Selasa, 19 Mei 2009

Alex Wong Tat Fong

Alex adalah rakan rapatku ketika Form 4 Cekap. Dia seorang yang kelakar dan supportive. Dan kami share minat yang same iaitu musik. Dia lah yang memperkenalkan aku pada band Nirvana. Dia memang suka berkawan dengan melayu (sekarang bisnes partner dia pon melayu), dan sudah mempunyai nama melayu : Iskandar (pirah!)

Ditanya mengapa tidak mahu masuk Islam, katakanya;

"Kang tak leh makan babi. Babi sedap woo"

Siut punya Alex.


Di sini aku ingin ceritakan tentang kebaikkan Alex ketika di sekolah. Sampai bila pon akan ku kenang jasanya itu.

Ketika Form 5, (satu2nya) gitar kapok ku telah rosak (baca:dipecahkan) oleh ayah ku kerana sebab2 tertentu (terlalu sensitif untuk dibincangkan).

Aku telah kehilangan 'jiwa'ku.

Tiada tempat untuk mengadu, aku terus mencari Alex. Dengan penoh simpati dia mencadangkan aku untuk membeli gitar kapoknya dengan harga 'rendah dari market value' ; RM50.

Aku sangat teruja. Tapi berasa kesian pada masa yang yang sama. Dia baru saja membeli gitar itu beberapa bulan yang lalu untuk belajar bermain.

"Aiya. Its OK la. My mother planned to buy a better (read: more expensive) guitar for me. Don worry la Zainal", katanya untuk cover perasaan kesiannya itu.

Wah so sweet. Bisik hatiku.Tapi ia membawa kepada masalah kedua : aku mane la ade duit RM50 dalam tangan.

"Aiya. Lu ni manyak problem la. Berapa bulan lu bole bayar installment?"

"Ehm. Kalu RM1 sehari?", tanyaku dengan penuh harapan.

"RM1 sehari! Aiyoyo. Itu macam ka. Bankrap la saya."

"Ala. Bole la Alex. Kalu wa bayar tiap2 hari RM1, dua bulan abis la. Bole la. Bole ek?"

"Aiya. Nasib baik lu member wa. Wa bagi ni pon sebab wa believe in ur talent. Wa believe lu bole pegi jauh dalam music. Janji tau u will make it"

Wah. Love U lah!

.....................................................................

Fast forward 10 bulan(dekat dengan SPM)

-Mak Alex tak beli pon 'better guitar' itu

-Aku baru abis bayar (hehe)


Alex bersama isterinya


"siut punya Jenal. 10 bulan baru abis bayar" katanya setiap kali jumpe.

Haha. Sorry Alex.
Apapun gitar tuh sampe sekarang wa simpan. Thank U Alex Wong Tat Fong.

Tiada ulasan: