Tidak pernah aku menerbitkan orang lain. Kalu ada pun, sekadar 'menolong' kawan tanpa upah, dan dibuat 'kurang serius', sekadar melepas batuk di tangga. Aku akui, aku agak malas menerbitkan lagu orang lain, kerana aku sendiri punyai portfolio lagu yang besar. Umpama, anak sendiri pun ramai, masakan pula mahu menjaga anak orang lain?
Tapi mengapa terdetik sekarang yang aku mahukan menerbitkan lagu orang lain? Aku pun tak tahu. Mungkin kerana:-
- aku sudah bosan menerbitkan lagu sendiri
- mahu 'cuba' membantu komposer lain
- mendapat idea-idea segar pabila membantu orang lain
- mahu mengurangkan 'ego'ku, dengan mengikuti telunjuk orang lain, sekaligus membantuku 'mudah' belajar sesuatu yang baru
- mahu mendapat upah
Ini saja yang dapat aku fikirkan sekarang.
Isu kedua, aku harus 'yakin' dengan kemampuan sendiri untuk menerbitkan lagu menggunakan PC ku. Aku punyai software asas yang baik : Cubase SX, Eazy Drummer, Hypersonic, Antares 5, Line 6 Interface dan bermacam lagi. Semestinya, jika mahu rakaman 'live' haru dijalankan di studio sebenar. Tapi asasnya memang sudah ada di PC ku. Tunggu apa lagi.
Contoh : lagu Sesuatu dan Bidadari 2.0 dirakam sepenuhnya di rumahku, kecuali vokal di studio Rafik. Aku seharusnya lebih berpengetahuan dan berkeyakinan untuk membuat merakam line-in di rumah. Jika mahu merakam live instrument (kalau ada bajet la), boleh dilakukan di studio 2105.
Tapi seperti biasa, untuk proses adunan (mix), ia masih perlu mendapat sentuhan pakar, iaitu JD. Lagu harus 'diperkemaskan' dan kedengaran professional, sebelum didengari oleh awam.
Terimakasih Rafik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan