Rabu, 7 September 2011

Dina (Part 5)

2010
Tahun ini paling seronok bagiku kerana akhirnya akan ajar Add Math kepada Dina ! Baru 'challenging' sikit. Berbanding matematik PMR sebelum ini. Dina juga sangat sukakan Add Math, dan cabaran yang ada dalam subjek ini.

Keadaan masih sama seperti tahun sebelumya; masih lagi saspen, Dina masih menjalani chemo, berulang-alik hospital dan sekolah, tapi masih menduduki ranking antara yang terbaik di sekolahnya, walaupun rasanya lebih banyak hari tidak ke sekolah. Tapi lebih menggembirakan Dina pernah dapat 90+ untuk Add Mathnya, kalau tak silap.

2011
Pada awal tahun ini, Dina dikhabarkan akan menjalani chemo terakhir, dan tumor kansernya semakin mengecil dan menghilang. Cuma ada perpindahan 'bone marrow' dari abangnya Imran. Aku tak berapa faham, tapi ianya petanda baik untuk kesihatan Dina.

"Imran's Gift of
 Love ♥" kata Pn Ida

Pada tahun ini juga Dina kerap ke sekolah, kelihatan paling sihat, dan rambutnya paling lebat. Semua orang bersyukur dan optimis tentang kesihatannya. Alhamdulillah.

Disamping belajar, Dina juga sedang berseronok membuat projek seni sekolahnya, dan menunjukkan kepadaku. Begitu ghairah (passionate) sekali. Agak jarang sebenarnya menemui orang yang boleh menguasai kedua-dua belah otak dengan cemerlang; pemikiran logik dan kreativiti. Tapi Dina boleh.

Juga aku tak lupa bagaimana dia memayungi aku ketika ke kereta tika hujan, habis saja kelas. Manis. Sungguh baik dia.

Kelas terakhir aku bersamanya adalah pada 9 Julai (pada hari perhimpunan Bersih). Dan ketika ini Dina kelihatan sungguh aktif dan sihat sekali. Tiada tanda sakit langsung. Kami buat revisi Form 4. 

Dina begitu bersemangat untuk mengambil Percubaan SPMnya (baca blog post nya yang terakhir ini). Pada pertengahan Ogos, ketika bersemangat untuk mengambil peperiksaannya itu, Dina menghadapi Jaundice. Kulit dan mata putihnya menjadi kekuningan. Apa yang aku dengar, itu petanda awal buah pinggang dan hatinya, tidak berfungsi lagi.

Tapi dia masih positif untuk mengambil peperiksaannya itu. Malah juga bersemangat untuk ke Majlis Perkahwinan ku pada Oktober kelak. Sungguh mengharukan.


Dina diletakkan pada ventilator selama hampir 20 jam, sebelum menghembus nafas terakhir pada 1234 tengahari pada 31 Ogos 2011. Setelah 4 tahun berjuang, setelah hanya dikatakan hanya ada 3 bulan sahaja.

Sungguh kuat gadis kecil ini.

Alfatihah.

bersambung...outro.

2 ulasan:

Master Yoda berkata...

Al-Fatihah...

Untung nal ko dpt mengajar si arwah...

Gua harap dpt bertemu dgn arwah di mana2 syurga ALLAH kelak, amin...

Zainal Zulia berkata...

Insyallah bro...wa doakan lu..