Jumaat, 15 Julai 2011

Bersih 2.0 : Pandangan Naifku


Aku bukanlah pandai sangat berbicara tentang politik. Hanya serba-sedikit tempias sampai kepada ku. Dan aku juga tidak menyebelahi mana-mana pihak sekalipun. Hanya pencinta kedamaian.

Isu Pertama : Kenapa BN terlalu mengelabah dan takut dengan Bersih 2.0 ? Mungkin ia takut terjadinya lagi peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Entahlah. Tapi "when you deny ferociously something about yourself, there could be some TRUTH in it". Aku pada mulanya rasa SPR ok (Pakatan Rakyat memenangi 5 negeri apa), mula berasa ragu-ragu dengan SPR bukan kerana Bersih 2.0 itu sendiri, tapi 'ketakutan BN yang melampau' sehingga terdesak menakutkan (memperbodohkan?) rakyat dengan mengaitkan perhimpunan ini dengan komunis dan sebagainya.

Isu Kedua : Ini mungkin tak berkaitan dengan Bersih 2.0 secara langsung, tapi Anwar Ibrahim bukanlah Musuh Negara, tapi Pelawak/Watak Kartun no 1 di Malaysia ini. Pada mulanya aku agak menyampah, tapi lama-kelamaan 'agak terhibur' dengan 'drama-dramanya'.Dia pasti 'dirindui' selepas ketiadannya nanti.

Isu Ketiga : Aku percaya rakyat punyai hak untuk menyuarakan pandangan secara apa sekalipun, walaupun demonstrasi. Sekurang-kurangnya kerajaan akan lebih 'aware','berhati-hati di masa depan', dan anggap ini sebagai feedback untuk memperbaiki keadaan. Tapi tidaklah sampai menjatuhkan kerajaan seperti di Mesir baru-baru ini. Kerajaan yang menang secara 'peperangan' kelak akan jatuh dengan 'peperangan' juga. Ia takkan habis punya.

Tapi disebalik 'ketakutan luarbiasa BN' ini, Najib kelihatan sungguh cool dan relax. Kenapa ya?

2 ulasan:

Master Yoda berkata...

Gua suka ayat lu yg last

"Tapi disebalik 'ketakutan luarbiasa BN' ini, Najib kelihatan sungguh cool dan relax. Kenapa ya?"

Hahaha, maybe his appointed advisor @ APCO kata "relax, kool..sat lagi depa lupa la tu...malays kan, easily forget something"

Zainal Zulia berkata...

haha bro. aku rase dia 'under estimate' sgt bersih ni kot..entahla