Isnin, 6 Disember 2010

Selipar


Salam,

Semasa zaman kanak2 & remaja, ibubapaku selalu menegur aku supaya memakai kasut apabila keluar jalan. Tapi aku lebih selesa memakai selipar sahaja.

Selipar bagiku sgt jujur ; munkin aku dlm kategori org yg kurang gemar bergaya.

Apa itu selipar jepun? Adakah ia dipakai pada zaman jepun? ataupun cap jepun? (ie cikai?)

Kena google ni.

Seingat aku hanya menukar selipar selepas 2-3 tahun memakainya. Itupun kerana rosak ; talinya putus ke, bunganya haus. Kerana aku selalu tergelincir ketika berjalan di atas lantai licin yg basah.

Juga sebab lain aku suka memakai selipar ketika jalan2, kerana mudah pergi sembahyang. Senang. Tapi kekadang aku pakai juga kasut, terutama ke majlis formal. Rasa la jugak konfiden & kemas (dan sedikit hipokrit).

Tapi selipar jenama crocs memang lawa. Bergaya juga. Tapi entah kenapa, harga yg 10 kali ganda dari selipar favourite ku selalu membantutkan niat ku untuk membelinya (crocs:RM125, seliparku : RM12.50).

Mungkin aku seorang yg cermat, atau kedekut. Kerana aku tak mengerti bagaimana selipar mahal boleh buat aku lebih bahagia.

Bagi duit kat mak aku, atau belanja famili/awek---->lebih bahagia bagiku.