Selasa, 6 September 2011

Dina (Part4)

2008
Pada tahun ini Dina selalu di bawa ke SDMC (Subang Jaya) untuk rawatan chemo. Perubahan fizikal pada terjadi tubuh Dina : keguguran rambut, kening, serta berat badan yang pasang surut. Aku difahamkan oleh Pn Anita, Dina hanya ada 3 bulan sahaja (untuk detail ; klik sini). Masyallah, kataku dalam hati. Sungguh saspen.

Aku juga difahamkan bahawa Dina tidak mahu keluar dari TKC. Tetap mahu bersekolah di situ dan sanggup mengambil cuti beberapa bulan lamanya demi rawatan chemo nya itu. Tapi seperti biasa, jika dia OK sikit, dan tidak bersekolah, Pn Ida mesti memanggil aku untuk tuisyenkan Dina, selalunya sebelah pagi. Ketika inilah aku lebih mengenal hati budinya.

Ya. Dina adalah seorang yang kuat. Tidak pernah sekalipun dia 'mengadu menderita sakit'. Tidak pernah. Rawatan chemo adalah sesuatu yang berat dan dasyat sebenarnya. Kalau adapun, dia cuma mengadu 'boring duduk hospital, nak balik sekolah.' Dan fokus dan semangatnya masih jitu pada pembelajaran matematiknya. Aku cukup kagum.

Dina juga lebih ekspresif bercerita tentang pengalaman di sekolahnya, dan di rumahnya. Pernah juga dia menyatakan 'dah tak mahu jadi doktor, dah muak duduk hospital'. Juga dia sering menunjukkan lukisan-lukisan indahnya padaku. Bercerita betapa minatnya dia pada Super Junior (SuJu), boyband dari Korea. Dan dia lebih terbuka, dan mudah ketawa, tak kira betapa ringannya lawak ku. 

Agaknya tuisyen sebegini membuatkan dia lupa untuk sementara sakitnya itu, dan mengubat kerinduannya pada sekolah dan ilmu.

Paling tidak boleh kulupakan, di laman web Myspace nya, tertulis ini:

Your Favourite Teacher : My Math Tutor (he is so fun!)

Wah! cair aku dibuatnya.

2009
Aku dikhabarkan tumornya hilang. Alhamdulillah.Tapi tak tau untuk berapa lama. Tahun ini juga lebih banyak tuisyen kerana Dina akan menghadapi PMR untuk tahun ini. Walaupun lebih kerap berada di rumah dan hospital berbanding sekolah, dia tetap berusaha belajar bersendirian, dan tetap menduduki Top 10 ranking di sekolahnya. Wah sungguh hebat. Kalau aku buat ujian matematik padanya, markah sekitar 98-100%. Patut dah tak payah tuisyen dah.

Pada Disember 2009, Dina sempat menghantar sms padaku ketika dia dan familinya mengerjakan umrah.

Cikgu. Dina dapat 8A !! Terimakasih cikgu XD!

Dina di Majlis Anugerah Cemerlang TKC 2009 bersama ibubapanya, Pn Ida & Mr Medi. Tahniah!


Bersambung,...




Tiada ulasan: