Khamis, 26 Februari 2009

9th : Please vote our song 'Darah' by TuLanG at http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp.


I want to be somebody in music.

I donno how great I want to be. Im just want to be someone essential in music industry.

And this all just beginning
.



Jatuh Cinta
Aku akui aku seorang yang sukar jatuh cinta. Aku mudah suka atau sayang seseorang. Tapi mencintai seseorang adalah berbeza.

Di usia begini, aku mengerti, bahawa cinta adalah satu proses. Bukan sekadar ‘feeling at the moment’ semata.

Aku akui aku belum sampai ke peringkat itu lagi.

Seumur hidup aku, serasa aku jatuh cinta hanya sekali saja.

Oleh itu aku umpama ‘kaktus di padang pasir’ menanti cinta ideal.

Baru kini aku mengerti – aku takkan temui.

Tanpa proses itu.



Perancangan masa depan I
Aku rasa aku sudah punyai kabel yang kuat dalam dunia muzik. Housemate ku Ahmad Fedtri Yahya. Penulis lirik dan host MHI yang berjaya. Aku boleh menumpukan perhatian kepada penciptaan lagu, terutamanya Pop, dan Fedtri sebagai penulis lirik.

Aku ingin menjadi the most sought-after produser/komposer di Malaysia.

Dan TuLanG adalah luahan sebenarku.

Amin



Perancangan masa depan II
Aku in the midst untuk membeli rumah. Mungkin apartment. Selewat-lewatnya awal tahun depan. Namaku clear di Sicriss. Aku perlukan tunjukkan konsistensi dalam aliran masuk di akaun bank ku.

Ini kerana aku tidak punyai slip gaji.



Latin
Aku mula berangan untuk menubuhkan Latin band.

Idea penubuhan ia sangat mengembirakan aku.

Jaja sebagai bassist, Wahid sebagai drummer dan aku sebagai pemain gitar bertali nylon cukup mengujakan.

Ehm. Buat masa sekarang ia hanya wujud di anganku.