Alhamdulillah. Setelah hampir 4 minggu di rumah ibu mertua di Damansara Utama, akhirnya kami bertiga pulang ke rumah kami di Taman Subang Murni. Kami berasa sangat berterimakasih pada Mama (Opah kepada Sofea) kerana menjaga makan minum isteriku Ija dengan sepenuh hati , penuh kasih sayang dan tanggungjawab sekali. Kami sayang Opahnya.
Juga secara peribadi, saya ingin mengucapkan terimakasih dan minta maaf kepada Abah (bapa mertuaku) kerana tidak tinggal lebih lama di situ. Abah menyarankan kami untuk tinggal sehingga Raya.
Apa pun, kini tinggal kami bertiga sekeluarga yang akan menguruskan famili kecil ini sendiri. Insyallah besok, 19 Julai, genap sebulan usia Sofea. Semoga sihat hendaknya. Amin.
Piano
Tidak tahu mengapa, kehendakku untuk memiliki piano elektrik begitu membuak2 sekali. Mungkin juga kurasakan sudah ada anak perempuan, jadi piano sudah jadi kepastian. Entahlah. Tapi apapun ia dimulakan oleh Aff yang juga ingin punyai piano sendiri kelak.
Dulu masa bujang, aku selalu ke kedai piano dan bermain piano sehingga berjam2 lamanya. Gian.
Aku sangat berterimakasih kepada isteriku Ija kerana memahami naluri muzikku. Kami membeli piano elektrik 'tangan kedua' jenama Yamaha Clavinova CLP-220 di Euphony, Ikano. Dengan harga terbaik.
Kini, kau merasa sungguh seronok di rumah. Sofea dan Clavinova. Bak kata Aff juga, rumah lebih dari sekadar tempat tinggal, ia adalah institusi keluarga.
Kini aku lebih bersemangat untuk berjaya dalam bidang muzik. Kerana 'alasan'nya adalah lebih kuat sekarang. Amin.
* Mulai hari ini aku akan apdet sekali dalamasa 4 minggu (selama ini selang 2 minggu). Kerana prioriti menulis blog 'sudah jatuh'. Terimakasih kepada pembaca sekalian.
Sofea dan Clavinova |