Jumaat, 21 Disember 2012

74 - Bagaimana Jika Saya Teruskan Jua?

Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini. Adakah kerana saya terlalu berhati-hati?

Atau pun kurang keyakinan diri?

Eksklusif dan Dunia ini Luas?

Atau mungkin saya takut dengan bayang sendiri?

Jika saya teruskan juga, apa risikonya pada saya?

Saya berhajat untuk menerbitkan sehingga 1,000 buah lagu. Tapi takkanlah caj lagu saya yang ke-1,000 adalah RM100,000? Tidak masuk akal. Saya berasakan perlunya ada mekanisme penurunan. Bagaimana?


Saya baru selesai perkiraan ini, iaitu penambahan RM50 (sebelum ini RM100). Hasilnya, ia lebih logikal. Contoh, selepas 100 buah lagu, caj saya adalah RM5,050 (sebelum ini RM10,000). Walaupun kenaikkannya jauh lebih perlahan (separuh daripada sebelum ini), saya merasakan 'lebih tenang' kerana gembira kerana boleh mencipta lagu lebih banyak dengan harga yang berpatutan.


Tapi pada pemikiran kedua, selang 3 jam dari tadi, tiba2 jelas.

Bagus juga jika saya mengambil +100. Mengapa ya?


  • Kerana ianya lebih abundance. Saya berasa malas untuk berfikir jauh sangat. Buat dulu idea ini, tengok apa yang jadi.
  • Ekpetasi tinggi adalah lebih baik daripada ekspetasi yang rendah.
  • Lebih mudah dikira, sebagai contoh projek yang ke 17 adalah bernilai RM1700.
  • Saya boleh beri yang terbaik untuk klien; mixing bersama JD, dan video.
  • Saya jauh lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi.
  • Saya boleh membentuk kelab eksklusif/elit.
  • Boleh memikirkan tentang kemungkinan antrabangsa, kerana satu hari nanti harga saya akan menjadi sangat tinggi, insyallah.


"Rock N Roll is all about possibilities", Lars Ulrich



Khamis, 20 Disember 2012

73 - Apa Harapan Saya?

Walaupun saya suka bekerja berseorangan (maverick), tapi sudah sampai masanya saya berkolaborasi. Bukan itu saja, saya juga harus mempunyai pendapatan. Sampai bila nak buat kerja percuma kan.

Katakanlah setahun 10 projek. Lagu sendiri. Kalau 5 tahun, 50 projek. Berapa harga saya?

Tn = a + (n-1)d
T50 = 100 + (49)(100) = RM5,000

Jumlah pendapatan saya = 25(100+5000) = RM127,500. Atau RM25,500 setahun. Masuk akal ke?

Tokoh temuramah =  6 x 5 = 30 orang. Ada impak ke?



Selepas seharian (24 jam berfikir), saya mendapat idea tentang Sajakiri Elit dan Sajakiri Klien. Tapi sebelum itu, apa yang membingungkan saya sehingga seharian berfikir?


Tidak fleksibel

Ini isu besar, bukan buat masa sekarang, tapi pada masa depan. Takkanlah klien yang 100, saya nak caj RM10,000? Gila ke apa?


Apa yang harus saya lakukan?

Teruskan?

Saya akui berasa sedikit kurang selesa dan kurang berkeyakinan. Ada juga secebis rasa ingin teruskan. Dimana saya boleh membentuk 'cult-follower', semacam pengikut Apple, dimana orang ingin merakamkan lagu ciptaan saya semata-mata ingin sertai barisan Sajakiri Elit ini.

Bukan itu saja, cara ini memaksa saya untuk ke peringkat antarabangsa (kerana caj saya yang menjadi terlalu mahal untuk tempatan). Ini kerana saya mahu berkongsi lagu ciptaan saya, bukan hanya mahukan duit semata-mata. Inilah konflik dalaman saya.

Saya sukakan idea ini. Tapi ketidak fleksibilitinya menyebabkan saya terus memikirkannya. Perlukah saya teruskan?

72 - Bagaimana Jika Saya Berjaya?

Ini mungkin soalan pelik. Tapi penting. Saya boleh bersedia jika ia tidak berjaya, maksudnya saya boleh kekalkan displin yang ada.

Yang saya khuatiri jika lambakan klien yang ramai, dan saya gagal mengawalnya. Apa yang harus saya lakukan?

Buat TimeFrame.
2 minggu kepada satu klien. Berikan jadual berkala ini kepada klien juga, agar mereka memahami dan bersedia. Alhamdulillah. Saya juga tidak perlu bersepah, kerana harus buat demo baru dan Sajakiri Interview juga.



Kekerapan Sajakiri Interview


Sebelum ini saya bercadang membuatnya sebulan sekali. Tapi kali ini saya berfikir, perlu ke?

Ini kerana, insyallah saya tiada masalah dari segi promosi (kerana servis harga interaktif ini). Jadi, bagaimana?

Jauh di sudut hati saya, saya masih ingin belajar dari mereka ini. Mungkin boleh jarakkan, jadikan temuramah ini sekali dalam masa 2 bulan, ataupun sekali dalam 8 minggu/4 pos ke.



Perancangan Blog Post


Ini penting, kerana ia seperti 'newsletter' berkala untuk masyarakat. Cadangan saya, kemaskini 2 minggu sekali. Tidak terlalu kerap, tidak terlalu jarang.

Contoh

  • Minggu 2 : Bebas
  • Minggu 4 : Bebas
  • Minggu 6 : Interview
  • Minggu 8 : Bebas
Dan ulang secara loop. Bebas di sini bermaksud pos mengenai samada mengenai projek, ataupun jika tiada mengenai tips.



Rutin Saya (Tetap)

  • Minggu 1 : demo 1
  • Minggu 2 : demo 2/blog post
  • Minggu 3 : demo 3/temuramah
  • Minggu 4 : demo 4/blogpost
  • Minggu 5 : demo 5
  • Minggu 6 : demo 6/blogpost Sajakirinteriview
  • Minggu 7 : demo 7
  • Minggu 8 : demo 8/blogpost

Pada masa yang sama, saya boleh gantikan aktiviti demo saya dengan projek klien, jika terlalu sibuk. Saya masih berniat untuk menghadiahkan RM100 kepada tokoh yang ditemuramah.




Rabu, 19 Disember 2012

71 - Idea Untuk Servis Interaktif

Untuk Lagu Ciptaan Sajakiri


  1. Pilih salah satu lagu
  2. Muat-turun Minus One
  3. Suruh mereka hantar rakaman vokal mereka untuk penilaian
  4. Jika berjaya, suruh mereka deposit minimum RM500


Untuk Bukan lagu Ciptaan Sajakiri

  1. Suruh mereka upload/beri link lagu ciptaan dan nyanyian demo mereka
  2. Jika berjaya, suruh mereka deposit minimum RM500 juga


Itu saja? Nampak seperti mudah. Ada apa-apa isu lagi tak?

  1. Masa
    Bagaimana jika bertubi-tubi orang datang? Almaklumlah murah kan. Saya rasa tidak ada masalah. Jadualkan saja mereka. Mereka tetap kena deposit terlebih dahulu kan.


  2. Key berlainan : saya tiada pilihan lain selain mengubahnya

  3. Bagaimana jika klien yang ke-50, harga saya RM5,000. Tidak banyak sangat ke?
    Erm. Idea ini sama jika harga saya RM500, tapi klien mampu membayar RM3,000? Ada isu fleksibiliti di sini. Cuma saya berasa klien bebas membayar 'berapa' saja di belakang mengikut budi bicara, tapi bagi saya, harga hanya akan naik RM100 selepasnya


Lagipun saya merasa seronok melihat perkembangannya.



Servis yang akan saya tawarkan:

  1. Arejment (lagu ciptaan saya, saya sendiri yang susun. Lagu ciptaan klien, mereka sendiri, atau upah arenjer lain.
  2. rakaman vokal
  3. mixing
  4. video klip ringkas dalam studio (oleh Zouhri Zoul)

Setiap lagu ciptaan diberi lesen setahun (3 tahun diapdet) untuk penyanyi memasarkannya.

Saya akui, saya ada terasa keliru sebentar. Cuba untuk menelan idea pelik sebegini.

70 - Harga Interaktif

Pada entri yang lepas, saya mendapat idea untuk tidak memberi harga servis yang tetap. Bermakna ia berubah mengikut bilangan projek yang dihabiskan. Dalam AddMath, ia disebut sebagai Arithmetic Progression, atau janjang aritmetik.



Idea sekarang


Untuk lagu ciptaan saya, saya bermula serendah RM100. Sepertimana Mamat akan membayar saya RM100 kepada saya sebagaimana tajaannya, dimana dia memanangi SVM1 dengan lagu Kau Tak Pernah Tahu.

Untuk bukan lagu ciptaan saya, saya boleh bermula dengan harga RM2,000 sepertimana dipersetujui oleh Lynnzay dengan lagu ciptaannya Selalu Ada.

Setiap projek baru, ada penambahan RM100. Bagus ke idea ini?


Saya harus meminimakan overhead saya (harus rahsiakan di sini).


Tapi, tiada penurunan ke?

Itu saya fikirkan juga. Contoh jika tiada klien dalam sebulan, harga turun RM100 ke. Tapi oleh kerana saya bermula dengan harga yang sangat rendah, iaitu RM100, jadi saya rasa tidak perlu penurunan. Suka hati sayalah kan.



Implikasinya


Pada saya
Bayaran yang terlalu rendah buat permulaan. Tapi ia sebahagian daripada kos promosi saya juga. Harga akan selari dengan pengalaman dan kredibiliti saya.

Pada klien
Akan menarik minat mereka untuk membuat projek bersama saya dengan kadar segera. Lama kelamaan, kredibiliti saya akan naik, dan menarik minat klien yang lebih tinggi profilnya.


Secara peribadi, saya merasakan ini adil. Diantara saya dan masyarakat di luar sana, insyallah.





Selasa, 18 Disember 2012

69 - Apa Kaitannya?

Saya mengharapkan agar Sajakiri Interview akan membantu menaikkan kredibiliti Sajakiri Music, dan seterusnya membantu saya memperolehi projek. Tapi, adakah ia akan membantu?

Tiada siapa boleh tahu.

Nota tepi : saya bercadang untuk menghadiahkan RM100 kepada tokoh muzik yang bakal saya temuramah, sebagai tanda menghargai masa mereka.

Walaubagaimanapun, saya tidak boleh mengharapkan 100% dari cara ini untuk membantu promosi servis saya. Jadi, bagaimana?


Pakej Servis

Saya baru menjumpai WP plugin Price Table ini. Masih bereksperimen untuk meletakkan harga yang sesuai. Pening juga ya. Sehinggakan saya punyai idea untuk meletakkan harga interaktif, iaitu harga berubah mengikut bilangan servis.

Contoh, jika saya meletakkan harga permulaan RM1,000, klien pertama akan mendapat harga RM1,000. Klien kedua RM1,100, klien ketiga RM1,200 dan seterusnya. Cool bukan?


Saya masih lagi memikirkannya.

Untuk lagu ciptaan Sajakiri Music, harga asas adalah RM1,000. Dan untuk lagu bukan ciptaan Sajakiri, adalah RM2,000. Ini untuk menggalakkan klien memilih lagu ciptaan saya.



Relevannya cara ini


Ini kerana saya merasakan yang saya harus mula dari bawah. Selepas projek saya sudah siap, barulah ia akan tersebar. Anggaplah ini kos promosi saya.



Naik saja ke, tidak menurun?


Erm, saya tidak pasti lagi. Kerana ini idea baru. Mungkin pada entri seterusnya.

Terbukti saya seorang yang kreatif dan maverick ya.


68 - Fikir Besar, kata Donald Trump

Terimakasih kepada artikel ini. Penemuannya tepat di masa saya perlukannya.

Niat saya sebelum ini hanya menawarkan satu servis (kerana konon memudahkan pelanggan membuat pilihan), tapi kajian dalam artikel ini tersebut mencadangkan maksimum 3 pilihan. Mengapa?

Kerana menurutnya, akan ada orang yang AKAN membeli pada harga yang maksimum. Sila baca untuk lebih terperinci.


Apa maksudnya untuk saya?


Saya masih tidak pasti dengan harganya, tapi membuat pakej adalah pasti.


  • Pakej 1 : RM3,000
  • Pakej 2 : RM5,000
  • Pakej 3 : RM7,000
Ini sebagai contoh saja.


Apa impak untuk saya?

  1. Saya lebih berkeyakinan. Seolah-olah lebih menghormati diri-sendiri. Lebih berani untuk menemuramah tokoh muzik tempatan.
  2. Saya tidak gentar menerima kekalahan (memikirkan tiada siapa yang mahu), kerana fokus saya adalah 'siapa yang mahu'. Fokus kepada kemenangan adalah lebih besar.
  3. Saya lebih bersemangat untuk menyediakan Landing Page terbaik, iaitu lebih bersemangat untuk menyambut kemenangan.
  4. Saya merasakan saya adalah komposer profesional.
  5. Ia semeestinya lebih menyeronokkan!
Saya akui saya perlukan sedikit masa untuk menelan semua ini. Sebahagian daripada mindset saya masih sukar terima.

Yang peliknya, ketakutan untuk kalah tadi masih ada, tapi makin mengecil kerana ruang untuk menang adalah lebih besar. Alhamdulillah, saya tahu perjalanan masih jauh, tapi saya bersyukur atas idea ini.

Bolehlah menjemput penyanyi upahan seperti Muhsin untuk menyampaikan demo.



67 - Pengstrukturan Semula

Portfolio
Hanya tonjolkan kerja siap sahaja. Arranged Demo tidak perlu. Sama seperti di Soundcloud, Finalised dan Arranged Demo saja dipablikkan. Selainnya, adalah privacy setting.


Soundcloud
Buat Set :  Finalied, Arranged Demo, Interview sahaja dipablikkan. Rough Demo dan selebihnya diprivatekan. Privacy di sini hanya untuk mereka yang mendaftarkan email saja. Dan segala minus one tidak perlu dimuat-naik lagi. Hanya jika dipinta sahaja.



Blog
Hanya kemaskini sekali dalam masa 2 minggu. Satu untuk SajakirInterview, dan satu lagi bebas, diantara tips dan berita.



Stop Doing List

  • Sajakiri Vokal diberhentikan untuk sementara
  • TIDAK prodius lagu ciptaan orang lain (syorkan kepada produser lain jika perlu)
  • Tidak perlu buat arenjem demo yang komplikated


Idea Untuk Landing Page
  1. Grafik yang menarik
  2. 3 pilihan
  3. Tangkap email
  4. flow yang menarik
  5. mungkin upah copywriter

Apa matlamat saya?

"Mendapat SATU projek setiap bulan".

Itu saja.


Setahun dari sekarang. Bayangkan.

12 temuramah. 80 buah demo. Adakah ini yang saya mahukan? Bagaimana jika saya tidak mencapai matlamat saya?

Untuk kaunter itu, bagaimana jika saya naikkan harga membuat pakej RM3,000, RM5,000 dan RM7,000? Yelah, alang2 takut tiada orang yang nak, baik caj sebegini. Ada berani?

Ini merangsangkan saya supaya lebih berdisplin dan lebih berkeyakinan. Saya masih memerlukan masa untuk memikirkannya.

Ke entri berikutnya.

Isnin, 17 Disember 2012

66 - Mengapa Simplify

Syarikat seperti Twitter, Youtube dan Instagram dibeli dengan harga berbilion dolar kerana servis mereka yang sangat ringkas dan fokus. Dari sinilah saya mendapat idea ini.


Perancangan saya


Terimakasih kepada Songfactory, kini saya boleh membuat demo dengan cara mudah dan efektif. Hanya sejam diperlukan untuk menyusun secara asas, dan sejam lagi untuk rakaman melodi vokal. Secara teknikalnya saya boleh siapkan demo dalam masa 2 jam sahaja.

Tapi saya tidak mahu terlalu gopoh. Gol saya adalah SEBUAH demo setiap minggu.

Ini akan memberi saya ruang untuk melakukan Sajakiri Interview (mengambil masa sehari untuk menemuramah) dan melakukan edit (untuk beberapa jam). Secara teknikalnya, saya boleh melakukan temuramah 2 kali sebulan. 

Tapi saya tidak mahu terlalu gopoh. Cukup dengan hanya SATU sebulan.

Masa selebihnya?

Entahlah. Saya belum fikirkan lagi. Mungkin mendengar kaset lama yang menyimpan puluhan lagu ciptaan saya sejak remaja lagi, atau mungkin berusaha mencipta lagu baru. Atau mungkin memasarkan laman saya di sana sini.

2 aktiviti ini, cukupkah?


Perkara yang harus saya lakukan:


  1. Landing Page yang kelihatan profesional dan meyakinkan. Dari sini saya harus mengumpul email sebanyak mungkin.
  2. mengambil storej premium dalam Soundcloud untuk 12 jam, kerana mahu masukkan segala temuramah, demo serta kerja siap di dalamnya. Semua didalamnya. Organised.


Mengapa saya suka idea ini.


Kerana ianya ringkas, dan saya dapat menonjolkan kepada dunia luar yang saya ini komposer, dan suka berkongsi ilmu. Insyallah.



65 - Simplify

Seharian ini saya berfikir bagaimana untuk mempermudahkan aktiviti Sajakiri Music supaya lebih fokus dan efektif. Ini idea saya. Fokus kepada 2 aktiviti ini:

  1. menerbitkan lagu ciptaan saya SAHAJA
  2. Sajakiri Interview sebulan sekali

Saya tidak pasti adakah ini benar-benar efektif. Bayangkan. Di laman sajakiri.com, saya hanya letakkan temuramah saya bersama tokoh muzik tempatan, dan pada masa yang sama, jemputan untuk merakamkan lagu ciptaan saya kepada pelawat. Adakah ini satu idea yang baik?

Atau, soalan yang lebih penting ; dapatkah saya mendapat projek muzik, dan seterusnya menjana pendapatan (dari penerbitan muzik) dari laman ini. Ini soalan sebenar.

Ini sukar dijawap dari perspektif sekarang. Saya sekadar mendapat 'clarity' sebegini selepas pembelian perisian Songfactory, dan 5 mengapa dari entri sebelum ini.

  1. SajakirInterview :
    - dapat menjalin hubungan sebenar (bukan sekadar online) dengan menemuramah mereka.
    - dapat belajar dan menerima panduan mereka secara langsung.
    - membina kredibiliti Sajakiri Music sebagai platform pembelajaran.
    Dari sini, saya boleh memandu/menarik pelawat ke servis penerbitan muzik saya.

  2. Hanya lagu ciptaan saya saja
    - berharga RM2,579.
    - ratusan demo (kerana kerja saya dipermudahkan oleh Songfactory). Jadi mereka boleh memilih lagu dengan serius.
    - kemudahan ansuran : deposit RM500, bulanan serendah RM250.


Hanya akitiviti ini saja. Entahlah. Sukar saya meramalkan keberkesanannya.

It's just feel right.

Ahad, 16 Disember 2012

64 - Baiklah, saya sudah memiliki Songfactory, sekarang apa?

Saya mengalami anjakan paradigma sekarang. Saya meneliti kembali prioriti saya. Apa yang benar-benar saya mahukan?

Songfactory adalah perisian muzik yang sangat berguna untuk pencipta lagu yang malas semacam saya. Malas di sini bermaksud malas menyusun lagu. Hanya masukkan beberapa kords, tentukan temponya, dan rakam melodi/suara. Itu saja. Mudah dan ringkas. Satu lagu boleh siap dalam beberapa jam saja, versi previu demo lah.

Jadi ke mana saya selepas ini? Saya sendiri kurang pasti. Ada beberapa kemungkinan yang masih lagi saya fikir kan :

  1. bubarkan Sajakiri Vokal, atau kurangkan kekerapannya dalam masa setahun.
  2. upah penyanyi lain menyanyikan demo tersebut, supaya tetap kedengaran profesional dan sedap walaupun ringkas.
  3. membina Landing Page yang nampak profesional.
  4. mensasarkan ratusan lagu demo dalam Sajakiri Music Library.
  5. teruskan Sajakiri Interview tokoh muzik tempatan, untuk membina rangkaian, kredibiliti dan jenama Sajakiri Music


5 Mengapa


Apa yang saya mahukan?

Saya mahu kontribut karya seni saya dan berkongsi pengetahuan kepada masyarakat di luar sana.

Mengapa?

Kerana penciptaan muzik adalah bakat dan minat saya yang mendalam.

Mengapa?

Supaya saya bisa berkarya sepenuh masa, dan menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.

Mengapa?

Supaya saya bergembira kerana dapat berkarya, kontribut dan pada masa yang sama dapat meluangkan lebih masa bersama famili.

Mengapa?

Saya percaya saya seorang yang kreatif dan berkebolehan.

Mengapa?

Kerana saya mahu 'life live to the fullest' dengan memaksimukan potensi saya, insyallah.