Ahad lepas aku ada membelikan ibunda tercintaku henfon
Samsung Young yang bernilai RM499. Ibuku bukan seorang ‘technology-savvy’
seperti abahku. Dia tidakisah memakai Nokia kecil, asalkan boleh buat panggilan
dan sms. Tapi kali ni dia memerlukan henfon yang mempunyai system Android,
dimana ia boleh memuaturun aplikasi ‘Whats App’, justeru membolehkan dia ber
sms secara ‘percuma’ dengan adik ku yang bertugas di Lebanon. Sungguh murni dan
‘cute’ alasan itu hehe.
Aku pula bukan untuk bermegah kerana membelikannya, tapi
lebih kepada bersyukur kerana dapat membantunya menunaikan hajatnya. Semoga ini
menjadi permulaan kepadaku. Ibuku sudah bersusah-payah membantuku menguruskan
perkahwinanku, dan anggaplah ini cenderamata sempena meraikan perkahwinanku.
Semestinya, kita takkan dapat membalas jasa ibu bapa kita
sehingga akhir hayat. Ini mungkin klise tapi benar. Sejak isteriku mengandung 2
bulan, baru aku paham, ‘we pay it forward’. Segala jasa, pengorbanan dan
tunjuk-ajar mereka harus disalurkan dengan sebaiknya kepada anak-anak kita
pula, insyallah.
Sejak berkahwin ini juga, aku ingin lebih berbakti kepada
ibubapa ku. Wang ringgit mungkin terhad, walaupun aku sedang berusaha kuat untuk
menaikkan taraf hidupku, tapi kita masih boleh menghabiskan masa bersama
mereka. Aku dan isteri cuba untuk bersama mereka sekurang-kurangnya sekali
seminggu. Kami mungkin bernasibaik kerana ibubapa kami hanya tinggal selang 20
minit jauh perjalanan dari rumah kami.
Doa dan restu mereka itu yang paling penting. Ini adalah
perkara yang harus kita titik beratkan selalu. Insyallah.
Ibuku sedang minum Kopi Pagi, berlatarbelakangkan aku bersama isteri ketika selesai akad nikah