Sabtu, 15 Disember 2012

63 - Fokus pada penciptaan lagu

Dalam kesibukkan sebegini, saya biasanya mengambil masa sehingga 3 minggu untuk menyiapkan sebuah lagu. Minda sebelah kiri sebenarnya agak 'penat' memikirkan susunan lagu dan instrumentasi yang sesuai.


SongFactory


Saya mengidamkan waktu ketika saya menyusun lagu menggunakan keybord Yamaha ketika dulu. Sungguh mudah apabila menggunakan 'accompanied chords' pada latar belakang lagu.  Jadi saya boleh fokus pada perkara yang lebih penting - penciptaan melodi. Inilah kekuatan saya sebenar.

Saya terjumpa perisian ini, SongFactory dan berharga agak murah, USD59.99 sahaja. Berkemungkinan besar saya akan belinya. 'Sound'nya bukanlah yang terbaik, tapi 'simplicity' dan penggunaan yang 'intuitive' menarik minat saya.

Dari sini saya boleh bayangkan saya boleh menyiapkan sebuah demo dalam masa seminggu saja.


Fokus pada demo


Saya ada terfikir untuk menghentikan saja Sajakiri Vokal, dan fokus pada penghasilan demo saja. Bayangkan, beratus lagu ciptaan saya dalam soundcloud Sajakiri Music Library, hanya boleh didengari oleh mereka yang serius saja.


1,000 buah lagu


Saya mensasarkan terus untuk membuat demo sebanyak 1,000 buah lagu. Saya tidak perlu risau tentang susunan lagu. Hanya apabila ada mereka yang berminat, barulah saya serahkan pada arenjer untuk menyusun lagu. Inilah yang patut saya lakukan dari dulu. Mudah bukan?


Upah penyanyi lain


Bukan itu saja, malah saya berniat untuk mengupah penyanyi lain untuk menyanyikan demo saya. Baru kedengaran demo yang profesional.

Saya begitu teruja!






62 - Alokasi penulis jemputan : RM100 sebulan

Hasil dari entri sebelum ini, ia mengilhamkan saya untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk penulis jemputan. Tapi, perlukah? Untuk apa?


Penjenamaan.


Bayangkan jika laman sajakiri.com ditulis oleh mereka yang berpengaruh. Menarik, bukan?


Analisis. Pro dan kontra.

Pro

  • melonjakkan jenama Sajakiri Music - niat saya untuk mewujudkan majalah online yang informatif akan terlaksana.
  • boleh mewujudkan komuniti muzik yang sihat.
  • berpeluang mendapat projek muzik yang bagus.
  • jenama Sajakiri Music adalah jenama yang dihormati

Kontra
  • melibatkan tunai. Sekarang pun saya sudah menggunakan duit dari poket sendiri untuk SV. Tanggungan agak banyak.
  • tidak pasti adakah cara ini akan berjaya, kerana horizon masanya yang panjang.
  • mungkin ada cara lain yang lebih menjimatkan.

Nampak gayanya pronya melebihi kontranya. Insyallah saya akan mula implemen strategi ini bulan depan. Wah, sungguh teruja!



2013 dan seterusnya


Bermakna ada 3 projek besar untuk Sajakiri Music.
  • penganjuran Sajakiri Vokal
  • Penulis jemputan
  • fokus pada penerbitan muzik



Apa yang saya harapkan?


Seperti biasa, perasaan teruja saya melebihi segalanya. Sepertimana yang saya tulis tadi, saya ingin jadikan Sajakiri Music sebagai platform muzik yang informatif dan berguna kepada penggiat dan penggemar muzik di luar sana.

Memetik tulisan Jim Collins, "Siapa itu lebih penting dari Apa".


Email List

Atas dasar ini, baru jelas tujuan email list ini. Baru saya faham kepentingannya. Titik kabur sebelum ini telah bercantum.

Khamis, 13 Disember 2012

61 - Tanggungjawab sebagai komposer

Saya ketika ini belum lagi seorang komposer ternama. Walau itulah destinasi saya. Banyak lagi harus saya pelajari. Saya masih lagi mencuba untuk membuka Cubase SX setiap hari, walau sesibuk mana pun saya.

Nasib baik juga ada pertandingan Sajakiri - Vokal, memaksa saya untuk menyiapkan beberapa buah lagu baru sepanjang 3 bulan.

Saya sebenarnya seronok, atau lebih tepat syok sendiri dalam mencipta dan menyusun lagu sendiri.

Displin adalah sukar.

Mengekalkan displin adalah sukar, tidak semudah yang diperkatakan. Ramai orang cakap dia boleh buat sekali-sekala, tapi mereka yang membuat setiap hari adalah maestro sebenar.

Saya ingin menjadi komposer yang terkemuka dan berpengaruh bukan kerana imej dan nama semata, tapi kerana saya tahu saya boleh.

Tapi jauh di sudut hati saya, saya mahu melakukan lebih dari sekadar berkarya. Saya ingin mewujudkan institusi muzik. Buat permulaan, saya ingin mewujudkan majalah muzik secara online. Isu saya sekarang, bagaimana untuk mengupah penulis yang berkaliber.

Bagaimana untuk memujuk mereka untuk menulis di sajakiri.com? Bagaimana caranya?


Apa yang saya cari? Saya ingin mewujudkan majalah online muzik yang informatif, bukan sekadar hiburan semata. Sekurang-kurangnya satu pos baru setiap minggu.

Bagaimana ya? Bagaimana untuk menarik minat mereka menulis di sajakiri.com. Inilah soalan sebenar.






Isnin, 10 Disember 2012

60 - Tapi, bagaimana dengan produksi?

Dari segi jadual, pertandingan Sajakiri Vokal tidak mengganggu apa-apa dari segi produksi. Tapi untuk tahun 2013, saya ingin menawarkan setiap produksi pada harga istimewa, iaitu RM2,000 sebuah lagu.


Ada aktiviti lain, selain Sajakiri Vokal?

Rasa macam seronok pula menganjurkan, rasa macam nak buat sesuatu lagi. Apa yang orang mahu ya? - Sajakiri Bank?

Saya sukakan idea ini. Ini untuk memudahkan para klien meneliti penyata mereka secara online. Soalannya, bagaimana perlu saya buat, dan adakah ia perlu?


Sajakiri Interview : saya ingin teruskan yang ini.


Perubahan mindset

Saya mengalami anjakan paradigma sejak keluar dari wad, setelah ditahan 4 hari di situ. Di situ saya mengesan kesilapan saya, mindset yang salah kerana kurang pandai mengintrepetasi daripada mindset abah saya.

Abah saya seorang ahli korporat yang ekstrovert, yang pernah mendapat jutaan ringgit (dululah) dengan usaha yang bijak dan minima. Tiada apa salah di sini, melainkan cara saya memahaminya salah ;  saya tidak percaya pada delayed gratification, keuntungan harus datang cepat dan banyak, dan apa-apa selain ini adalah satu kekalahan.


Silap besar.


Mindset sebegini telah menyebabkan saya berasa rendah diri dan tidak berkebolehan.

Sekarang tidak lagi.

Displin dan bina jenama dahulu. Melalui pembacaan saya tentang entreprenuership, inilah fokus mereka.


Fikiran saya telah lama mengerti perkara ini, cuma sekarang hati saya memahaminya. Dunia ini luas. Segala jawapan ada di dalamnya, insyallah.

Ahad, 9 Disember 2012

59 - Sajakiri - Vokal Musim Kedua

Ketika ini saya sedang bersiap-siap untuk mengemaskini laman web Sajakiri - Vokal untuk musim kedua yang dijadualkan bermula 31 Disember ini. Ada 2 perubahan besar yang saya lakukan :

  1. bilangan lagu bertambah kali ini, sebanyak 19 buah lagu (sebelum ini hanya 8).
  2. hadiah saguhati untuk finalis dari tempat kedua hingga kelima dalam bentuk 'potongan' istimewa. Contoh, tempat kedua : single bernilai RM500, tempat ketiga : bernilai RM750, dan seterusnya.

Apa objektif saya kali ini?

Sepertimana musim pertama, saya tidak tahu apa jangkaan saya. Tapi saya begitu gembira kerana menemui penyanyi berbakat seperti Mamat untuk menyanyikan lagu ciptaan saya, Kau Tak Pernah Tahu.


Saya ingin terus berkarya

Untuk pertandingan ini, saya akan terus mahu berkarya sebaik mungkin untuk menarik minat peserta menyertainya. Seolah-olah saya membina sendiri dunia muzik saya. Kan cantik begitu.


Fokus pada penjenamaan

Kini nama Sajakiri Music telah sebanyak sedikit naik. Terimakasih pada pertandingan ini. Fokus pada jenama menyebabkan saya tidak tamak dan tidak kisah pada keuntungan, asalkan ia memberi kesan baik untuk jenama. Lebih mudah menerima 'rejection' gitu.


Pengalaman mengajar

Almaklumlah kali pertama menganjurkan, banyak kesilapan yang saya pelajari. Kini saya memperolehi keyakinan untuk menghadapi situasi tegang dengan tenang. Saya perlu lebih tegas.


2014 - Bagaimana?


Saya tidak pasti. Sebanyak 4 musim dijadualkan dalam setahun. Saya harus berdisplin dalam penghasilan muzik. Saya tidak pasti apa yang akan berlaku.


Adakah Sajakiri - Vokal ini akan menjadi agenda utama untuk Sajakiri Music?