Jika anda seorang a)Penyanyi atau b)Penerbit yang inginkan lagu baru untuk dirakam, sila lihat Composition-Demo, atau request lagu baru. Kebiasaanya kita akan bertemu dahulu supaya saya lebih memahami tujuan, kehendak dan minat anda, sebelum apa-apa proses dimulakan.
Dari segi kos penerbitan, ia boleh menelan belanja sekitar RM3,000 ke RM8,000 sesebuah lagu, bergantung kepada pemuzik dan studio.
Kami tidak boleh menjanjikan lagu 'hit', tapi kami akan mencuba sedaya upaya memahami tujuan, kehendak dan minat anda supaya anda boleh mencapai kepuasan dalam berkarya. Kami juga selektif terhadap pelanggan, hanya yang serius dan komited sahaja akan diberi perhatian.
Penerbitan lagu
Terdapat 5 proses dalam penerbitan lagu:
- Composition : pemilihan lagu yang berkenaan, sama ada lagu demo yang sudah sedia ada, atau lagu baru akan dicipta di peringkat ini.
- Arrangement : sesudah confirm lagunya, deposit minimum (sekitar RM300) akan dicaj sebagai kos 'arangement'. Di sini, 'blueprint' sebuah lagu akan dibentuk. ie genre, tempo, key. Dan juga perancangan pemilihan pemuzik dan studio akan dibincangkan di sini. Juga proposal rasmi akan dikeluarkan.
- Recording : pembayaran 50% akan dikenakan di sini untuk tujuan pembayaran studio. Dan segala proses rakaman dijalankan di sini, tidak akan berhenti sehinggalah semua pihak berpuas hati atas hasilnya.
- Mixing : lagu diadun di sini. Jika ini projek lagu single, proses berakhir di sini.
- Mastering : jika tujuan rakaman album penuh, proses ini akan dijalankan, untuk mencapai sound yang seragam diantara semua lagu.
Anda boleh request jika mahukan pemuzik pilihan anda sendiri. Dari segi studio rakaman, kami biasanya akan bekerja di
- Studio 2105 (milik JD Pop Shuvit), untuk rakaman live instrument
- atau Rafikonsep (milik Rafik), untuk rakaman muzik elektronik
Kedua-duanya terletak di Taman Tun Dr Ismail, KL. Dan anda juga boleh request jika mahu menggunakan studio berlainan.
Sumber : http://sajakiri.com/service/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan