Sabtu, 22 September 2012

19 - Visi Sajakiri

Tanpa saya sedari, memang saya bercita-cita untuk mempunyai label sendiri. Pada mulanya, Sajakiri tercipta sebagai medium untuk saya ekspresikan lagu ciptaan saya di Facebook. Projek muzik gitu. Setelah bertemu Muhsin, Sajakiri menjadi duo. Selepas itu, saya mula mencari anggota muzik yang lain untuk jadikan Sajakiri sebagai band.

Tapi tidak lama, saya mulai malas untuk jamming, membuat persembahan serta turun padang untuk sebarang tujuan. Kerana pada masa itu saya baru berkahwin, dan sibuk dengan kelas tuisyen.

Sajakiri senyap selama 6 bulan, dan hanya fokus kepada perkembangan laman web sajakiri.com. Setelah saya mendapat anak pada bulan Jun tahun ini, saya terinspirasi untuk menghidupkan kembali Sajakiri Music. Jadi apa yang perlu saya buat?

Saya pun tidak tahu.


Saya hanya mulakan kembali 'arranged demo' yang pernah saya lakukan dahulu. 3 lagu berjaya disiapkan. Dan lagu "Kau Tak Pernah Tahu" mendapat perhatian di FB. Seorang pendatang baru, Lynnzay, berminat dengan lagu tersebut.

Dari sini lah, Sajakiri Music berevolusi menjadi label muzik.



Packard Law

“No company can consistently grow revenues faster than its ability to get enough of the right people to implement that growth and still become a great company. [And] If a company consistently grows revenue faster than its ability to get enough of the right people to implement that growth, it will not simply stagnate; it will fall.”

Prinsip ini adalah olahan dari Jim Collins, dimana secara ringkasnya, ia membawa maksud "tiada syarikat/persatuan yang boleh berkembang lebih pantas daripada kemampuannya memperolehi individu yang betul dapat menjadi syarikat yang hebat."

Dimana jika kita ingin maju, perkara pertama yang harus kita fokus, adalah bukan pada visi, misi, pulangan, atau strategi, tapi SIAPA yang kita mahukan dalam pasukan kita.

Contoh dalam pasukan saya, setakat ini saya hanya ada Muhsin sebagai penyanyi, JD sebagai jurutera muzik, Jaja sebagai pengkiritik bebas, dan Rafik sebagai penasihat audio saya. Dan yang terbaru, Shahir sebagai mentor saya dalam perjalanan bisnes muzik saya, setakat ini.

Saya tidak boleh terlalu gopoh untuk maju, selagi tidak berjumpa dengan SIAPA yang betul tadi. Kita boleh bercita-cita tinggi, tapi SIAPA ini harus didahulukan. 

Ini peringatan untuk diri sendiri. 

Jumaat, 21 September 2012

18 - Majalah Muzik Sajakiri

Saya seorang guru AddMath. Saya cintakan kerjaya saya ini. Saya berasa hari saya berguna dan berkat jika saya pergi mengajar pada sesuatu hari itu.

Oleh itu, saya gemar berkongsi, apa yang saya pelajari.

Modus operandi label Sajakiri Music telah saya terangkan pada entri yang lepas. Dan untuk sajakiri.com, padawal lebih kepada untuk komumikasi secara talian, dan pameran untuk portfolio saya. Tapi kini telah berubah; telah wujud 'Majalah Muzik Sajakiri'.

Saya juga gemar menulis, tapi sebelum ini, lebih kepada penulisan peribadi, dan syok sendiri.

Kini tidak lagi. Saya akan ceritakan tentang perjalanan muzik say di blog ini. Di sajakiri.com/majalah, saya akan fikirkan keperluan dan kehendak pembaca ; pengetahuan tentang seni.

Dan sumber utama rujukan saya : skinnyartist.com. Contoh artikel; 9 cara untuk tahu samada anda seorang amatur, atau profesional. Saya tulis atas tujuan pembelajaran, dan peringatan kepada diri sendiri.

Saya juga menambah kelajuan sajakiri.com, dimana pada Google Page Speed, markahnya adalah 79%. Target saya selepas ini adalah 90%.

Minimalistik


Warna putih sebagai warna latar belakang juga menenangkan saya. Saya inginkan laman itu tampak minimal dan ringkas. Sebelum ini imej yang lebih rock, tebal dan kompleks.

Saya anggap perkongsian saya di situ lebih kepada servis komuniti. Saya suka membaca, dan berkongsi ilmu boleh membuatkan saya tenang dan gembira. Terasa mahakarya (abundance) nya hidup ini insyallah.





Khamis, 20 September 2012

17 - Muhsin

Saya mengenali Muhsin pada Februari 2010 lagi. Di satu majlis keramaian di Kampung Subang Tambahan. Kami pernah muncul dalam program MHI, pada Oktober 2010. Sila lihat video ini :


Saya sukakan suaranya yang macho dan jantan itu. Seperti yang Ally Iskandar katakan, suaranya sangat matang, walaupun umur baru mencecah 18 tahun ketika itu.

Pada mulanya, kami ingin menamakan band kami sebagai Sajakiri. Tapi selepas saya berkahwin tahun lepas, prioriti saya berubah, dan saya ingin bekerja di belakang tabir sahaja.


Muhsin sebagai artis pertama Sajakiri Music

Terdapat 5 lagu ciptaan saya yang sudah dirakam olehnya.
  1. Lisa - siap sepenuhnya
  2. Tinggal Rangka - siap sepenuhnya
  3. Sesuatu - siap sepenuhnya
  4. Pelangi - belum diadun
  5. Bidadari - belum diadun
Dan, saya berhajat untuk bertemu dengan A&R, seperti yang dicadangkan oleh Shahir.


Apa tugas A&R?

Katanya, A&R akan memilih salah satu lagu yang dirasakan berpotensi, dan lagu itu hendaklah disiapkan. Untuk tujuan promosi kelak. Kalau tiada (lagu yang berpotensi), saya harus balik dan cipta lagi lagu, sehinggalah A&R itu 'jumpa' lagu itu.


Fokus baru

Kini fokus Sajakiri Music telah berubah; kami membangunkan artis yang berbakat, komited, dan memahami seni muzik kami. Dan saya tidak berhajat untuk mencari seramai mungkin. Cuma beberapa saja yang super-istimewa bagi kami.

Buat masa ini, saya ingin bermula kecil dahulu. Dan ada displin yang harus saya tetapkan;
  • demo 2 minit setiap 2 minggu
  • terbitkan satu lagu baru setiap 2 bulan
Ini belum pasti ya, sekadar perancangan setakat ini.

Untuk Muhsin, saya akan berjumpa dengan A&R tersebut dengan 5 lagu yang disebutkan tadi. Saya tidak tahu bagaimana 'taste'nya. dan saya juga tidak tahu apa yang diharapkan.

Mungkin sedikit panduan darinya, untuk saya lebih memahami selera muzik tempatan. 

Untuk Muhsin, ini peluang anda untuk tonjolkan bakat ke aliran utama. Doakan kejayaan kami. Insyallah dan  amin.





16 - Perubahan Modus Operandi

Selepas berjumpa dengan Shahir tempohari, saya mengalami anjakan paradigma. Sebelum ini, saya mencari klien untuk membeli dan merakam lagu saya. Tapi kini sudah berubah ; saya bangunkan sendiri artis saya,

Secara tidak langsung, Sajakiri Music akan menjadi Label Rakaman, secarasminya.


Alhamdulillah, segala persoalanan saya telah terjawab, setakat ini.


Modus Operandi

Proses ini nampak mudah, tapi saya percaya aplikasi adalah sukar direalisasikan.

  1. Penyanyi yang bebas dan layak : diikat kontrak samada masa (contoh 2 tahun) atau per single,
  2. Rakam sekurang-kurangnya 3 demo Sajakiri, 
  3. Beri A&R menilai,
  4. Jika ada lagu menarik, rakam secara profesional dibawah pembiayaan Sajakiri. Jika tiada lagu menarik, kembali ke langkah 2,
  5. Lagu siap diserahkan kepada A&R untuk tujuan promosi, dan kotrak dimeterai dengan A&R,
  6. Artis kena bekerjasama untuk tujuan promosi dan bersembahan.


Pembahagian Pendapatan

  • Caller Ring Tone (CRT) : pendapatan antara pemilik rakaman (dalam kes ini, Sajakiri Music) dan pihak A&R.
  • Royalti MACP : komposer dan penulis lirik lagu
  • Bayaran Persembahan : Artis/penyanyi


Pada masa yang sama, saya selaku komposer boleh membuat 2 kerja lagi:

  • menerbitkan lagu ciptaan sendiri/orang lain, untuk artis rakaman label lain,
  • mencipta lagu ciptaan untuk diterbitkan oleh produser lain


Ringkasan, sumber pendapatan Sajakiri Music adalah :

  1. Royalti MACP - tidakira jika artis di bawah label sendiri atau tidak, dibiayai oleh sesiapa pun, yang penting lagu dicipta oleh saya.
  2. CRT - hanya untuk lagu pembiayaan Sajakiri Music, selaku pemegang pemilik rakaman lagu, tidakira lagu ciptaan sesiapa pun. Dikongsi bersama A&R mengikut peratusan yang dipersetujui.
  3. Produksi : apabila saya menerbitkan lagu, tidakira ciptaan sesiapapun, dibawah pembiayaan orang lain.

Sumber pendapatan untuk artis adalah persembahan.


Inilah ringkasannya. Saya selaku produser lagu tersebut, tidakira ciptaan sendiri atau tidak, tidak perlu turun padang untuk tujuan promosi. Dan hanya perlu bekerja di studio atau di rumah saja, dengan hanya perlu mencipta lagu sendiri sahaja.

Wah, bahagianya hidup!



Tuisyen


Saya ingin terhadkan tempat pengajaran saya. Hanya terhad di Subang Perdana, Sri Damansara, Shah Alam, dan USJ sahaja. Tidak lagi di Klang, PJ atau Puchong.

Dan hanya 5 hari bekerja sahaja, dari pukul 5 petang hingga 10 malam.

Rabu, 19 September 2012

15 - Sedikit Pencerahan

Semalam saya lepak hampir 5 jam dengan komposer muda, Shahir, anak didik kepada Aidit Alfian. Dari Kings Studio, sehinggalah di mamak di Seksyen 14 PJ, banyak yang beliau kongsikan.

Tips dan trik yang beliau pelajari dari abang Aidit. Tapi saya harus menghormati permintaan Shahir untuk tidak memecah 'rahsia' itu di sini.

Jadi bagaimana ya?

 Saya harus berhati-hati di sini.


Baiklah, saya sekadar tulis, apa yang harus saya ingat, dan yang terkesan di hati.

  1. Apa yang saya buat selama ini silap. Dan apa yang saya buat dengan Muhsin dulu betul, tapi saya 'berhenti' di separuh jalan.
  2. Adalah jauh lebih berbaloi (untuk jangka masa panjang), untuk menaja rakaman lagu sendiri, daripada mengharapkan penaja lain.
  3. Kerja berpasukan sangat penting. Dan A&R atau PR adalah individu yang sangat penting. Inilah 'missing link' saya selama ini.
  4. Kontek itu penting, tapi pembinaan perhubungan itu jauh lagi penting. Jangan terlalu gopoh untuk memperolehi kontek, jika hubungan dengan orang tengah itu belum kukuh.
  5. Sabar. Shahir sendiri mengambil masa 4 tahun sebelum karyanya diterima. Selepas itu, bertubi-tubi peluang timbul.
Apapun, saya berasangat bersyukur kerana ditemukan mereka ini tika ini, dimana saya benar-benar mahukan jawapan. Alhamdulillah.

Semakin jelas apa yang saya mahukan. Kini sudah ada 'framework' nya. Bukan saja matlamat saya dalam bidang muzik, tapi juga dalam hidup.


Kini dengan rasminya Sajakiri Music adalah sebuah label merdeka (indie label).









Selasa, 18 September 2012

14 - Sementara itu...siri 2

Agak sukar untuk saya membuat keputusan. Kerana saya fikir, adanya kemungkinan adanya pembeli dengan harga yang lebih tinggi, Atau, adakah saya ini tamak?

Jadi sekarang, saya harus fikirkan apakah senario jika ada pembeli yang sanggup membayar RM15,000.

Saya akan mendapat RM7,500 - RM2800 - RM1500 = RM3,200. Semestinya, lebih baik daripada RM700. Tapi, pembeli ini masih tidak wujud. Soalan saya, perlukah saya menganggung risiko menunggunya?, atau jual saja dengan harga RM10,000?

Segalanya bergantung pada prioriti saya.

Apaekah priroti saya?

Cawangan Subang Perdana


Jadi , apakah dengan menjual terus dengan harga RM10,0000 , akan leboh baik dari RM15,000, yang tidak pasti? Bagaimana ya?

  • adakah pengaliran tunai Suabnag Perdnan bertambah naik ? - YA

Saya fikirkan, saya ada kuriositi, untuk mencari pembeli lain. Halangan saya, masa sundah suntuk, dan tunai di SP sudah tenat. Adakah saya ini layak dipanggil 'desperate seller'?,

Mungkin. Saya harus belajar menerima kerugian ini. Sebagai yuran pembelajaran saya.

Apa yang saya pelajarai tentang bisnes setakat ini.
  1. mula dengan satu premis terlebih dahulu. Kesilapan saya, saya beli 2 premis sekaligus. Umpama ular yang menelan 2 biji tembikai sekaligus.
  2. SP sudah punyai pasukan, S2 tiada lagi. Beli membeli premis, kita bukan membeli bangunan, tapi orang-orang di dalamanya. 
  3. lebih mudah membeli premis yang sudah beroperasi, dari premis yang bermula dari 'bawah'. Bukan tak boleh, tapi sanggupkah anda membangukan dari bawah?
  4. Keputusan adalah segalanya. Data lebih bernilai dari harapan kosong.
  5. Lebih baik ada satu premis yang gemilang, dari 2 premis yang biasa-biasa saja.

Isnin, 17 September 2012

13 - Sementara itu...

Maaf jika saya keluar dari topik muzik - tapi ada juga kaitan dengan karier muzik saya secara tidak langsung.

Jika anda mengikuti saya dari awal, saya dalam proses menjual pusat tuisyen cawangan Subang 2. Harga adalah 18,000. Tapi, ada seorang pembeli serius ingin membeli dengan harga serendah RM10,000. Diskaun sebanyak 44% gitu!

Cikgu Zul, rakan kongsi saya agak bersetuju dengan harga itu, kerana ingin cepat lepas pergi. Saya agak keberatan kerana ia terlalu rendah.

Di saat ini, saya masih memikirkannya. Dan di blog ini jadi tempat luahan saya.

Situasi saya sekarang, 

  • saya masih berhutang: dengan pemilik terdahulu pusat tuisyen ini, dengan baki RM2,800,
  • saya masih berhutang: dan pusat tuisyen Subang Perdana, RM1,500
  • tunai di Subang Perdana, sangat rendah

Senario 1 : Jika jual

Jika harga RM10,000, saya akan mendapat separuh , RM5,000, tolak hutang Kak Na (RM2,800) dan hutang Subang Perdana (RM1,500) = bersih saya dapat RM700 sahaja.

Nilai pelaburan saya, RM6,000 (Subang Perdana) + RM9,000 (Subang 2) - RM5,000 (Penjualan S2) = bersih RM10,000. Saya boleh anggap pelaburan saya di Subang Perdana adalah RM10, 000.

Kesan : tiada lagu pening kepala, pengaliran tunai akan bertambah baik. Saya boleh fokus sepenuhnya pada muzik dan Subang Perdana sahaja.

Saya juga boleh anggap penjualan adalah RM10,000 + RM650 x 3 = RM 11,950 (RM650 x sewa pada bulan Oktober, November dan Disember), jika jual pada bulan Deisember.


Senario 2 : Jika tunggu:

Ada kemungkinan ada pembeli serius yang berminat dengan harga yang lebih tinggi? Katakan RM15,000?, Bagaimana? Saya harus memikirkan juga faktor masa. Apa yang perlu saya buat?


bersambung...




Ahad, 16 September 2012

12 - Sistem Affliate dan Perjalanan Projek

Saya mula terfikir untuk menggunakan sistem affliate, untuk membantu saya 'memasarkan' lagu ciptaan saya. Anggaplah ianya sebagai agen jualan.

Bagaimana sistem affliate ini berfungsi?

Sungguh mudah. Komisen akan diberikan kepada agen hanya apabila persetujuan penjualan dicapai/dipersetujui. Komisen diberikan mengikut peratusan yang dipersetujui.

Contoh, harga servis muzik saya, adalah RM4,000. Dan setiapa satu projek yang berjaya, agen akan mendapat komisen RM500. Saya berharap jumlah ini menarik.

Bagaimana dengan ansuran yang dijanjikan sebelum ini?

Masih ada, tapi masa dipendekkan menjadi 6 bulan sahaja. Ini kerana saya 'sudah punyai pilihan' kerana kerja mencari dan meyakinkan klien sudah dipindahkan kepada agen.

Projeksi

  1. Deposit RM1,000. RM500 diserahkan kepada agen. RM500 kedua adalah upah kepada arenjer (50%).
  2. RM500 ketiga : bayaran penuh arenjer.
  3. RM500 keempat : deposit studio (50%)
  4. RM500 kelima : upah pemuzik
  5. RM500 keenam : upah pemuzik lagi
  6. RM500 ketujuh : bayaran penuh studio
  7. RM500 kelapan : mixing dan mastering
Jumlah : RM4,000

Nota : saya ringkaskan proses ini demi pemahaman semua pihak.

Ini boleh saya jadikan sebagai rangka masa projek. Konsep 'hire prchase', dimana ia boleh mengurangkan risiko di pihak saaya, serta memudahkan klien membuat perancangan pembayaran, mengikut masa mereka sendiri.

Wah, brilliant!

Saya akan 'tidur' dengan idea ini untuk beberapa hari. Kalau selepas itu, saya masih berasa yakin, saya akan tulis proposal dalam sajakiri.com/servis.

Sepertimana yang saya tulis dalam entri lepas, saya mahu ringkaskan 'kerja' saya, dan fokus kepada penciptaan lagu saja. Saya harapkan pihak agen akan membantu saya mencari klien yang akan menyanyikan lagu saya.