Isnin, 18 Julai 2011

Perguruan : 1

Perguruan adalah kerjaya yang mulia. Aku sebenarnya tidak pernah bercita-cita mahu menjadi guru. Langsung tidak pernah. Cita-cita asalku mahu menjadi ahli korporat yang kaya dan berjaya. Terasa sangat 'kosong' cita-cita itu. Kerana aku hanya fokus kepada 'apa yang aku dapat', daripada 'apa yang aku mahu beri'.

Aku menjadi tutor sejak 6 tahun yang lalu, selepas saranan Jaja. Minatku pada matematik (terutamanya Add Math), membuatkan ku mahu mencuba. Tapi ia tidak mudah seperti yang disangkakan. Kemahiran dalam matematik tidak menjamin kemahiran dalam mengajar. Aku agak OK dalam pengajaran 'one-to-one', tapi gagal dalam pengajaran kelas seperti di pusat tuisyen.



Seri Buana (TTDI), Pragmatik (TTDI), Mawar (KD), Seri Selayang (Gombak) dan Pulau Ilmu (Subang Perdana) ialah antara beberapa pusat tuisyen yang memecatku kerana kegagalan ku membuat semua pelajar ku 'faham'. Aku agak sedih ketika itu. Kerana baru menyedari 'ketiadaan bakatku' dalam mengajar, walaupun aku sangat meminatinya.

Fast forward ke hari ini : Alhamdulillah. Semalam aku berjaya conduct seminar Add Math ku yang pertama selama 5 jam di Seri Tropika! Ini adalah satu break-thru kepadaku. Terimakasih kepada Mona dan team Tropika kerana menaruh kepercayaan kepadaku. Seri Tropika adalah satu-satunya pusat tuisyen yang 'setia' bersamaku setelah 4 tahun mengajar di sini. Banyak yang aku belajar di sini.

Bagaimana aku boleh improve? Tunggu sambungannya, Insyallah besok.

4 ulasan:

Master Yoda berkata...

Hang dah leh jadi co-partner kot kalau Tropika open new wing kat mana2..Hahaha..

Gud luck bro...

Zainal Zulia berkata...

jadi partner? tak kot haha

Master Yoda berkata...

Hahaha...cane bebdk tu sume? ok ke?

Zainal Zulia berkata...

ok budak..siap ade buat seminar lg tuh...sedih pulak bile pikir dis year last ajar diorg