Lagu ini dicipta secara spontan pada bulan Ogos 2009. Masa tu bulan puasa. Aku hanya ambil 'mic recorder' dan mula tekan 'record', lagu ini 'keluar secara spontan' dari nyanyian dan gitarku. Lengkap dari verse sampai korus. Memang lagu ini lagu yang ringkas pun. Liriknya pun sebegitu ringkas, aku hanya menulis 'dummy content', tapi ianya kekal, tanpa perlu diedit pun.Termasuklah solo gitarnya, hanya 'first take' dan tiada edit.Secara keseluruhan, lagu ini adalah raw ; sangat mentah.
Tapi entah mengapa, aku begitu suka menyanyikan lagu sambil memetik gitar (antara lagu favourite ciptaanku). Aku akuinya lagu ini agak tawar, tidak cheesy seperti lagu-lagu ku yang lain. Penuh kejujuran dan tiada niat untuk 'mengimpresskan' orang lain. Lagu ini tidaklah 'seglamour' lagu-lagu Sajakiri yang lain, seperti Surihani atau Sesuatu. Ianya agak 'bawah anjing' (underdog). Oleh kerana itulah ia tidak puas dan bosan didengar kot, dan agak istimewa bagiku.
Kita (lelaki) selalu mengimpikan 'bidadari'. Bidadari membawa maksud yang berlainan kepada setiap individu. Bagiku, ia lebih dari sekadar fizikal. Ia dirasai di hati. Kesemua wanita adalah bidadari kepada pasangan atau yang disayangi. Tiada keraguan di situ.
Secara spesifiknya, lirik lagu ini berkaitan dengan cinta pertamaku. Sekurang-kurangnya dia lah yang memperkenalkan kepadaku 'apa itu bidadari'. Terimakasih. Alhamdulillah, tidak lama lagi aku akan berkahwin dengan seorang lagi 'bidadari'. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan