Lagu versi baru ini vokalnya dirakam kembali oleh Muhsin. Susunannya ada sedikit berbeza, diberi lebih penekanan terhadap vokalnya. Key nya juga dinaikkan dua 'semitone', dari G Major ke A Major. Tempo tidak berubah. Aku membayangkan Sajakiri Band memainkan lagu ini secara akustik dan 'live' di celah-celah lilin hidup. Ala-ala Nirvana Unplugged gitu.
Ini juga versi penghormatan (tribute) kepada arwah pelajarku, Dina yang meninggal dunia 2 bulan lepas kerana kanser. Aku mencipta lagu ini 2 tahun lepas, tanpa 'memahami' liriknya. Kononnya mahu lebih abstrak gitu. Tapi sangat kena dengan Dina. Huraiannya:-
Bidadari : bak kata adikku Aff, kehadirannya yang sementara dalam dunia ini, umpama bidadri yang ingin 'merasa' menjadi manusia biasa, lalu Tuhan izinkan. Tapi dengan syarat, sementara sahaja.
Melukis awan : Dina sangat meminati melukis. Lihat karyanya : http://dianecrow.deviantart.com/
Melukis indah, pelangi senja : Pelangi bermaksud keindahan sementara, senja bermaksud 'pengakhiran'. Jadi secara keseluruhan ia bermaksud "Keindahan sementara di pengakhiran". Wow.
Bila lagi tanyamu lagi, ku tidak pasti bertemu kita : Dina tidak pernah menanyakan soalan sebegini, tapi mata sayu nya membayangkan soalan ini. Wallahuakhalam. Al-fatihah.
Aku sangat sukakan suara Muhsin. Dia seolah-seolah mewakili vokalku, tapi versi yang lebih macho dan mantap. Lagu ini juga tidak se'glamour' Surihani, lebih 'anjing bawah' (underdog), dan tidak terlalu manis. Ala-ala tawar gitu. Tapi ia penuh pengertian, ringkas tapi penuh makna dan tidak bosan didengar. Lagu ini dicipta tanpa ada rasa 'mahu impress' orang lain. Hanya untuk mereka yang mengerti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan