Semalam saya lepak hampir 5 jam dengan komposer muda, Shahir, anak didik kepada Aidit Alfian. Dari Kings Studio, sehinggalah di mamak di Seksyen 14 PJ, banyak yang beliau kongsikan.
Tips dan trik yang beliau pelajari dari abang Aidit. Tapi saya harus menghormati permintaan Shahir untuk tidak memecah 'rahsia' itu di sini.
Jadi bagaimana ya?
Saya harus berhati-hati di sini.
Baiklah, saya sekadar tulis, apa yang harus saya ingat, dan yang terkesan di hati.
- Apa yang saya buat selama ini silap. Dan apa yang saya buat dengan Muhsin dulu betul, tapi saya 'berhenti' di separuh jalan.
- Adalah jauh lebih berbaloi (untuk jangka masa panjang), untuk menaja rakaman lagu sendiri, daripada mengharapkan penaja lain.
- Kerja berpasukan sangat penting. Dan A&R atau PR adalah individu yang sangat penting. Inilah 'missing link' saya selama ini.
- Kontek itu penting, tapi pembinaan perhubungan itu jauh lagi penting. Jangan terlalu gopoh untuk memperolehi kontek, jika hubungan dengan orang tengah itu belum kukuh.
- Sabar. Shahir sendiri mengambil masa 4 tahun sebelum karyanya diterima. Selepas itu, bertubi-tubi peluang timbul.
Apapun, saya berasangat bersyukur kerana ditemukan mereka ini tika ini, dimana saya benar-benar mahukan jawapan. Alhamdulillah.
Semakin jelas apa yang saya mahukan. Kini sudah ada 'framework' nya. Bukan saja matlamat saya dalam bidang muzik, tapi juga dalam hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan