1-Secara jujur, aku rasa tulis tag ini tidak berfaedah dan membuang masa.
2-Aku ingin membeli set mainan Dinobots (Transformers)
3-Hidup aku bahagia walaupun aku tiada harta dan rupa.
4-Aku percaya semua wanita dilahirkan sebagai bidadari.
5-Aku seorang yang pandai ‘mengayat’
6-Aku tak tahu mengapa, semakin hari ku merasakan aku semakin muda, macam Benjamin Button.
7-Aku ingin berkahwin dengan orang Trengganu semata-mata kerana ‘boleh balik kampung main gitar tepi pantai’.
8-Heliza! Aku cinta padamu!
9-Cita-citaku ketika 8 tahun : ingin bekerja di Amerika Syarikat sebagai pereka cipta robot Transformers.
10-Aku pandai masak air dan nasi sahaja.
11-Magee pon tak berapa nak jadik.
12-Aku rasa ‘menyakat adik beradik’ adalah satu nikmat hidup yang tidak ternilai.
13- Huish. Banyak lagi nak kena tulis ni.
14-Kalau aku Ultraman, akan aku ukur ketinggianku dengan KLCC.
15-Aku hairan mengapa Donald Duck hanya memakai topi dan baju tetapi tidak seluar.
16-Alang2 tulis la wasiat : Kalu aku mati, aku ingin menderma organ2ku yang masih OK kepada mereka yang memerlukan.
17-Serius aku tak main-main ni.
18-Aku berpendapat M Nasir berhak mendapat gelaran Datuk.
19-Aku tidak menyokong mana2 pihak; cuma aku berpendapat Sultan Azlan Shah dapat menunjukkan ‘keadilan dan saksama’nya dengan membubar DUN Perak supaya pilihanraya negeri boleh diadakan semula.
20-Aku enjoy tengok wayang sorang2 pada pukul 11 pagi hari Rabu.
21-Aku tidak berpihak mana2 ; aku berpendapat sampai bilapon Chelsea tidak akan dapat menyaingi MU selagi adanya sikap gopoh dan ambitious yang tidak terkawal itu.
22-Sesat ketika memandu adalah aktiviti yang ku enjoy.
23-Salah satu bakat anugerah Tuhan padaku ; Aku boleh memandu kereta sambil tidur di Lebuhraya Plus dan Lebuhraya KL-Kuantan sahaja.
24-Aku wonder adakah orang Belanda tahu yang kita panggil mereka ‘orang Belanda’?
25-Aku berpendapat sesiapa yang membaca Notes ini juga membuang masa secara efektif sekali.
Sekian Trimakasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan