Sabtu, 15 Oktober 2011

Aku dah kahwin! : Penghargaan & Ringkasan (Part 3:Outro)

Ada 2 orang yang aku sangat berterimakasih sempena perkahwinan ku ini.


  • Mak
Ibuku ini menyiapkan hampir semua persiapan perkahwinan ini. Dari hantaran, doorgift, katering dan pengaliran tunai, semua dibawah urusannya, Baju pengantin aje tidak. Aku masih 'berhutang tunai' dengannya, Alhamdulillah juga, duit pemberian tetamu 'cover' 70% untuk pembelanjaan kenduri.

Terimakasih mak. Sayang mak.




  • Abah
Sekitar April, kami kebingungan untuk mencari rumah. Pada mulanya kami hanya ingin menyewa apartment di sekitar Damansara yang mana sewanya sekitar RM700. Tapi alhamdulillah, abah menawarkan 'rumah keduanya' di Taman Subang Murni. Rumah teres 2 tingkat, 4 bilik dan sangat luas untuk kami berdua, siap dengan kelengkapan perabot; sofa, meja, katil. aircon, tv, rak buku. Apa yang perlu kami lakukan cuma perlu 'sambung sewa' sahaja, tanpa bayar deposit rumah.

Terimakasih abah. Sayang abah. 



Ringkasan : Kisah Aku dan Dia


How I Met Her Series

  1.  How I Met Her (Part 1)
  2. How I Met Her (Part 2)
  3. How I Met Her (Part 3)
  4. How I Met Her (Part 4)
  5. How I Met Her (Part 5-Final)
Pre Wedding
  1. Aku dah kahwin! (Part1)
  2. Aku dah kahwin! (Part 2)
  3. Aku dah kahwin! : Penghargaan (Part 3:Outro)

Terimakasih semua!


Isnin, 10 Oktober 2011

Aku dah kahwin (Part 2)

Berlangsung pada keesokkan harinya, Ahad 2 Oktober di Perkarangan Masjid Al-Mukminun USJ 2. Warna tema hijau muda. Dan sekali lagi baju pengantin disewa dari Udaimatunnur. Katering dari kawan mak; si Bedah (ramai orang cakap rendang dia sedap!). Aku  sungguh gembira kerana jemputanku sudi datang, dan aku sebolehnya ingin bergambar dengan mereka. Aku lebih merasakan aku ini penyambut tetamu, daripada pengantin. Dan kenduri di sini tiada protokol langsung, pengantin datang dan terus makan beradab.



Ini mereka yang hadir:-
  • Murid dan keluarga
Eddy sekeluarga, Fatin (Subang Perdana) sekeluarga, Syasya/Iwan dan ibunya, Imran Ismadi dan adiknya, Pn Ida sekeluarga, Pn Anita sekeluarga, Hanif dan abangnya, Pn Nora sekeluarga, Pn Hamidah n Sufian, Hafizul, Lin, Cikgu Azizul seluarga, Mrs Gan sekeluarga, Kak Fatimah sekeluarga, Pn Fauziah sekeluarga, Kak Lina sekeluarga, Azrie, Cikgu Rozaidi sekeluarga, Meor dan ibunya

  • AsiaWorks : Bidin, Kalai Chelvy dan Kok Seng, Kak Hazel
  •  KPMG : Azlan Jo sekeluarga, Ahmad Irfaan sekeluarga, Nawar (Dato Shah) sekeluarga
  • Dublin / YPM : Yan sekeluarga, Jobos, Pakku, Yeop dan isteri, Payeik dan isteri, Akmar sekeluarga, Gaddafi sekeluarga bersama ibubapanya, Tarmizi sekeluarga, Ckin sekelurga, Aliza, Suraya, SuzeeBaayah, Nasrul sekeluarga, Azlan Majid dan isteri, Lizz Shanana dan keluarga, Addy Gagah dan keluarga
  • SMSJ : Jualiana Lee n partner, Alex Wong Tat Fong,, Syed Aznan, Zuraidie dan isteri, Radhif, Dubai dan isteri, Reza Farouk, Fakhariah dan Azrie, Siti Kharani dan 5 orang anaknya (alhamdulillah!), Azrandi, Izzaudin
  •  BBBBS : Firuz, Jaja dan isteri, Mam dan isteri, Ridzman, Shahrin sekeluarga, Bal sekeluarga
  • SSP : Zikra, Irsan sekeluarga
  • Muzik : Didie Indie Mice, Ken dan isteri Intan Sarafina, Farah Asyikin, Rafik. Shem
  •  Related Friends : Mohsein sekeluarga, Kak An sekeluarga, uncle Kamil & auntie Zulfah, Faisal n Ellina's sister, Jamil, Zul, Muaz, Fatimah sekeluarga, Faisal (Planex Nex)
Saudara-Mara
  • Belah Kelantan : Ayah Da sekeluarga, auntie Noral dan adik beradik, Ayoh, Pak Yee, Hakim, Uda, Cik Man sekeluarga
  • Belah Johor : Atok, Pakngah sekeluarga, sepupu Nina, Nini, Apet, Iwan sekeluarga, Pakda & Makda, Hadi sekeluarga
Maafkan saya jika saya ada tertinggal. Sila beritahu saya dan saya akan kemaskini dari masa ke semasa.

Ucapan saya : 

Kehadiran anda semua sungguh bermakna bagi saya. Saya tidak ajak ramai. Kami abadikan gambar anda bersama-sama kami. Terimakasih juga pada hadiah-hadiah yang diberikan. Kami dengan rasa rendah diri sangat bersyukur atas pemberian tuan/puan sekelian. Sayang kamu semua.

Jutaan terimakasih kepada team Ohana! : Mak, KakG, Aff, Khalis, Hanzalah de Gubboi, Yis, Yah, Etty, Abah.

Juga kepada Ohana! baruku : Abah, Mama, Abg Mazli, Pak Teh, Maksu & Pakcu sekeluarga, Abg Tapa, Marzuki, Kak Bibah, Marzuki, Firdaus, Fatin, Aisyah.




Menarik :  Terimakasih kepada Pn Hayati (ibu kepada Iwan/Syasya) kerana memberikan hadiah TV LCD (Sony BX32) ini. Siap dengan DVD Player lagi haha!







Montaj Istimewa dari sahabatku, Romizi: