Jumaat, 2 September 2011

Raya Kali Ini

Makin lama kelamaan raya dirasakan biasa saja. Sekadar boleh makan di siang hari. Dipenuhi oleh generasi baru, anak-anak sepupu yang memenuhi rumah di kampung. Suasana memang meriah dengan mereka. Dan aku mula dipanggil sebagai Pak Ngah Nal, menggantikan Abang Nal.

Atok ku yang berusia 90 tahun juga kurang sihat dan kelihatan lesu. Aku doakan yang terbaik untuknya. Sekarang dia sudah ada 13 cicit kalau tak silap. Alhamdulillah. Kita pun entah kan sempat melihat cucu sendiri, apatah lagi cicit.

Insyallah tahun ini tahun terakhir aku beraya bujang. Aku sememangnya malas (manja), dan memerlukan seseorang untuk menguruskan 'fesyen' ku, kerana aku memakai baju raya 5 tahun lepas haha.

Di TV, juga hilang seri kerana tiada lagi iklan Petronas karya Yasmin Ahmad. Kebiasaanya semua orang menunggu, dan merasa sayu di malam raya melihatkan iklan tersebut. Tidak pernah menghampakan. Tiada lagi iklan yang sehebat karya beliau setakat ini.

Ini juga raya pertama ibuku menyambut raya sebagai nenek. Hanzalah aka 'Gubboy ke' juga pertama kali menyambut raya. Aku juga punya gol sendiri, iaitu memastikan Hanzalah ada sepupu sendiri untuk raya tahun depan haha!

Gubboy : Tuk Enggal cakap rupa nenek. Ye ke?

Raya kali ini juga aku sibuk memberikan kad undangan pada saudara-mara yang hadir ke rumah atukku.  Ada juga yang terkejut kerana menyangka aku sudah berkahwin haish.

Juga yang tidak mungkin aku lupakan, aku menerima sms istimewa daripada seseorang , beberapa jam sebelum beliau 'pergi'.

Nantilah aku cerita.

Isnin, 29 Ogos 2011

Perasmian sajakiri.com



Setelah 'beta-testing' selama hampir 8 bulan, kini saya dengan bersemangatnya merasmikan sajakiri.com. Yeah! Sudah berpuluh WP Theme, pelbagai stail dan gaya website, akhirnya saya memilih Theme  Fadelicious ciptaan Elemis ini. Agak mengejutkan juga, kerana Sajakiri disinonimkan dengan warna hitam dan kompleks, tapi kali ini, hanya design yang ringkas menjadi pilihan. Kenapa ya?

Saya mementingkan keselesaan (mata) pengunjung website (mungkin terpengaruh dengan MajalahNiaga.com), daripada sekadar design syok sendiri yang komplikated (tapi tiada pengunjung) seperti sebelum ini. 

Penghargaan istimewa kepada saudara Cpol Roni, yang bertungkus-lumus membantu saya membina laman web ini, secara online dari Perlis. Terimakasih bro.

Satu perubahan besar kepada sajakiri.com adalah penulisan blog. Kini saya bercita-cita untuk mewujudkan Majalah Sajakiri. Saya yang sebelum ini agak malas untuk menulis, kini suka menulis sejak wujudnya blog peribadi saya www.zainalzulia.com.

Usah khuatir, penciptaan muzik masih menjadi keutamaan. Tujuan muzik adalah untuk menginspirasi. Sama seperti penulisan blog di sajakiri.com, adalah untuk menginspirasi jua. Ia lebih sekadar dari sekadar journal harian, ia adalah tentang 'wisdom learning' yang sedang saya pelajari dalam hidup ini. 

Saya terpengaruh dengan perhimpunan TED (Technology, Entertainment and Design) di US, dimana pakar-pakar seperti saintis, inventor, researcher, creator berkongsi ilmu dan hasil kajian/pengalaman mereka dengan sekumpulan orang yang meminati bidang ilmu tersebut. Mungkin sajakiri.com masih jauh lagi, tapi di situlah direction kami. Kami berharap 'pakar-pakar' sudi menjadi penulis jemputan di sajakiri.com berkongsi ilmu dan membawa crowd yang tersendiri. Sebelum pentas dan dewan fizikal wujud atas tujuan ini, Insyallah. Amin.

Terimakasih yang menyokong Sajakiri dari awal lagu, Kami berjanji akan mengeluarkan karya-karya yang lebih berbisa lagi Terimalah hadiah seni dan ilmu yang tidak seberapa dari kami ini.

""You make a living by what you GET. You make a life by what you give."

Ahad, 28 Ogos 2011

Sajakiri : Service

Jika anda seorang a)Penyanyi atau b)Penerbit yang inginkan lagu baru untuk dirakam, sila lihat Composition-Demo, atau request lagu baru. Kebiasaanya kita akan bertemu dahulu supaya saya lebih memahami tujuan, kehendak dan minat anda, sebelum apa-apa proses dimulakan. 

Dari segi kos penerbitan, ia boleh menelan belanja sekitar RM3,000 ke RM8,000 sesebuah lagu, bergantung kepada pemuzik dan studio. 

Kami tidak boleh menjanjikan lagu 'hit', tapi kami akan mencuba sedaya upaya memahami tujuan, kehendak dan minat anda supaya anda boleh mencapai kepuasan dalam berkarya. Kami juga selektif terhadap pelanggan, hanya yang serius dan komited sahaja akan diberi perhatian.

Penerbitan lagu
Terdapat 5 proses dalam penerbitan lagu:

  1. Composition : pemilihan lagu yang berkenaan, sama ada lagu demo yang sudah sedia ada, atau lagu baru  akan dicipta di peringkat ini.
  2. Arrangement : sesudah confirm lagunya, deposit minimum (sekitar RM300) akan dicaj sebagai kos 'arangement'. Di sini, 'blueprint' sebuah lagu akan dibentuk. ie genre, tempo, key. Dan juga perancangan pemilihan pemuzik dan studio akan dibincangkan di sini. Juga proposal rasmi akan dikeluarkan.
  3. Recording : pembayaran 50% akan dikenakan di sini untuk tujuan pembayaran studio. Dan segala proses rakaman dijalankan di sini, tidak akan berhenti sehinggalah semua pihak berpuas hati atas hasilnya.
  4. Mixing : lagu diadun di sini. Jika ini projek lagu single, proses berakhir di sini.
  5. Mastering : jika tujuan rakaman album penuh, proses ini akan dijalankan, untuk mencapai sound yang seragam diantara semua lagu.
Anda boleh request jika mahukan pemuzik pilihan anda sendiri. Dari segi studio rakaman, kami biasanya akan bekerja di 
  • Studio 2105 (milik JD Pop Shuvit), untuk rakaman live instrument
  • atau Rafikonsep (milik Rafik), untuk rakaman muzik elektronik
Kedua-duanya terletak di Taman Tun Dr Ismail, KL. Dan anda juga boleh request jika mahu menggunakan studio berlainan.