Alhamdulillah, kini aku mengurus ketiga-tiga portfolio : personal (zainalzulia.com), Yin dan Yang ku (sajakiri.com dan pulauilmu.com.my). Semacam penswataan gitu. Aku akan cuba 'update' sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk setiap blog. Banyak kerja, tapi aku seronok dan teruja melakukannya.
Aku akui, sejak berkahwini ini, aku lebih tersusun, bukan kerana mahu pada mulanya, tapi lebih kerana memenuhi praktikaliti hidup. Menjadi ketua keluarga membuatkanku melihat dari perspektif yang berbeza, ada anjakan paradigma di situ. Ia juga melatih aku untuk menjadi lebih berdisplin tapi harus ada ruang untuk berkreatif, kepada Yin & Yang ku, Sajakiri dan Pulau Ilmi, insyallah.
Tabiat menulis syukur sebelum tidur masih menjadi ritual ku. Apa yang aku dapati faedahnya, bukan sahaja kita akan menjadi lebih gembira dan murah rezeki, tapi kita juga akan menjadi lebih rendah diri, kerana sukar menjadi sombong/arogan tapi berterimakasih.
Apa yang aku belajar juga, displin adalah segala-galanya. Bakata Jim Collin's dalam buku terbarunya 'Great by Choice":
“The signature of mediocrity is not the inability to change, it’s chronic inconsistency.”
Dalam Islam juga ia disebut istiqamah, buat sikit-sikit tapi konsisten jauh lebih baik dari buat banyak-banyak tapi jarang-jarang.