Selasa, 17 Ogos 2010

Perintis


Tarikh kelahiran anda pada 6 hb September 1979.:

:: Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).

:: Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

:: Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.

:: Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

:: Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Insan yang berkongsi personaliti anda: Chorlotte Bront?Jessica Walter, Vincent Van Gogh, Bette Midler, Helen Keller, Mark Hamil.

Ahad, 15 Ogos 2010

Darah by TuLanG


Music/lyrics/arrangement by : Zainal Zulia
Performed by : TuLanG
Sajakiri 2008




Jauhnya perjalanan
Umpama satu mimpi
Mimpi yang panjang bagai satu 
Realiti kehidupan
Kejutkan ku dari tidurku
Kejutkanlah aku kawan


Bangunlah
Bangkitlah dari mimpi
Yang tidak pasti
Buangkan ia


Pandanglah 
Lihatlah ke hadapan
Masa depanmu
Anugerah-Nya


Selagi ada darah 
Mengalir di dadaku
Selagi adanya sinaran
Matahari di hari-Nya
Takkan kulena di siang hari
Aku ingin hidup sebelum ku mat


iSegala persoalan
Tersiratnya jawapan
Ku pasti kita akan temuinya
Ku pasti kita akan temui segala jawapannya
 Percayalah




Inspirasi
Lagu ini mengisahkan tentang perjuangan ketika tiba di seberang laut, Dublin di Ireland. Perginya ku di situ hanyalah untuk merasai 'dunia di sebelah lain'. Aku benar-benar rasa bermimpi. Tiap-tiap jejakku umpama terapung di atas kaki sendiri. Aku seolah-olah tiada arah tujuan. Umpama berseorangan di lautan luas. Untuk apa beradanya ku di sini?

Setiap detik-detik manis masih jelas di ingatan. Hubungan sesama manusia jugalah adalah kunci kebahagian manusia. Aku rela hanyut dalam kebahagian itu.

Setiap lagu-laguku adalah diari hidupku. Diari ini umpama 'mesin-masa' yg '3 dimensi', membawa aku kembali ke saat-saat itu, melihat dari sudut mataku sendiri. Biarpun coretan ini tiada kaitan dengan lirik lagu ini, tetapi 'vibration' dan 'feel'nya datang dari masa itu.

Aku ingin mengingati sebagai kenangan manis.