Ketika ini saya sedang bersiap-siap untuk mengemaskini laman web Sajakiri - Vokal untuk musim kedua yang dijadualkan bermula 31 Disember ini. Ada 2 perubahan besar yang saya lakukan :
- bilangan lagu bertambah kali ini, sebanyak 19 buah lagu (sebelum ini hanya 8).
- hadiah saguhati untuk finalis dari tempat kedua hingga kelima dalam bentuk 'potongan' istimewa. Contoh, tempat kedua : single bernilai RM500, tempat ketiga : bernilai RM750, dan seterusnya.
Apa objektif saya kali ini?
Sepertimana musim pertama, saya tidak tahu apa jangkaan saya. Tapi saya begitu gembira kerana menemui penyanyi berbakat seperti Mamat untuk menyanyikan lagu ciptaan saya, Kau Tak Pernah Tahu.
Saya ingin terus berkarya
Untuk pertandingan ini, saya akan terus mahu berkarya sebaik mungkin untuk menarik minat peserta menyertainya. Seolah-olah saya membina sendiri dunia muzik saya. Kan cantik begitu.
Fokus pada penjenamaan
Kini nama Sajakiri Music telah sebanyak sedikit naik. Terimakasih pada pertandingan ini. Fokus pada jenama menyebabkan saya tidak tamak dan tidak kisah pada keuntungan, asalkan ia memberi kesan baik untuk jenama. Lebih mudah menerima 'rejection' gitu.
Pengalaman mengajar
Almaklumlah kali pertama menganjurkan, banyak kesilapan yang saya pelajari. Kini saya memperolehi keyakinan untuk menghadapi situasi tegang dengan tenang. Saya perlu lebih tegas.
2014 - Bagaimana?
Saya tidak pasti. Sebanyak 4 musim dijadualkan dalam setahun. Saya harus berdisplin dalam penghasilan muzik. Saya tidak pasti apa yang akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan