, Pelari A akan menjadi JAUH lebih cemerlang berbanding Pelari B. Tapi mengapa, bukankah mereka berlari ‘sama banyak’?

Aku juga bersangka sedemikian pada mulanya.

Sama dengan cerita arnab dan kura2. Arnab bersikap arogan dan tidak berdisplin kerana berasa mudah menewaskan kura2. Sedangkan arnab lebih merendah diri dan melakukan ‘step by step’, sikit demi sedikit, tapi sangat konsisten dan displin.

Sesiapa yang berfikir untuk jangkamasa panjang, kecermelangan lebih penting dari kejayaan. Bak kata Deepak Chopra, ‘Pursue excellence, ignore success’. Pelari A lebih mementingkan kualiti hidup yang berterusan dan lebih stabil. Pelari B lebih ‘resut-oriented’, tapi emosi yang kurang stabil kerana sangat bergantung kepada ‘keadaan di luar’.

Kesimpulannya, mudah untuk memilih menjadi seperti Pelari A. Tapi dugaan sebenar adalah MENJADI seistiqamah dan sedisplin Pelari A.