Jumaat, 26 Ogos 2011

Panduan Kerjaya

Sebagai guru addmath, rata-ratanya murid-muridku berusia 16-17, yakni di ambang SPM, dimana mereka 'sibuk' memikirkan 'nanti nak jadi apa' sebagai kerjaya kelak. Secara naturalnya, aku akan memberi sedikit sebanyak panduan untuk mereka fikirkan. Walaupun kekadang aku fikirkan 'agak terlalu awal' untuk mereka buat keputusan yang sebegini penting.


Passion and Money, Which Comes First?

In a survey conducted many years ago, 1,500 people were asked that very same question and were then separated in 2 different categories based on their feedback. Category A believed that money was their priority and would consider doing what they want to do later. 1,245 people went into that group. Category B, made up of 255 people preferred going after their passion and trust that money would follow subsequently.

What do you think happened to both groups 20 years later?

Out of 1,500 people in the whole group, 101 of them became millionaires. Only one came from Category A. The remaining 100 of the millionaires all came from Category B.

Cerita di atas selalu ku jadikan sumber inspirasi kepada mereka. Dan kukaitkan ia dengan pengalamanku sendiri.

Kerjaya pertamaku adalah sebagai akauntan. Tiada apa salah dalam kerjaya itu, cuma aku sangat tidak meminatinya. Keputusan yang kuambil ketika 17 tahun itu hanyalah dimotivasikan oleh faktor duit. Ketika itu abahku ahli korporat, memberi cadangan kepadaku untuk 'mengambil jurusan ini', supaya boleh menjadi 'kaya' kelak. Ketika itu hatiku dibutakan dari minatku sebenarnya, iaitu bidang sains, atau seni muzik. Ternyata penangan 'nak jadi kaya' memekakkan telingaku untuk mendengar bisik hati kecilku.

Ku ingat lagi, hati kecilku sudah berbisik pada bulan ke-3 pengajian ku (masa itu masih Induction Programme lagi); bidang akautan ini bukanlah untukku. Tapi aku ignore saja kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa.

Bukan mahu menyalahkan sesiapa, macam kukatakan tadi, usia 17 tahun adalah terlalu mentah untuk membuat keputusan sebagini penting. Untuk yang tidak tahu, aku berjaya juga menghabiskan pengajianku ke peringkat professional ACCA di Dublin, Ireland. Dan sempat bekerja selama 2 tahun di firma gergasi (KPMG) di KL, sebelum berhenti.

Berdasarkan pengalamanku ini, selalu aku tekankan 'minat dulu, baru duit' kepada muridku. Ini kerana secara naturalnya kita sebagai manusia lebih bahagia dan gembira untuk 'memberi' daripada sekadar 'menerima' semata.

"You make a living by what you GET. You make a life by what you give."

Kebayakkan ibubapa secara lumrahnya akan mencadangkan anak-anak memilih kerjaya yang 'secure' seperti doktor, jurutera, atau akauntan daripada menyuruh mereka memilih berdasarkan minat. Ini mudah difahami kerana ibubapa selalu memikirkan tentang 'security'/keselamatan anak-anaknya, yang mana lebih penting dari 'buat apa yang kau minat'. Ini cara mereka menyayangi anaknya.

Tapi masa depan kita, kita lebih berhak 'memandu'nya.


Selasa, 23 Ogos 2011

About Sajakiri



Salam. Nama saya Zainal Zulia, sebagai komposer utama untuk Sajakiri Music. Saya juga seorang tutor matematik, telah mula berkecimpung dalam bidang penciptaan lagu dari umur 14 tahun lagi. Pada mulanya penubuhan Sajakiri Music (awal 2010) hanyalah sekadar suka-suka, dan hanya ingin berkongsi di Facebook, tapi berkat sokongan dari saudara, sahabat dan taulan, menyemarakkan lagi semangat saya untuk berkarya dengan lebih serius. Alhamdulillah, Tuhan menemukan saya dengan Muhsin, penyanyi panel utama untuk Sajakiri Music. Pada masa sekarang juga, kami sedang sibuk berkolaborasi dengan Didi (dari band Indie Mice) untuk menubuhkan anggota tetap untuk Sajakiri Band.

Perjalanan masih jauh, dan setiap hari adalah permulaan. Menjadi tersohor adalah impian, bukan untuk meraih nama semata, tapi untuk berkongsi inspirasi bersama yang lain. Inilah tujuan kami. Benar, seni itu subjektif, kami tidak boleh memuaskan hati semua orang, tapi kami boleh memuaskan hati 'sebilangan orang'. Mereka inilah yang kami cari kerana mereka akan terus menyokong kami, dan mereka menjadi sebahagian daripada kami juga (extension of us).




Tetapi dalam website ini (sajakiri.com), ia lebih daripada sekadar muzik. Di sini saya akan berkongsi idea, inspirasi, temuramah bersama insan seni yang lain, atau menjemput mereka menjadai 'guest author' untuk blog kami ini. Kerana seni lebih dari hiburan semata. Ia adalah karya jiwa.

Pada masa yang sama, saya sebagai komposer bebas juga berharap boleh membantu rakan seni yang lain dalam penghasilan muzik. Tak kira dari segi penciptaan (composition), susunan (arrangement), dan penerbitan lagu (production) lagu.

Terimakasih



Zainal Zulia, Ogos 23 2011

Isnin, 22 Ogos 2011

Masa



Sudah 4 hari tidak menulis, baru terasa urgency nya. Puasa tinggal lagi seminggu. Kata-kata klise 'cepat betul masa berlalu, tak terasa pun'. Aku yang berumur 32 tahu agak bersetuju. Abahku pada umurku sudah punyai 4 orang anak. Aku baru nak kahwin. Itu pun nasib baik ada orang nak.

Abahku pernah bagitau kenapa orang-orang dulu kahwin cepat, contohnya datok dan nenek ku (sebelah abah) kahwin masa diorang umur 19 dan 14. Wow. 14 tu beb. Ter'skip' alam remaja. Dari zaman kanak-kanak terus ke alam perkahwinan. Abahku cakap, masa zamannya di kampung dulu, lepas Isyak dalam pukul 9 aje, malam sudah mati. Jangankan internet, TV pun takde. Alahai boringnya. Nak tak nak terus tidur aje. Kalau bulan puasa dia bangun sahur pukul 2 pagi, makan kejap, dan boleh sambung tidur lagi 3-4 jam lagi. Wah mewah. Zaman sekarang, dapat lelap 10 minit pun sudah cukup baik.

Ha itulah, diorang zaman dulu tidur awal, pasal tu kahwin pun cepat aje. Sangap kan. Zaman sekarang, pukul 2 pagi pun masih happening macam masih pukul 8 malam. Dengan internetnya, kedai mamak, disco dll. Pasal tu generasi ku berkahwin agak lambat, purata dalam 30 tahun.

Perkahwinan zaman tok nenek pun lebih kekal. Kenapa ya? Padahal mereka tak kenal pun sebelum berkahwin. Aku rasa begini; mereka belajar tentang segala kelebihan dan kelemahan pasangan, dan mereka jatuh cinta dan sayang unconditionally. Zaman sekarang terbalik ; mereka jatuh cinta dan sayang unconditionally, baru mereka belajar tentang segala kelebihan dan kelemahan pasangan. Hah gitu.

Zaman sekarang, budak-budak sekolah pun dah ada Beri Hitam (BlackBerry) dan Telephone Saya (I-Phone). Zaman aku kalu ada berjanji, redah aje dan tawakal. Internet pun tak ada lagi. Bergayut di telefon berjam-jam adalah aktiviti 'bersosial' pada zaman remajaku. Tu pun sampai berebut dengan adik beradik. Mengikut rekod peribadi ku, aku pernah bergayut dari pukul 10 malam ke pukul 5 pagi. 7 jam tu beb.

Padahal semua ini baru 16 tahun yang lalu aje. Tapi macam dah lama sangat.