Tanpa saya sedari, memang saya bercita-cita untuk mempunyai label sendiri. Pada mulanya, Sajakiri tercipta sebagai medium untuk saya ekspresikan lagu ciptaan saya di Facebook. Projek muzik gitu. Setelah bertemu Muhsin, Sajakiri menjadi duo. Selepas itu, saya mula mencari anggota muzik yang lain untuk jadikan Sajakiri sebagai band.
Tapi tidak lama, saya mulai malas untuk jamming, membuat persembahan serta turun padang untuk sebarang tujuan. Kerana pada masa itu saya baru berkahwin, dan sibuk dengan kelas tuisyen.
Sajakiri senyap selama 6 bulan, dan hanya fokus kepada perkembangan laman web sajakiri.com. Setelah saya mendapat anak pada bulan Jun tahun ini, saya terinspirasi untuk menghidupkan kembali Sajakiri Music. Jadi apa yang perlu saya buat?
Saya pun tidak tahu.
Saya hanya mulakan kembali 'arranged demo' yang pernah saya lakukan dahulu. 3 lagu berjaya disiapkan. Dan lagu "Kau Tak Pernah Tahu" mendapat perhatian di FB. Seorang pendatang baru, Lynnzay, berminat dengan lagu tersebut.
Dari sini lah, Sajakiri Music berevolusi menjadi label muzik.
Packard Law
“No company can consistently grow revenues faster than its ability to get enough of the right people to implement that growth and still become a great company. [And] If a company consistently grows revenue faster than its ability to get enough of the right people to implement that growth, it will not simply stagnate; it will fall.”
Prinsip ini adalah olahan dari Jim Collins, dimana secara ringkasnya, ia membawa maksud "tiada syarikat/persatuan yang boleh berkembang lebih pantas daripada kemampuannya memperolehi individu yang betul dapat menjadi syarikat yang hebat."
Dimana jika kita ingin maju, perkara pertama yang harus kita fokus, adalah bukan pada visi, misi, pulangan, atau strategi, tapi SIAPA yang kita mahukan dalam pasukan kita.
Contoh dalam pasukan saya, setakat ini saya hanya ada Muhsin sebagai penyanyi, JD sebagai jurutera muzik, Jaja sebagai pengkiritik bebas, dan Rafik sebagai penasihat audio saya. Dan yang terbaru, Shahir sebagai mentor saya dalam perjalanan bisnes muzik saya, setakat ini.
Saya tidak boleh terlalu gopoh untuk maju, selagi tidak berjumpa dengan SIAPA yang betul tadi. Kita boleh bercita-cita tinggi, tapi SIAPA ini harus didahulukan.
Ini peringatan untuk diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan