Sekitar pertengahan 1991 ketika aku berumur 11 tahun lebih, baru bersunat dan akil baligh, aku memperolehi minat baru, iaitu bermain alat muzik ; gitar.
Pada suatu malam, aku bermimpi bermain gitar dengan agak lancar. Lalu aku ceritakan mimpi ini kepada ibu. Dia terus secara senyap2 memberitahu ayah yang aku mahukan gitar, padahal aku tak mintak pon. Terus sahaja weekend itu, hari Ahad, kami sekeluarga ke Ampang Park (masa tuh KLCC takde lagi), 2nd floor untuk membeli gitar kapok, brand Fairlady, yang berharga RM120.
Sejurus selepas itu aku balik ke kampung di Pasir Mas, Kelantan dan belajar gitar dengan abang saudara favorite, Uda Sham. Lesson pertama ku adalah goreng intro lagu Sejati Wings (malam itu aku tak boleh tido, sampai termimpi2, dan bangun pagi kerana tak sabar2 nak praktis). Lesson kedua belajar plucking lagu Wings juga, Misteri Mimpi Syakila.
Ketika itu idola ku adalah Joe Wings, kerana aku bermain kidal sepertinya.
Kemudian Uda Sham memberi aku homework untuk praktis di rumah. Lagu C-AM-F-G dan Lambada, C-F-G. Ini untuk memudahkan kelancaran tangan katanya.
Tidak sampai sebulan aku sudah mahir bermain chord2 asas.
Dan mula mencari bandmate.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan