Sabtu, 3 Disember 2011

Dari zainalzulia.com ke sajakiri.com ke pulauilmu.com.my

Alhamdulillah, kini aku mengurus ketiga-tiga portfolio : personal (zainalzulia.com), Yin dan Yang ku (sajakiri.com dan pulauilmu.com.my). Semacam penswataan gitu. Aku akan cuba 'update' sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk setiap blog. Banyak kerja, tapi aku seronok dan teruja melakukannya.


PulauIlmu.com.my ini adalah projek terkini, setelah aku menjadi pemilik bersama Pusat Tuisyen Pulau Ilmu, bersama Saufi dan Azizul. Akan ku tukar laman addmathtutor.com menjadi PulauIlmu.com.my dengan bantuan Cpol, insyallah. Jadi cukup-cukuplah berbicara tentang karier dan projek di blog ini. Blog ini khas bercerita tentang personal, famili, sahabat atau apa saja yang terlintas di hati.

Aku akui, sejak berkahwini ini, aku lebih tersusun, bukan kerana mahu pada mulanya, tapi lebih kerana memenuhi praktikaliti hidup. Menjadi ketua keluarga membuatkanku melihat dari perspektif yang  berbeza, ada anjakan paradigma di situ. Ia juga melatih aku untuk menjadi lebih berdisplin tapi harus ada ruang untuk berkreatif, kepada Yin & Yang ku, Sajakiri dan Pulau Ilmi, insyallah.

Tabiat menulis syukur sebelum tidur masih menjadi ritual ku. Apa yang aku dapati faedahnya, bukan sahaja kita akan menjadi lebih gembira dan murah rezeki, tapi kita juga akan menjadi lebih rendah diri, kerana sukar menjadi sombong/arogan tapi berterimakasih.

Apa yang aku belajar juga, displin adalah segala-galanya. Bakata Jim Collin's dalam buku terbarunya 'Great by Choice":

 The signature of mediocrity is not the inability to change, it’s chronic inconsistency.

Dalam Islam juga ia disebut istiqamah, buat sikit-sikit tapi konsisten jauh lebih baik dari buat banyak-banyak tapi jarang-jarang.



Tiada ulasan: