Jumaat, 22 Julai 2011

Menulis di dinihari

Ini pertama kali ku menulis pada dinihari. Selepas lewat malam. Kira-kira pukul 1.45am. Entah kenapa. Ada satu 'creative urge' yang membuat aku ingin menulis. Tentang apa ya? Mungkin sedikit inspirasi dan motivasi.

Menyalahkan orang lain adalah sifar 'natural' bagi manusia. Ia lebih mudah, tanpa perlu ada 'deep thought'. Sebenarnya ia adalah satu pilihan. Satu lagi pilihan adalah bukan sekadar 'menyalahkan' diri sendiri, tapi merasa bertanggungjawab. Ini lebih sukar dan 'challenging'. Kita hadapinya setiap hari. Kita tidak suka 'dipersalahkan' kerana ia mencabar ego diri-sendiri. Respon yang biasa adalah melenting, atau diam tanda kecewa. Jarang sekali kita tenang dan boleh berfikir dengan waras apabila diuji sebegini. Termasuklah aku.

Sebagai manusia biasa, kita perlukan seseorang sebagai tempat luahan dan ekspresi. Setelah lega, barulah kita sedikit sebanyak boleh berfikir dengan waras. Kabus-kabus jerebu juga mengambil masa untuk pergi.

Ketika ini, kita harus biasakan berfikir apa 'penyumbang' kita yang menyebabkan kita menyalahkan orang lain/kita dipersalahkan. Walau seyakin mana pun kita rasakan ianya salah orang lain, cari juga 'salah' kita dan cuba baiki dari situ. Ini tidak mudah kerana ia melibatkan ego.

Mencari salah sendiri dan mengakuinya memerlukan kekuatan, dan ia bukan petanda kita di pihak yang salah. Ini petanda kita seorang yang bertanggungjawab. Ini juga petanda yang kita punyai 'self-control' yang baik, dan berkeyakinan tinggi. Malah kita akan lebih dihormati.


2 ulasan:

Master Yoda berkata...

U r rite bro..terkesan aku ngan motivasi ko ni..ingat nk print screen,paste,print and tampal kt area meja study gua,as reminder

Zainal Zulia berkata...

Timekasih bro, reminder utk diri aku sendiri jugak