Jumaat, 9 Disember 2011

Hanzalah dah pandai berjalan

Klik sini

Berita ini mungkin trivial untuk orang lain. Tapi bagiku, ini sungguh membanggakan. Walaupun agak lambat, ie umur 14 bulan baru boleh berjalan, tapi kami sekeluarga suka tengok dia berjalan ‘kengkang’.

Aku memanggilnya ‘gubbouy’, kerana dia sentiasa cool, senyap dan tidak banyak merengek dalam kebanyakkan situasi. Masa dia dilahirkan pun, dia tidak menangis seperti bayi lain, hanya matanya terkebil-kebil melihar sekitar. Mungkin juga ada DNA ayahnya Khalis yang juga cool gitu.

Aku tinggal serumah dengannya setahun, tapi sejak berkahwin 2 bulan lepas, kami jarang berjumpa. Tapi dia tetap girang apabila bertemu. Senyum sehabisnya dan meminta didukung. Kalau aku mendukungnya, aku suka berbual-bual ‘macam dia paham’. Dia pula seolah ‘mendengar macam paham’. Mungkin ‘bond’ datang dari situ kot.

Mungkin juga naluri ke’abah’an aku sejak 2 3 menjak ni semakin kuat kerana isteriku Ija disahkan mengandung 2 bulan. INsyallah , dengan kuasa Tuhan, tarikh jangkaan 4 Julai tahun depan. Walaupun ‘agak cepat’, tapi bakata Abahku ‘Nal dah due dah pun. Masa Abah umur Nal, abah dah ada 4 orang anak’, katanya ‘berlagak’. Hah.

Insyallah Hanzalah akan punyai sepupu sebelah ibu yang pertama. Yang sebelah ayah dah ramai dah. 2 pupu pun ramai giler. Teringat aku seminggu sebelum bernikah, aku ada bertanya pada Hanzo, adakah dia mahu sepupu tahun depan, dia memandangku lalu tersenyum girang, dan aku menganggap jawapannya ya, dan berjanji padanya.

Selepas ini, langkah Hanzo makin panjang. Takisah mana pun dia pergi, dia tetap ‘gubbouy’ yang ku kenali, sejak dilahirkan.


Tiada ulasan: