Selasa, 19 Mei 2009

21st : Kura-kura dalam perahu, Pura-pura tak tahu, Jangan jadi macam lembu, Kena tarik buat tak tahu

1. Bekas studentku, Nurfadhilah Husin (KISAS) mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Jordan, di bawah tajaan JPA. Untuk jurusan Islamic Finance.

Dia yang mendapat 8A1+3A2, adalah pelajarku yang paling cemerlang.

Proud of U. Selalu saya doakan awak, k. Chaiyok!




Haiwan Favourite Fadhilah






2. Jaja meraih 'Best Rock Album' dan 'Best Rock Song' bersama bandnya Hujan. Walaupun dia tidak terlibat secara langsung dalam pembikinan lagu2 tersebut, kehandalannya dalam bass la yang menarik perhatian Noh, sekaligus mengajak Jaja menyertai Hujan.
So, he well deserve it!

Congrats Hujan!







3. Otam, rakan muzik ku, semakin mengembangkan sayapnya apabila mengadakan show lepas bersama anggota band favourite nya, Hujan ; AG(gitar), Jaja (bass) dan Am (drum) di Homegrown Space at Wisma Bentley, Mutiara Damansara pada 16 Mei lepas.

Way to go Otam!




Karya Otam





4. Berpeluang menyaksikan Yah-in-action Ahad lepas ketika melawatnya di Hospital Universiti. Aku tidak kagum pada kepandaiannya (biasalah ego abang), tapi aku kagum kepada dedikasinya sebagai doktor junior. Though beb.


Seorang Yah



5. Buat pertama kalinya aku berpeluang mengerjakan Solat Zuhur bersama studentku di IQKL, selepas kelas.




IQKL








6. Kemenangan Nizar sebagai MB Perak adalah kemenangan demokrasi ke atas monarki. Mahkamah Tinggi akan lebih dihormati dan memberi harapan baru kepada rakyat selepas institusi diraja tidak lagi dilihat memahami erti sebenar demokrasi dan keadilan sebenar.

Walaupun isu ini belum selesai (kerana Zambri masih lagi MB), tapi niat Nizar untuk membubarkan DUN dilihat lebih telus & adil kerana mengembalikan kuasa memilih kepada rakyat, bukan sultannya.




The battle still on



7. Aku berjaya mendaftar "THREE ZUL EDUCATION CONSULTANCY" di SSM Shah Alam.
3 Zul di sini adalah nama kami : Zainal ZULia, AziZUL, dan HafiZUL Saufi.

Dengan bayaran RM70 setahun.




8. Aku menemui Randy di CK Music. Dia merupakan 'jurujual musik' favourite ku kerana selalu memberi panduan berguna bagaimana mendapat sound yang bagus dengan harga yang budget. Dia selalunya akan memahami kepeluan dan budget ku sebelum merekomen barang2 jualannya.
Barang2 yang sudah ku beli darinya:
- MRS8 : RM1,500
-Monitor Speker RM600
- KB37 : RM1,300

Thank U, Randy.

Salah seorang staff CK Music (Piqot)




9. Selepas itu juga, aku menemui JD Pop Shuvit untuk belajar (free) bagaimana untuk menggunakan "Graphical Mode' dalam Antares Auto Tuner 4.

JD

Aku juga membeli condenser mic darinya AT2020, yang berkualiti dan budget.

Thank U JD. Dia seorang produser muzik yang paling sibuk dan berjaya (pernah memenangi AIM:Best Engineering Album 2008) tapi masih punya masa untuk mengajar ku.

Appreciate alot Man!





10. Rafik juga seorang produser yang baik. Dia memberikan aku file CUBASE SX secara percuma! Thank U Man!





Kereta Rafik : Mazda RX8




11. Aku berpeluang mengikuti sesi rakaman (drum) lagu baru Hujan di Studio 2105. Chill dengan anggota Hujan.



12. Movie minggu ini : Angels & Demons





*****

Aku enjoy movie ini (walaupun tanpa subtitile) kerana aku sememangnya meminati filem2 dokumentari. Walaupun ia fiction, tapi ia based on true history value. Cerita ini berkisar kepada Christinity, konflik antara sains dan agama.
Ada ironic twist yang tidak disangka2 pada penghujung cerita, dan setelah itu baru aku memahami siapa sebenarnya 'Angel & Demons". Great story indeed.



14. Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan Hari Guru kepadaku:
-Imran
- Johan
-Jefriyah
-Adam Syafiq
-Shira
-Luluk
-Zikri
-Dina




Love U all.


15. Pelajar baru minggu ini : Aliya' Farhana dari Subang Jaya , Form 4 dari Sekolah Seri Bintang Cheras. Lovely girl.

Alex Wong Tat Fong

Alex adalah rakan rapatku ketika Form 4 Cekap. Dia seorang yang kelakar dan supportive. Dan kami share minat yang same iaitu musik. Dia lah yang memperkenalkan aku pada band Nirvana. Dia memang suka berkawan dengan melayu (sekarang bisnes partner dia pon melayu), dan sudah mempunyai nama melayu : Iskandar (pirah!)

Ditanya mengapa tidak mahu masuk Islam, katakanya;

"Kang tak leh makan babi. Babi sedap woo"

Siut punya Alex.


Di sini aku ingin ceritakan tentang kebaikkan Alex ketika di sekolah. Sampai bila pon akan ku kenang jasanya itu.

Ketika Form 5, (satu2nya) gitar kapok ku telah rosak (baca:dipecahkan) oleh ayah ku kerana sebab2 tertentu (terlalu sensitif untuk dibincangkan).

Aku telah kehilangan 'jiwa'ku.

Tiada tempat untuk mengadu, aku terus mencari Alex. Dengan penoh simpati dia mencadangkan aku untuk membeli gitar kapoknya dengan harga 'rendah dari market value' ; RM50.

Aku sangat teruja. Tapi berasa kesian pada masa yang yang sama. Dia baru saja membeli gitar itu beberapa bulan yang lalu untuk belajar bermain.

"Aiya. Its OK la. My mother planned to buy a better (read: more expensive) guitar for me. Don worry la Zainal", katanya untuk cover perasaan kesiannya itu.

Wah so sweet. Bisik hatiku.Tapi ia membawa kepada masalah kedua : aku mane la ade duit RM50 dalam tangan.

"Aiya. Lu ni manyak problem la. Berapa bulan lu bole bayar installment?"

"Ehm. Kalu RM1 sehari?", tanyaku dengan penuh harapan.

"RM1 sehari! Aiyoyo. Itu macam ka. Bankrap la saya."

"Ala. Bole la Alex. Kalu wa bayar tiap2 hari RM1, dua bulan abis la. Bole la. Bole ek?"

"Aiya. Nasib baik lu member wa. Wa bagi ni pon sebab wa believe in ur talent. Wa believe lu bole pegi jauh dalam music. Janji tau u will make it"

Wah. Love U lah!

.....................................................................

Fast forward 10 bulan(dekat dengan SPM)

-Mak Alex tak beli pon 'better guitar' itu

-Aku baru abis bayar (hehe)


Alex bersama isterinya


"siut punya Jenal. 10 bulan baru abis bayar" katanya setiap kali jumpe.

Haha. Sorry Alex.
Apapun gitar tuh sampe sekarang wa simpan. Thank U Alex Wong Tat Fong.