Isnin, 31 Oktober 2011

Modul Add Math

Inspirasi daripada Cikgu Zul, aku juga ingin menghasilkan modul Add Math ku sendiri. Tapi berbanding dengan Zul, aku tidak sekreatif dia dalam penghasilan soalan. Aku berasa soalan-soalan dalam buku rujukan sudah berlambak di pasaran. Bukan saja sudah berlambak, malah bagus-bagus juga. Jadi apa yang harus aku lakukan?

Bak kata Picasso; " Good artist copy. Great artist steal" Jadi cara termudah bagiku adalah 'mengklonkan' ia.

Sebenarnya aku sendiri pun 'tiada strategi', hanya beli buku revisi yang sesuai, dan hanya belajar dari buku itu. Ia agak efektif , sesuai dengan aku yang 'sibuk' (malas) ini hehe. Tapi untuk 'menjual' sesuatu, aku haruslah mencipta sesuatu yang original kan. Tak gitu?

Aku harus mencipta strategiku sendiri. Bagaimana ya?

Aku akui aku memang malasa untuk 're-produce' benda (soalan) yang sudah ada di pasaran. Bagaimana aku boleh menjadi unik?

Bagiku, Add Math umpama seni. Aku hanya boleh mengajar taktikal, tapi seninya harus datang dari sendiri, Jadi bagaimana harus aku menulis mengenai seni dan kreativiti dalam Add Math?

Aku ada juga terfikir untuk menyusun kembali bab-bab tertentu; bermula dengan topik asas dan mudah dulu seperti Simultaneous Equation, atau Index. Daripada membabi-buta mengikut sekolah/silibus, susunan kronologikal gitu, yang aku rasa kurang menitik beratkan prioriti subjek, yang mana lebih penting dan yang kurang penting. Ini lebih sesuai, kerana aku kan ingin mencipta sesuatu yang segar, dan efektif.



Tiada ulasan: