Nama dia Zarina Zakiah. Dia tak suka orang panggil dia Ina. Poyo katanya. Dia suka orang panggil dia Yah. Dia ni adik aku yang sama harijadi dengan aku. Dan dia selalu lebih 'menyerlah' pada majlis harijadi kami. aku tak kisah pun. Malah lega kerana tidak diberi 'perhatian'. Ia membuat aku kekok menyambutnya bersendirian tanpanya.
Dia seorang doktor askar. Gelarannya Kapten Doktor. Tapi sekali lagi, dia 'kurang senang' dengan gelaran itu. Dan lebih selesa kalau orang panggilnya Kak Yah.
Baru-baru ini, dia ke Lebanon dalam menyertai kempen keamanan Malbatt di sana selama 6 bulan. Ditanya oleh pemberita apakah motivasi untuk ke sana, katanya :
"The support that I get from family members has been the source of motivation for me".
Itu lah seorang Yah. Mana-mana pergi pun mesti ingat famili. Reflek kembali sepanjang 27 tahun, siapa sangka budak ini menjadi 'seberani' ini.
Dari kecil lagi, dia 'nampak macam blur', tapi sebenarnya hanya rabun. Aku suka mengajaknya bermain Contra, Mario, Need for Speed, Chip N Dale, semua permainan video Micro Genius. Dia seorang yang cool, walaupun kalah dan diejek oleh ku. Dia buat dek saja. Tapi lama kelamaan permainannya menjadi lebih bagus dariku sendiri hehe.
"She's knows no fear. She's know no danger. She's know nothing"
Ini mungkin slogan yang kena dengannya. Dia seorang yang berani bedah mayat sorang-sorang tengah-tengah malam, sunatkan budak lelaki, terjun buggee jumping, terjun kapal terbang (bersama payung terjun). Apa yang dia takut? Dimarahi oleh ahli keluarga yang lain. Itu je. Pelik kan.
Aku sebenarnya bangga dengannya. Dia seorang yang passionate dalam kerjayanya, tapi pada masa yang sama tidak memandang darjat dan duit bukanlah motivasinya. Pernah satu ketika dia sedang housemanship (kapal-rumah-lelaki) di PPUM, dia sedang cuti. Tapi sanggup ke hospital kerana risau dan mahu melihat keaadaan pesakitnya itu. Penuh 'kemanusiaan'.
Semoga dia bertemu jodoh tahun depan . Amin.