Dalam kesibukkan sebegini, saya biasanya mengambil masa sehingga 3 minggu untuk menyiapkan sebuah lagu. Minda sebelah kiri sebenarnya agak 'penat' memikirkan susunan lagu dan instrumentasi yang sesuai.
SongFactory
Saya mengidamkan waktu ketika saya menyusun lagu menggunakan keybord Yamaha ketika dulu. Sungguh mudah apabila menggunakan 'accompanied chords' pada latar belakang lagu. Jadi saya boleh fokus pada perkara yang lebih penting - penciptaan melodi. Inilah kekuatan saya sebenar.
Saya terjumpa perisian ini, SongFactory dan berharga agak murah, USD59.99 sahaja. Berkemungkinan besar saya akan belinya. 'Sound'nya bukanlah yang terbaik, tapi 'simplicity' dan penggunaan yang 'intuitive' menarik minat saya.
Dari sini saya boleh bayangkan saya boleh menyiapkan sebuah demo dalam masa seminggu saja.
Fokus pada demo
Saya ada terfikir untuk menghentikan saja Sajakiri Vokal, dan fokus pada penghasilan demo saja. Bayangkan, beratus lagu ciptaan saya dalam soundcloud Sajakiri Music Library, hanya boleh didengari oleh mereka yang serius saja.
1,000 buah lagu
Saya mensasarkan terus untuk membuat demo sebanyak 1,000 buah lagu. Saya tidak perlu risau tentang susunan lagu. Hanya apabila ada mereka yang berminat, barulah saya serahkan pada arenjer untuk menyusun lagu. Inilah yang patut saya lakukan dari dulu. Mudah bukan?
Upah penyanyi lain
Bukan itu saja, malah saya berniat untuk mengupah penyanyi lain untuk menyanyikan demo saya. Baru kedengaran demo yang profesional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan