Khamis, 25 Oktober 2012

42 - Sajakiri Vokal : Apa yang saya nampak dalamasa 5 Tahun

Maaf ya pembaca sekalian. Saya masih lagi membicarakan mengenai Sajakiri Vokal. Kerana sedang ada momentumnya sekarang.

Jadual

Saya baru menyusun jadual tahunan Sajakiri - Vokal. Seperti 4 Musim, susunannya cantik, setiap 3 bulan, bemulalah Musim baru.
  • Musim 2 : Jan - Mac
  • Musim 3 : Apr - Jun
  • Musim 4 : Jul - Sep
  • Musim 5 : Okt - Dis
Jadi inilah dia jadual tahunan untuk Sajakiri - Vokal.


Andai kata saya kekalkan displin ini dalamasa 5 tahun, apa kesannya?


Memanglah saya takkan tahu. Tiada siapapun boleh tahu. Tapi apa yang saya pasti, pasti Sajakiri Music akan 'bergerak', walaupun sedikit.

Orang akan melihat Sajakiri Music sebagai platform dalam penghasilan muzik segar, beserta penyanyi yang berbakat besar.

Apa harapan saya?
  1. Saya mengharapkan dapat membantu ramai penyanyi berkualiti mengorak langkah, bermula dengan memiliki single sendiri. Tidak kira profesional, atau amatur, yang penting kualiti dan komitment yang tinggi. Inilah visi saya.

  2. Dengan membantu mereka ini, saya mengharapkan dapat mengharumkan nama Sajakiri Music. Dimana secara tidak langsung, kami akan mendapat projek penerbitan muzik yang besar dan bernilai.

  3. Saya dapat menyerlahkan bakat saya sepenuhnya sebagai pencipta lagu, tanpa dibayangi sesiapa. Saya sendiri bos.

  4. Insyallah, Sajakiri Music akan mula dikenali, menerima pengiktirafan dan seterusnya dihormati.

Saya tidak tahu adakah saya akan dapat menjadi komposer bertaraf dunia, tapi projek ini sangat mengujakan saya, dan saya akan terus mengajar horizon itu.


Mastermind Sajakiri Music


Saya mula berfikir untuk mula melantik sehingga 20 orang ahli komiti Sajakiri - Vokal. Perlukah saya menyenaraikan mereka yang saya temuramah secara langsung, untuk menjadi ahli komiti ini? Terdapat 3 faedah menarik :
  1. pandangan mereka akan lebih dihormati.
  2. jenama Sajakiri diwakili oleh mereka yang berpengalaman dan profesional.
  3. 'memaksa' saya untuk mencari dan menemuramah mereka, sekaligus meluaskan rangkaian kenalan profesional saya. Dan yang paling penting sekali, saya belajar dari mereka yang berpengalaman.

Saya sukakan idea ini. Saya tidak boleh tidur kerana sangat teruja!


41 - Sajakiri - Vokal : Kenapa Tukar?

Ini kerana saya teringatkan falsafah Jim Collins,

"Don't focus so much on growth, rather focus on finding the right people."

Inilah yang saya sedang lakukan.

Jadi, apa lagi perubahan lain?


Pengundian

Sekarang, saya menggunakan sistem 50% Like di YouTube, dan 50% lagi Undi Tajaan. Saya ingin mengubahnya menjadi:
  • 1/3 Like di YouTube
  • 1/3 Undi Tajaan
  • 1/3 Pemilihan Juri
Ini adalah untuk 'mengawal' sedikit pemilihan pemenang, adakah ia benar, tepat dan jitu.


Like di YouTube

Saya masih memikirkan apakah perlunya saya menggunakan sistem 'registered vote'. Ini membolehkan saya menerima email pengundi, seterusnya memasukkan mereka ke dalam grup Komuniti Sajakiri-Vokal. Adakah ini satu cadangan yang baik?

Mungkin juga. Tapi pada masa yang sama, saya suka menggunakan YouTube Like, kerana pengundi akan benar-benar menonton video persembahan peserta tersebut. Walaupun mereka akan mengundi video rakan mereka sendiri, tapi mereka 'terpaksa' jujur dalam memberi Like tersebut.

Peserta juga 'sukar' menipu undi (berbanding dengan Polldaddy sebelum ini, peserta boleh 'clear cookies/cache untuk mengundi berulang-kali). Ya, mereka masih boleh mencipta seberapa banyak akaun YouTube, tapi ia sangat menyusahkan (kena cipta email baru lagi). Sampai bila kan?

Lagi, ia mudah diakses orang ramai, tiada rahsia di situ.


Berapa RM peruntukkan saya setiap musim?
  • RM150 untuk FB Ads
  • RM350 mixing
  • RM100 untuk rakaman vokal

Kesemuanya RM600 untuk setiap musim. Jika dibahagi 13 minggu, jumlahnya lebih kurang RM50 setiap minggu. Ok terimakasih.


Kesimpulan

Saya tidak tahu ke mana ia akan bawa Sajakiri Music. Tapi kejayaan kecil Musim Pertama ini membina keyakinan saya untuk meneruskannya.

Inilah konsep menang-menang diantara kami dan penyanyi baru ini.


Rabu, 24 Oktober 2012

40 - Sistem Baru Sajakiri Vokal

Sambungan : Untuk Sajakiri Music, kami boleh 'try alot of stuff, and see what's working'.

Oleh kerana itu, ada perubahan yang ingin saya lakukan:


Durasi Pertandingan

Sekarang ini 6 minggu penyertaan, dan 6 minggu pengundian. Ini memakan masa sehingga 3 bulan untuk mencari seorang pemenang. Kalau setahun hanya 4. Saya ingin mengubahnya menjadi 4 minggu sahaja (untuk penyertaan dan pengundian).


Apa implikasinya?
  1. Dapat menghasilkan 6 single setahun (satu musim hanya mengambil masa 2 bulan)
  2. memberi lebih banyak peluang kepada penyanyi amatur di luar sana.
  3. menjadikan Sajakiri Music lebih produktif menghasilkan produk baru setiap masa.
  4. lebih segera membina jenama Sajakiri Music sebagai syarikat penerbitan muzik.

Sungguh saya tidak sangka, saya hampir membatalkannya, kini ia menjadi nadi penting untuk Sajakiri Music.

Saya percaya, jika saya mengekalkan displin ini, nama Sajakiri Music akan mula naik, sikit demi sedikit.

Jadi, berapa banyak lagu yang harus saya cipta?

Untuk Sajakiri - Vokal ini, sebanyak 8 lagu dipertandingkan. Selepas ini mungkin sehingga 20 lagu untuk dipilih.

2 jam kemudian...

Pada pemikiran kedua, saya berasa elok juga ia diperlahankan. Saya memikirkan format 5-1-5-2. Setiap tahun mempunyai 52 minggu, jadi saya bahagikan 4, jadi 13 minggu setiap musim.
  • 5 minggu : penyertaan
  • 1 minggu : pengumuman finalis
  • 5 minggu : pengundian
  • 2 minggu : pengumuman pemenang dan persediaan musim berikutnya

Ok, cantik kan susunannya.

Aik, tadi kata nak buat 6 musim setahun, kenapa tukar?

39 - Sajakiri Vokal

Alhamdulillah. Sajakiri - Vokal Musim Pertama memasuki fasa ke-3, iaitu pengundian. Terdapat 5 finalis pada peringkat ini, daripada 11 penyertaan.

Bukan itu saja, malah kami berjaya mewujudkan komuniti FB kami sendiri. Setakat ini sudah 21 orang.

Apa yang saya nampak sekarang

Ketikan memulakannya dahulu, saya agak ragu-ragu dan hampir membatalkannya. Tapi kuriositi sangat kuat untuk melaksanakannya. Sambutan agak OK. Dan ketika mahu menutup penyertaan minggu lepas, sekali lagi saya menghadapi dilemma untuk membatalkannya. Tiba-tiba saya mendapat inspirasi daripada kata hikmah ini :

"Orang gagal berhenti di tengah jalan. Orang berjaya menghabiskan perlumbaan."

Mengenangkan peserta yang sudah bersusah payah menghabiskan video, dan yang paling penting, kredibiliti Sajakiri Music, saya mengambil keputusan meneruskannya.

Alhamdulillah, berkat keputusan saya itu, kini saya sudah ada momentum, keyakinan terbina (kerana orang sudah mula mengenali saya sebagai komposer), dan saya sudah mula memahami faedahnya kepada Sajakiri Music.


Label Rakaman
  1. Saya sudah boleh menguji lagu mana yang paling komersial
  2. Saya boleh mencari bakat yang terbaik untuk menyampaikan lagu itu
Dan ia 'masuk' dengan rancangan asal saya, sebelum saya berjumpa dengan A&R. Dari sini, Sajakiri Music boleh mula mengorak langkah untuk menjadi label. Bermula kecil-kecilan dahulu ; menghasilkan single.

Peluang untuk penyanyi

Ini adalah situasi menang-menang-menang. Penyanyi, mereka akan punyai single dan peluang untuk menempa nama. A&R ; kami akan memberi mereka produk yang baik dan ada sedikit bukti di dunia online.

Isnin, 22 Oktober 2012

38 - Quantum Leap

Pada entri lepas, saya tulis mengenai mengganda dua kan caj anda. Saya akui, ia memang mudah untuk dikatakan, tapi aplikasi memerlukan penghayatan yang dalam dan jujur. Ia lebih kepada menukar set minda. Bukan mudah ya.

Saya lebih percaya kepada perkembangan berperingkat, dan konsisten. Quantum Leap adalah sangat berkemungkinan, tapi ia memerlukan masa.

Bagaimana untuk saya mempercepatkan masanya?

Saya sebenarnya tidak percaya pada sesuatu yang segera. Saya percaya benda itu datang bukan kerana kita mahu, tapi kerana 'siapa' diri kita, apa yang kita percaya. Jadi soalannya, bukan 'apa yang harus saya buat untuk mencapainya', tapi lebih kepada 'apa yang saya percaya'.

Untuk mengubah 'apa yang percaya', ia memerlukan masa dan secara berperingkat.

Mengubah fokus

Untuk menjadi lebih murah rezeki, kita harus selalu bersyukur. Jadi bagaimana boleh saya aplikasi di sini?

Saya akui, set minda saya masih lagi cuba 'adjust' dan memahami perkara ini. Ia mencari lebih banyak bukti. Hati saya, seperti biasa, punyai kuriositi; kenapa tidak mencubanya?

Definasi Pemenang Sebenar

Adalah mereka yang menghabiskan perlumbaan. Keputusan adalah nombor 2. Mereka yang kalah adalah mereka yang berhenti di tengah jalan.

Takut

Saya akui, saya ada juga berasa bimbang, jika tidak mendapat sebarang job jika saya menggandakan caj saya. Kerana hidup saya bergantung kepada ini. Dan kerisauan ini berasas. Saya tidak mahu membuat keputusan bravado.

Impian saya besar ; menjadi komposer bertaraf dunia. Pada masa yang sama, saya harus sedar di mana saya berada pada masa ini.

Ahad, 21 Oktober 2012

37 - Perlukah saya caj mahal?

Saya menjumpai artikel ini, hasil penulisan Peter Shallard. Beliau menyarankan agar kita menaikkan caj 2, atau 3 kali daripada caj asal kita.

Antara faktornya :

  1. klien 'mahal' lebih berkualiti, berdisplin, dan tidak banyak kerenah berbanding klien 'murah'.
  2. kita akan membina reputasi elit.
  3. oleh kerana margin yang besar, kita bekerja dengan lebih bijak, dan dapat menguruskan masa dengan lebih baik. Dapat meluangkan masa bersama keluarga, buat aktiviti yang disukai, dan mempertajamkan ilmu pengetahuan.
  4. kita berasa untuk memberi 'lebih' daripada yang dijanjikan kepada klien
  5. yang paling penting, kita lebih 'motivasi' untuk mendapatkan projek yang mahal, berbanding yang murah.


Jadi, bagaimana saya boleh kaitkan?

Saya masih dalam proses memikirkannya. Tapi memikirkan kemungkinannya adalah menyeronokkan. Izinkan saya berangan sedikit.

Sebelum ini, kadar produksi muzik saya dalam seribu dua RM. Apakata saya naikkan ke RM7,500. Wah menarik bukan? Dan katakan margin saya RM3,500, saya hanya perlukan 6 projek untuk memperolehi pendapatan bersih RM21,000. 

Wowo. Menarik.

Bukan itu saja, saya boleh bekerja dengan musisi, arenjer dan jurutera bunyi yang terbaik. Dan ia kena dengan matlamat saya untuk menjadi komposer bertaraf dunia.

Dalam bidang tuisyen, kadar saya RM50 sejam. Katakan saya naikkan ke RM100 sejam, saya hanya perlu bekerja 4 jam sehari, 5 hari seminggu untuk menjana pendapatan ke RM8,000 sebulan. Wah.

Itulah saya katakan tadi, memikirkan kemungkinannya juga sangat menyeronokkan. Hehe.