Sejak kecil lagi, aku suka mencipta robot Transformers ku sendiri. Aku perbuatkan ia dari kertas, gunting dan selotep sahaja.
Macam-macam jenis robot ku design. Aku lebih selesa membuat robot-robot baru, sebab aku rasa 'robot aku sebagus robot diorang' pun kan.
Aku buat TF pistol, jet, kereta, serangga dan macam-macam lagi la. Aku design kat kertas, color, gunting, dan cantum kan ia menjadi 3-D robot.
Siap ada 6 robot kecik jadi satu robot besar! Macam Constructicon jadi Devastator.

Ia masih menjadi idaman ku.
Tapi seringkali orangaji buang rekaanku itu kerana ia sangkakan sampah. Kecewa betul.
Ketika itu (umur 8 tahun) aku berangan nak kerja kat HQ Transformers di USA, design robot-robot baru. Seperti di video ini:
Transformer Origins: [Part 2]
Dalam banyak-banyak robot, aku paling minat ialah Dinobots. Diorang sungguh cool, walaupun agak dungu (otaknya kecil, ikut dinosaur) dan fizikal yang sungguh kuat.

Walaupun 23 tahun sudah berlalu, aku tetap mengingatinya sebagai perangsang kepada kekreatifan kanak-kanak untuk merekacipta.
Terimakasih Transformers.