Kini saya masih bereksperimen dengan harga 3k, 5k dan 7k. Walaupun ini agak tinggi dari rancangan asal saya (2k, 3k dan 5k), saya berasa lebih tenang (surprisingly). Ini kerana saya berasa saya memaksimumkan potensi pendapatan saya.
Ini memotivasikan saya untuk bekerja lebih bijak, berjumpa dengan orang yang betul dan membuat sistem affliate dengan 'kelas' sekali.
Bagaimana?
Saya akan iklankan di bawah menu itu. Dan sesiapa boleh 'apply' dan syarat emasnya :
- pendapatan sekitar 25% daripada harga
- komisen dibayar berkadaran dengan jumlah dibayar. Saya harapkan ini dapat menggerakkan enjin pemasaran saya dengan efektif sekali. Saya bercadang untuk berjumpa muka ke muka dengan bakal affliate saya. Mungkin juga saya perlu lebih fokus untuk mencari affliate yang sesuai, berbanding mencari bakal klien, kan?
Temuramah
Saya juga bercadang untuk bertemu tokoh muzik tempatan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Platform berubah ; saya akui, saya mengalami anjakan paradigma lagi. Saya tidak mahu lagi bermain dengan selamat. Saya mahu menghasilkan muzik yang hebat.
Demo
Saya juga perlu menghasilkan demo yang profesional tapi ringkas.
Market
Saya ada juga terfikir juga adakah saya 'membunuh' market kecil jika saya caj harga premium sebegini. Mungkin juga. Saya ada terfikir 'dah la punya susah nak cari klien sebelum ini, inikan pula mahu cari yang sanggup membayar premium? Bukan ke bodoh?
Inilah sebabnya saya sanggup menawarkan komisen RM1,500, RM1,000 dan RM750.